Dalam satu riwayat, Abdullah bin Mas’ud dilaporkan berkata,
Orang Mukmin melihat dosa ibarat gunung yang menghempapnya. Ahli maksiat pula melihat dosa ibarat lalat yang hinggap di hidungnya.
Manusia akhir zaman hidup di dalam persekitaran yang amat mencabar. Tanpa kawalan yang yang jitu dan murni, mudah sekali kita terjebak dalam dosa.
Ada setengah orang yang memandang dosa itu sebagai suatu perkara yang besar. Mereka berhati-hati supaya tidak melakukannya, walaupun terpaksa meniti di jalan penuh berduri.
Mereka ini akan benar-benar rasa bersalah selepas melakukan dosa. Kadang-kadang dosa itu dibuat kerana kalah dengan hasutan syaitan dan nafsu, yang barangkali memanipulasi keadaan dan persekitaran manusia pembuat dosa tersebut. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
Si pembuat dosa yang normal, mereka akan beristighfar dan bertaubat. Mereka akan memohon keampunan Allah, menyesal dengan perbuatan mereka, serta berazam tidak mengulanginya. Sekiranya bersangkutan dengan hak manusia, maka perlu memohon maaf kepada mereka yang berkaitan.
Si pembuat dosa yang tidak normal, atau dalam bahasa lainnya ahli maksiat, mereka kerap membuat dosa. Apabila membuat dosa, maka mereka rasa ketagih untuk mengulanginya. Apa sudah diulangi beberapa kali, perbuatan salah itu dirasainya sebagai perbuatan tidak salah. Langsung tiada rasa bersalah bersalah ketika membuat perbuatan yang salah. Sebelumnya, mungkin membuat dosa sembunyi-bunyi. Malu sekiranya diketahui ramai. Lambat laut, rasa tidak bersalah membuat dosa terang-terangan. Bahkan, berbangga dan menghebahkan dosa mereka secara terbuka kepada orang lain.
Dalam artikel saya yang lepas, saya ada menyentuh mengenai mudahnya golongan bloggers untuk membuat dosa. Menggunakan media baru untuk membuat dosa seperti memfitnah dan mencaci seolah-olah telah menjadi fenomena sekarang. Dengan bersikap pengecut dan bacul, menyembunyikan identiti diri, mereka berlagak hidup di dunia seolah-oleh hidup tidak bertuhan. Oh ye, saya bercakap mengenai blogger Muslim. Kalau mereka yang non-Muslim, sudah tentu teguran kepada mereka tidak saya sampaikan dengan cara ini.
Menghina dan melemparkan kata nesta, serta fitnah, adalah jelas haram di dalam Islam. Baik yang hidup atau yang mati, baik si wali atau si pencuri, baik sahabat atau umat akhir zaman, baik sultan atau kuli jalanan. Semua manusia mempunyai hak untuk dihormati, lantas diharamkan supaya diejek dan diperlekeh walaupun ketika membuat kesalahan. Apatah lagi kalau seseorang itu telah pun pergi meninggalkan dunia ini. Sefiraun bagaimana sekalipun seseorang itu, tiada siapa yang tahu barangkali sebelum ajalnya diangkat ke langit, beliau telah bertaubat nasuha dan mendapat jaminan syurga.
Saya mengutuk gaya penulisan kasar Aduka Taruna (AT) terutamanya di dalam bab menghina orang lain, khususnya isteri nabi, ummahatul mukminin dan juga para sahabat. Ketika menulis dengan bahasa biadap tersebut, mengapa dilupa Tuhan di langit. Mengapa tidak membayangkan sekiranya orang lain mengata isteri dan ibu kita dengan kata nesta yang sama? Tak kiralah hinaan itu dalam tajuk(?), konteks atau kapasiti situasi tertentu. Perjuangan ke arah kebebasan suara bukan bermaksud anda bebas dengan kontrak langit. Apatah lagi ketika memprojekkan diri sebagai pejuang reformasi ke atas gerakan reformasi Islam yang lain.
Insan seperti AT, dan juga mereka yang seangkatan dengan beliau, perlu dihukum sekiranya bersalah, sebagai pengajaran orang lain. Nak kata tak pernah ditegur, saya lihat dalam ruangan komen di blog beliau, dah banyak sangat yang menegurnya. Bertaubatlah segera sebelum terlambat.
Di sini, AT menulis:
Apa yang aku dapat kalau aku bunuh Ustaz Ahmad Awang? Sebelum gua jawab, gua nak tanya, lu ulama atau tidak?
Kalau lu ulama, lu bunuh, lu dapat 1 pahala daripada peruntukan 2 pahala. Kalau Ustaz Ahmad Awang melawan dan ada kematian dari kedua-dua pihak, maka, kesemua mereka mati syahid. Dalilnya kita ikut Muawiyah dan Aishah yang menentang Khalifah Islam atau penyebab yang membawa kepada berlakunya peluang kecelakaan pembunuhan besar-besaran itu.
Tapi kalau lu bukan ulama, lu jangan cari pasal. Lu bunuh, lu dapat dosa.
Di sini pula, beliau menulis:
Jika Qabil yang berdarah Nabi tetap bangang, Aishah berjuta kali lebih bangang (dalam tajuk) kerana penyebab kematian ratus ribu jiwa. Sudahlah tiada pertalian darah, malah menjahamkan banyak nyawa, banyak institusi keluarga. Owh.. lupa. Kerana Aishah kerabat diraja Pahang, maka, askarnya syahid, dan askar kerabat diraja N9 yang diperanginya juga syahid.
What the fuck is that? Ini bahan mentah atau 3rd party ulama? Tentera Ulama Mazhab Hanafi berperang dengan tentera Ulama Mazhab Shafie. Dan Ostad level bawah ulama segan campur pening kepala ambil jalan mudah.
Di sini pula, beliau tanpa segan silu menyatakan,
Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.
Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.
Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.
Ya Allah, selamatkanlah diri kami daripada fitnah akhir zaman.
Tuhan di langit? apa maksudnya tu?
Allah