PERIGEE 14 NOVEMBER 2016 DAN TIPS MENGAMBIL GAMBAR BULAN

Malam ini akan berlaku fenomena perigee, iaitu kedudukan bulan paling hampir dengan bumi.

Menurut Shahrin Ahmad (2016) fenomena ini menyebabkan saiz bulan kelihatan besar 0.14 kali ganda, atau 14% sahaja, bukannya berkali-kali ganda daripada saiz asal. Istilah supermoon pula hanya dicipta oleh ahli astrologi, yang cuba mengaitkan fenomena ini dengan kepercayaan tertentu, yang sudah tentu ditolak oleh Islam. Ianya berlaku setiap 413 hari, kerana orbit bulan mengelilingi bumi bukannya bulat, tetapi bujur.

moon-earth-distance

Menurut Prof Madya Baharrudin Zainal (2016), tiada apa yang luar biasa dengan fenomena ini. FULL STOP KERAS.

Umat Islam perlu mengelakkan diri daripada percaya kepada gambar-gambar yang teleh diphotoshop, kononnya bulan itu BERLIPAT-LIPAT KALI GANDA saiznya pada malam ini. Ianya hanya kelihatan besar sedikit sahaja, 0.14 kali ganda. Lebih penting lagi, jangan mengaitkan fenomena ini dengan kepercayaan karut marut, apatah lagi bencana.

perigeeapogeecompare-1v

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk malam ini, ialah cerapan dan mengambil gambar.

DATA PENTING:

Tarikh 14 November di Kuantan

Waktu bulan terbit: 6:45 PM

Waktu bulan transit (tegak di langit): 12:04 AM

Waktu bulan terbenam: 6:21 AM

Azimuth semasa terbit: 76° 39’ TIMUR

Jarak dengan bumi: 36X,XXX km.

Tempat terbaik untuk mencerap: di mana-mana pun boleh, dengan syarat tiada lindungan atau halangan awan. Saya akan mencerap di kawasan Pantai di Kuantan. Cari kawasan pantai yang ada foreground menarik, seperti pokok, bangunan, struktur tinggi dan lain-lain untuk komposisi gambar yang unik. Semak hasil karya orang lain, seperti falakonline, di FLICKR dan lain-lain sumber.

Buat setting kamera anda awal-awal lagi sebelum bertolak ke lokasi. Jangan lupa, full charge bateri.

TIPS mengambil gambar

  1. Sebaik-baiknya, mempunyai kamera DSLR atau kamera dengan manual mode, dengan lens sekurang-kurangnya 200mm.
  2. Dicadangkan, buka semua filter, termasuklah UV protection filter.
  3. Wajib pakai tripod, untuk mengurangkan kesan gegaran dan gambar bulan yang tidak fokus. Perlu diperingatkan, bulan bukan objek statik. Ianya bergerak 3,683 km per jam.
  4. White balance, jangan set pada auto bagi tujuan konsistensi. Ikut citarasa masing-masing, sama ada suka gambar yang sejuk atau suam. Pilih sahaja mana-mana kelvin atau mode yang berkenan, kemudian kekalkan di situ. Sekiranya memilih mode auto, gambar tidak akan konsisten dari satu frame ke frame yang lain.
  5. Wajib mempunyai shutter trigger, sama ada berwayar atau tanpa wayar. Sekiranya tiada, gunakan timer, bagi meminimumkan kesan gegaran pada gambar.
  6. Swith OFF semua Image Stabliser/Optical Stabiliser.
  7. Mode: MANUAL
  8. ISO dasar: 100 bagi Canon, 200 bagi Nikon (switch off auto ISO)
  9. Aperture dasar: f/11.
  10. Shutter speed dasar: 1/125 bagi ISO 100, 1/250 bagi ISO 200.
  11. Manual fokus. Cari fokus yang terbaik, berhampiran dengan infiniti. Sentiasa semak adakah imej terfokus dengan baik atau tidak.
  12. Daripada ISO, Aperture dan Shutter speed dasar di atas, anda boleh ubah ikut selera, perlahan-lahan.
  13. Sentiasa semak pada skrin hasil tangkapan anda khususnya ‘fokus’.

Selepas itu, boleh buat editting di Photoshop dan sebagainya. Banyak tutorial di YouTube.

Mengambil gambar bulan biasanya merujuk kepada undang-undang Looney 11, seperti berikut:

The basic rule is, ‘“For astronomical photos of the Moon’s surface, set aperture to f/11 and shutter speed to the [reciprocal of the] ISO film speed [or ISO setting].”

  • With ISO 100 film / setting in the camera, one sets the aperture to f/11 and the shutter speed to 1/100 or 1/125 second (on some cameras 1/125 second is the available setting nearest to 1/100 second).
  • With ISO 200 film / setting and aperture at f/11, set shutter speed to 1/200 or 1/250.
  • With ISO 400 film / setting and aperture at f/11, set shutter speed to 1/400 or 1/500.

Akhir sekali, sesungguhnya bulan itu adalah salah satu daripada jasad samawi ciptaan Allah, sebagai tanda kepada kebesaran-Nya. Jangan lupa untuk berzikir mengingati Allah semasa melihat fenomena ini.

Advertisements

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s