Tidur Selepas Subuh dan Asar

Secara asasnya, tidak terdapat sebarang nas yang jelas melarang kita tidur selepas Subuh dan Asar. Akan tetapi terdapat beberapa petunjuk hadith yang memberikan galakan supaya kita tidak tidur selepas Subuh. 

Antaranya, ialah Nabi Muhammad SAW mendoakan secara umum keberkatan kepada umatnya yang bekerja di awal pagi. Itu mengundang kaya! Dalam Sunan Abu Daud, diriwayatkan:

عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا ‏”‏ ‏.‏ وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ

Daripada Sakhr al-Ghamidi daripada nabi Muhammad SAW: Nabi berkata, “Ya Allah, Engkau berkatilah umatku pada awal pagi mereka.”. Nabi juga apabila menghantar skuad atau bala tentera, baginda akan melepaskan mereka pada awal pagi. Sakhr (perawi hadith ini) adalah seorang peniaga. Beliau akan menghantar barang perniagaannya pada awal pagi, lalu jadi kaya dan mewah. 

Nabi juga akan berwirid panjang selepas solat Subuh, hingga terbit matahari. Berwirid panjang membuktikan nabi tidak tidur. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim:

عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، قَالَ قُلْتُ لِجَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَكُنْتَ تُجَالِسُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ نَعَمْ كَثِيرًا كَانَ لاَ يَقُومُ مِنْ مُصَلاَّهُ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ قَامَ وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّمُ صلى الله عليه وسلم

Daripada Simak bin Harb, katanya, aku berkata kepada Jabir bin Samurah, “Apakah engkau sentiasa melazimi nabi Muhammad SAW?”. Jawab Jabir, “Ya, kerap, antaranya, baginda tidak akan berdiri daripada tempat solatnya selepas solat Subuh, hingga matahari terbit. Apabila matahari terbit, barulah baginda akan berdiri. Ketika itu para sahabat bersembang-sembang dan dan berbual mengenai satu perkara yang mereka lakukan semasa zaman Jahiliyah lantas mereka tertawa. Maka Rasulullah SAW pun tersenyum sahaja (melihat kelakuan mereka). 

Perbuatan tidur selepas subuh juga ditegah oleh ramai salafussoleh. Antaranya, dalam al-Musonnaf karya Ibn Abi Shaibah, diriwayatkan yang Zubair menegah perbuatah al-Tasobbuh (التصبح), iaitu tidur selepas subuh.

tidur lepas asar dan subuh

Oleh yang demikian, umat Islam perlulah bersungguh-sungguh untuk bekerja di awal pagi, dan elakkan daripada bermalas-malasan. Pun demikian, dengan meraikan gaya hidup moden yang menyaksikan ramai yang bekerja membabitkan shif malam, maka tiada larangan untuk mereka tidur selepas subuh. Bahkan hakikatnya, tiada zahir nas yang melarang perbuatan tersebut secara langsung. 

Ada pun tidur selepas Asar, tiada nas yang melarang manusia untuk tidur selepas Asar. Mungkin ada yang menyatakan terdapat hadith yang melarang, antaranya hadith: 

مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ

Barangsiapa yang tidur selepas Asar, maka akan dirampaslah akan akalnya maka tidak dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. 

Hadith ini adalah batil, terlalu lemah mengikut pandangan muhaddithin seperti Ibn Hibban, Ibn al-Jauzi, al-Zahabi, al-Shaukani dan lain-lain. 

Advertisements


Categories: Bait Muslim, Baiti Jannati, Tazkirah

Tags: , , ,

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: