Dia Kekasihku

Tidak pernah kulihat insan sesempurna dia. Sesiapa yang melihat wajahnya pasti kan teruja. Orangnya peramah dan merendah diri. Pandai melayan rakan-rakan. Barangsiapa yang berada di sekelilingnya, pasti merasakan dirinya yang paling mendapat perhatian.

Dia bertubuh sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Berkulit cerah, tidak terlalu putih pucat dan tidak pula terlalu gelap. Rambutnya amat terurus, tidak terlalu kerinting dan tidak pula terlalu lurus. Mencecah bahu tersikat kemas, di bahagian tepi rambutnya hampir mencecah cuping telinga. Dikatakan terdapat hampir 20 urat uban di rambut kepalanya, kerana selalu memikirkan orang lain. Matanya besar, tumitnya tipis. Dahinya luas, bidang dadanya lebar.

Dia kekasihku, dia nabi ku, dia utusan Allah, Muhammad SAW. Baginda, insan mulia.

Hidupnya penuh dengan kezuhudan. Memadai dengan apa yang ada, sudah menjadi sebati dalam kehidupan. Itulah penambat kasihku padanya.

Pernah ditawarkan untuk menjadi seorang raja dan nabi seperti Sulaiman dan Daud, akan tetapi memilih untuk menjadi hamba dan Rasul. Rasul bergelar hamba, itu pilihannya.

Kunci kemewahan dunia ada di tangannya. Akan tetapi yang dipilih ialah kesederhanaan, bahkan kurang daripada itu. Pernah saidina Umar masuk ke dalam rumah nabi Muhammad, terkejut beliau apabila mendapati rumah baginda serba-serbi kekurangan. Tiada perabut dan perhiasan. Baginda tidur di atas alas pelepah, kadang-kadang di atas tanah sahaja, sehingga meninggalkan bekas di badan baginda. Umar lantas meminta supaya nabi Muhammad berdoa kepada umatnya supaya diperluaskan rezeki sehingga kaya, sesungguhnya Rom dan Parsi diberikan kemewahan dalam keadaan mereka tidak beriman. Lantas jawab baginda,

Tiadalah aku dengan dunia, melainkan seperti seorang pedagang yang sedang dalam perjalanan, lantas berehat seketika di bawah rimbunan pokok. Selepas seketika, dia akan pergi meninggalkan rimbunan pokok tersebut.

Makanannya cukup sederhana. Menjadi kebiasaan dapur rumah baginda tidak berasap selama tiga bulan. Yang menjadi makanan utama ialah tamar dan air kosong sahaja. Sekiranya makan roti, baginda akan memilih roti yang paling murah. Dicicah dengan cuka sahaja. Tidak pernah makan berhidang mewah. Baginda tidak pernah makan roti dan daging pada makan tengahari dan makan malam serentak dalam sehari, melainkan ketika didatangi tetamu sahaja.

Pakaiannya juga tidak menggambarkan kemewahan. Gemar memakai jubah Najran dan Qatar. Kainnya kasar. Kebiasaannya memilih warna putih. Selendang (izar) serban, sentiasa tersemat di bahu baginda.

Perginya tidak meninggalkan harta. Bahkan ketika wafat, perisai perangnya digadaikan kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan tepung gandum.

Akan tetapi, perginya baginda meninggalkan cinta. Cinta yang tiada tandingannya. Cinta yang kalau disahut, bahkan diganjari dengan syafa’at besar di hari pembalasan kelak.

Hangat sungguh kasihmu padaku, dan juga pada keseluruhan umat. Sehingga di saat ajalmu dijemput pun, yang bermain di benak fikiranmu ialah ialah kami, sebagai umatmu. Ummati, ummati, ummati.

Wahai kekasihku, wahai penerang hatiku. Moga selawat dan selamat terbaik daripada Allah bercucuran keatasmu. Moga Allah kurniakan rasa rindu yang mendalam untuk bertemu denganmu di hari kemudian. Moga Allah mencambah keinginan untuk menuruti sunnahmu, sedayaku termampu.

Dia kekasihku, dia kekasihmu. Baginda Muhammad SAW.

Advertisements

2 thoughts on “Dia Kekasihku

  1. masya allah….tiada kemuliaan melainkan dgn cahaya baginda tiada ketaatan melainkan dengan panduan baginda tiada kelembutan melainkan muhammad cincin permata yang bercahaya…..aliran air mata mengenangkan dan mengamalkan tinggalan baginda akan ditebusNYA di sana moga kita bersama rantaian sisilah baginda s.a.w

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s