Ketika satu laman FB feminis mengeluarkan poster gambar tanggungjawab sebenar seorang suami kepada isteri, berlaku sedikit perbincangan dengan rakan-rakan saya mengenai kebenarannya. Ada yang faham bahawa ianya bermaksud yang suami wajib melakukan tugasan rumah, seperti menyediakan makanan dan mengemas rumah, sementara isteri hanya perlu melayan si suami semata-mata. Ada pula yang cuba memperjelaskan, bahawa tujuan penyebaran poster itu ialah sebagai teguran kepada suami bagi turut terlibat melakukan kerja-kerja di rumah.

Adakah urusan tanggungjawab suami atau tanggungjawab isteri dalam isu kerja-kerja rumah ini soal agama semata-mata, atau ianya soal adat kebiasaan?
Di dalam hadith, ada beberapa petunjuk nabi yang secara menyatakan bahawa isteri dan keluarga nabi juga melakukan kerja-kerja di rumah. Antaranya:
1. Ketika seorang ahlussuffah datang ke rumah nabi & Aishah, nabi memerintahkan Aishah untuk menyediakan makanan.
…. يَا عَائِشَةُ أَطْعِمِينَا فَجَاءَتْ بِحَشِيشَةٍ فَأَكَلْنَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ أَطْعِمِينَا فَجَاءَتْ بِحَيْسَةٍ مِثْلِ الْقَطَاةِ فَأَكَلْنَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ اسْقِينَا فَجَاءَتْ بِعُسٍّ مِنْ لَبَنٍ فَشَرِبْنَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ اسْقِينَا فَجَاءَتْ بِقَدَحٍ صَغِيرٍ فَشَرِبْنَا
…Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah, berilah kami makanan.” ‘Aisyah kemudian membawa Hasyisyah (sejenis makanan yang terbuat dari biji gandum yang dilembutkan lalu ditaburi daging atau kurma), lalu kami pun memakannya.” Beliau kemudian bersabda lagi: “Wahai ‘Aisyah, berilah kami makanan.” ‘Aisyah kemudian membawa Haisah (sejenis makanan yang terbuat dari kurma, terigu dan minyak samin) yang berbentuk seperti burung, lalu kami pun memakannya.” Beliau kemudian bersabda: “Wahai ‘Aisyah, berilah kami minum.” ‘Aisyah kemudian membawa bejana yang berisi susu, lalu kami pun meminumnya.” Beliau kemudian bersabda lagi: “Wahai ‘Aisyah, berilah kami minum.” ‘Aisyah kemudian membawa bejana kecil, lalu kami pun meminumnya.” … (Abu Daud:4383)
2.
أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنِي وَبَيْنَهَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
Fatimah datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengadukan tangannya yang mengeras kerana kerap menggiling. Fatimah pernah mendengar khabar bahawa nabi pernah mendapatkan budak, sayang, kebetulan ia malah tidak ke sana. Fatimah pun menuturkan hal itu pada Aisyah. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang, maka Aisyah pun menuturkannya. Kemudian beliau mendatangi kami yang pada saat itu kami sudah bersiap-siap untuk tidur, maka kami pun segera beranjak. Beliau bersabda: “Tetaplah pada tempat kalian.” Beliau datang lalu duduk tepat antara aku dan Fatimah hingga aku merasakan kesejukan kedua kakinya. Dan beliau bersabda: “Mahukah aku tunjukkan pada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Bila kalian hendak beranjak ke tempat tidur, maka bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali serta bertakbir tiga puluh empat kali. Hal itu adalah lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (Bukhari:4942)
3.
أَنَّ أَسْمَاءَ قَالَتْ كُنْتُ أَخْدُمُ الزُّبَيْرَ خِدْمَةَ الْبَيْتِ وَكَانَ لَهُ فَرَسٌ وَكُنْتُ أَسُوسُهُ فَلَمْ يَكُنْ مِنْ الْخِدْمَةِ شَيْءٌ أَشَدَّ عَلَيَّ مِنْ سِيَاسَةِ الْفَرَسِ كُنْتُ أَحْتَشُّ لَهُ وَأَقُومُ عَلَيْهِ وَأَسُوسُهُ قَالَ ثُمَّ إِنَّهَا أَصَابَتْ خَادِمًا جَاءَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَأَعْطَاهَا خَادِمًا
Asma’ berkata; Aku membantu suamiku Zubair dalam urusan pekerjaan di rumah. Dia memiliki sesekor kuda, dan akulah yang merawatnya. Tidak ada yang lebih berat bagiku untuk membantunya selain merawat seekor kuda. Akulah yang mencarikan rumputnya dan membersihkannya. (perawi) berkata; kemudian pada suatu ketika dia mendapatkan seorang pembantu -dia adalah tawanan yang datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.- lalu nabi memberikannya kepada Asma’ sebagai pembantu. (Muslim:4051)
4.
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Jikalau saya boleh memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Tirmizi:1079).
Berkata ulama’, andai arahan yang tiada manfaat langsung pun dibayangkan oleh nabi, bagaimanakah pula dengan arahan yang manfaatnya kembali kepada kerukunan rumah tangga, seperti melakukan kerja rumah.
5.
عن أبي بكر بن عبد الله بن أبي مريم ، عن ضمرة ، قال : ” قضى رسول الله صلى الله عليه وسلم على ابنته فاطمة بخدمة البيت ، وقضى على علي رضي الله تعالى عنه بما كان خارجا من البيت من الخدمة “
Dari Abu Bakar bin Abdullah bin Abu Maryam, daripada Domrah, berkata “Rasulullah memerintahkan Fatimah untuk melakukan tugasan kerja di dalam rumah, dan Ali (suaminya) melakukan kerja di luar rumah. (al-Imam al-Hafiz Abu Na’im Ahmad, Hulyatul Auliya’ wa Tobaqatul Asfiya’).
Selain itu, terdapat banyak juga hadith-hadith lain yang memberikan petunjuk bahawa nabi, sebagai suami dan ketua keluarga, melakukan tugasan di rumah.
Sukar untuk membuat kesimpulan terhadap persoalan tanggungjawab rumah ini sebenarnya kerja siapa antara suami dan isteri. Pada pandangan saya, tidak perlulah berkira sangat. Apabila telah menjadi pasangan suami isteri, buatlah kerja rumah secara bersama, berbincang sebaik mungkin, dan meraikan kesibukan, tanggungjawab serta kepenatan pasangan anda.
Kepada pejuang gender di luar sana, tidak perlulah membuat sebarang kenyataan yang mengundangkan salah faham, bahawa kononnya kerja-kerja rumah ialah tanggungjawab isteri sahaja, atau tanggungjawab suami semata-mata.
Saya bersyukur kerana dikurniakan isteri, yang merupakan ibu kepada anak-anak saya yang tidak berkira dalam hal ini. Mudah-mudahan saya sebagai suami juga tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan yang mustahil bagi mana-mana manusia.