Dalam sebulan ini, cuaca di negara kita terlalu panas. Rasanya, sudah lama hujan tidak turun membasahi bumi. Pihak kerajaan juga sudah berkira-kira untuk melakukan pembenihan awan. Saua masih menunggu-nunggu pihak yang mempunyai autoriti dalam urusan agama, sama ada peringkat kerajaan,… Read More ›
Tazkiyah al-Nafsi
Kelahiran Manusia Tanda Kekuasaan Tuhan
Dalam masa beberapa minggu lagi, isteri saya dijadualkan untuk melahirkan anak kami yang keempat. Segala-galanya atas ketentuan Allah, insyaAllah. Pada waktu begini, seperti biasa sebagai suami dan bapa, antara tanggungjawab saya ialah kerap mendoakan kesejahteraan isteri dan anak di dalam… Read More ›
Dia Kekasihku
Tidak pernah kulihat insan sesempurna dia. Sesiapa yang melihat wajahnya pasti kan teruja. Orangnya peramah dan merendah diri. Pandai melayan rakan-rakan. Barangsiapa yang berada di sekelilingnya, pasti merasakan dirinya yang paling mendapat perhatian. Dia bertubuh sederhana, tidak terlalu tinggi dan… Read More ›
Jiwa mati
Anda mengaku Allah itu sebagai Tuhan yang Maha Agung. Akan tetapi anda berjalan di muka bumi ini dalam keadaan bongkak seolah-olah tidak bertuhan. Tiada langsung rasa diperhatikan. Membuat apa sahaja sesuka hati. Tidak pernah rasa bergetar jiwa apabila menyebut nama… Read More ›
Malu dan kehidupan..
Saya telah lama draf entri ini. Akan tetapi rasa segan pula untuk menerbitkannya. Semuanya berpunca daripada kelas renang anak pertama saya, Raed, di Linksfield. Sebagai menepati sunnah, saya ingin anak saya belajar berenang. Kelas dan modulnya memang menarik. Saya pun… Read More ›
Mudahnya membuat dosa
Dalam satu riwayat, Abdullah bin Mas’ud dilaporkan berkata, Orang Mukmin melihat dosa ibarat gunung yang menghempapnya. Ahli maksiat pula melihat dosa ibarat lalat yang hinggap di hidungnya. Manusia akhir zaman hidup di dalam persekitaran yang amat mencabar. Tanpa kawalan yang… Read More ›
Di Mana Letaknya Hati Ketika Melihat Musibah di Haiti
Lebih seminggu yang lalu, gempa bumi telah menggegarkan Haiti. Kekuatannya mencatat sehingga ke 7.0 magnitud, serta disusuli dengan gempa bumi lanjutan, yang terkuat ialah semalam dengan kekuatan 6.1 magnitud. Skala kemusnahan agak besar, antara 100,000 hingga 200,000 kematian serta hampir… Read More ›
‘Tribute’ Untuk Abu Ayyub al-Ansari: Cintakan Harta Itu Membinasakan
Dalam tempoh dua tiga tahun ini, saya dan isteri teringin sangat untuk pergi melawat ke negara Turki. Rasa cemburu juga melihat gambar kawan-kawan yang berbulan madu atau melancong ke situ. Negara tersebut amat istimewa, kerana pernah menjadi pusat pemerintahan Islam… Read More ›
Mengapa al-Ma’thurat Memenuhi Selera Rohani Saya
Sebagai pendokong usaha menegakkan Islam sebagai deen yang memerintah, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab untuk berzikir mengingati Allah SWT sebanyak-banyaknya. Antara kesilapan pendokong gerakan Islam ialah terlalu sibuk dengan urusan sesama manusia dan mad’u, sehingga terabai kualiti hubungan dengan Allah…. Read More ›