Antara esok (Jumaat) malam hingga awal pagi Sabtu 12-13 Ogos 2016, merupakan waktu terbaik untuk menyaksikan meteor Perseids. Bacalah artikel FalakOnline seperti capaian-capaian di bawah. Secara ringkasnya:
1. Pakar meramalkan meteor Perseids tahun ini adalah lebih banyak berbanding tahun lepas. Boleh mencecah 150 meteor per jam, berbanding purata 60-100 meteor perjam pada tahun sebelumnya.
2. Cerap di langit antara belah utara hingga ke timur laut (arah kanan dari azimut qiblat di Malaysia, lebih kurang).
3. 9 malam – 11:30 tgh malam secara teorinya adalah masa terbaik untuk mencerap.
4. Tetapi oleh kerana bulan tenggelam lewat (gangguan cahaya), maka waktu terbaik mengikut FalakOnline ialah selepas jam 2 pagi hingga ke Subuh, 13 Ogos 2016.
5. Menjadi pencerap jasad samawi, mengajar erti fokus, sabar dan reda dengan ketentuan Allah. Kalau Allah taqdirkan langit malam itu berawan, maka reda sahajalah.
6. Jangan pula timbul posting khurafat. Habiskan masa dan tenaga jari anda untuk menaip perkara bermanfaat, bukannya mereka posting palsu semata-mata gilakan rating dan like button.
http://falakonline.net/…/prospek-meteor-perseids-13-ogos-2…/
QnA mengenai meteor:
http://falakonline.net/…/jawapan-kepada-persoalan-mengenai…/
himpunan artikel berkaitan:
http://falakonline.net/semesta/?s=meteor&x=0&y=0