Padang jarak padang tekukur

Lebih seminggu yang lalu, gempa bumi telah menggegarkan Haiti. Kekuatannya mencatat sehingga ke 7.0 magnitud, serta disusuli dengan gempa bumi lanjutan, yang terkuat ialah semalam dengan kekuatan 6.1 magnitud. Skala kemusnahan agak besar, antara 100,000 hingga 200,000 kematian serta hampir 2 juta penduduk Haiti kehilangan tempat tinggal. Sebagai muslim, ada beberapa perkara yang kita perlu kita renung bersama:

1. Di mana letaknya hati kita apabila mendengar musibah yang melanda saudara kita di Haiti. Saya rasa ramai muslim yang hanya memandang sebelah mata sahaja apabila mendengar tragedi tersebut, apatah lagi kerana ianya melanda negara majoriti non-Muslim. Memang benar, mengikut statistik, hanya 5,000 orang Muslim sahaja yang tinggal di negara Carribean itu. 0.04% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Akan tetapi mereka itu manusia juga. Andainya Rasulullah masih hidup, dan andainya khilafah empayar Islam masih ada di dunia ini, saya yakin Muslimlah yang akan terkehadapan untuk menjuarai misi kemanusiaan ke sana. Tahniah kepada Islamic Relief, bersama-sama dengan Disasters Emergency Committee yang berjaya mengumpulkan £31.5 juta kepada mangsa gempa bumi Haiti. Kepada rakan-rakan seaqidahku yang masih belum memberikan sumbangan, tanyalah diri dan iman anda bilakah ingin berbuat demikian.

2. Mati itu datang pada bila-bila masa sahaja. Insaflah, ketika lebih 100,000 penduduk Haiti itu meninggal, kebanyakan mereka sihat-sihat belaka. Ada yang maut datang menjemput ketika sedang mengemas kini blog, ketika bermain Facebook, bersembang di kedai kopi dan pelbagai aktiviti santai yang lain. Justeru, ingatilah Allah semaksimum mungkin di mana jua kita berada, sama ada ketika senang atau susah.

3. Hidup dan ajal maut, adalah kuasa mutlaq tuhan. Subhanallah, adik Mendji Bahina Sanon, 11 tahun, berjaya diselamatkan di celah runtuhan bangunan 8 hari selepas gempa bumi itu berlaku.

4. Ada satu berita yang saya sendiri kurang pasti kebenarannya. Di sebalik kesungguhan dan kehebatan pihak Israel membantu rakyat Haiti, sehingga membina hospital lapangan pertama di negara yang telah hancur tersebut, akan tetapi  ada dakwaan yang menyatakan bahawa Israel bertindak mencuri organ mangsa gempa di situ. Sumbernya boleh dilihat di sini:

Mengenai dakwaan itu, saya tiada komen kerana saya sendiri kurang pasti sejauh mana kebenarannya. Mengenai niat Israel untuk membantu, alhamdulillah ianya satu tindakan yang terpuji. Akan tetapi sepatutnya mereka perlu juga menghulurkan bantuan kepada penduduk Arab di sekitar Timur Tengah terutamanya di Palestin yang mereka zalimi bertahun-tahun lamanya. Cuma, apa yang pasti, berita tentera Israel mencuri organ ini bukannya satu perkara yang baru. Bahkan sepanjang konflik Palestin-Israel, memang telah banyak terbukti bahwa tentera Zionist mencuri organ mayat yang mereka bunuh sendiri. Bacalah ulasan mereka terhadap dakwaan di Haiti serta pengakuan mereka terhadap aktiviti penjualan organ di akhbar rasmi mereka di sini.

Allahua’lam.

Advertisement