Dalam memanah, tidak kira apa juga disiplinnya, ada risiko yang perlu kita bersedia untuk menghadapinya.

Sabtu lepas, saya diuji apabila ibu jari tertusuk sebahagian fibre carbon arrow shaft, semasa memanah tradisional. Agak dalam juga tusukan halus tersebut.

Untuk disiplin tradisional, saya menggunakan shaft 5.5mm carbon. Usia arrow saya telah melebihi setahun. Daripada asal 13 batang, kini tinggal 6 sahaja. Sebelum shooting, memang menjadi amalan saya untuk memeriksa shaft, takut ada yang ‘terluka’.

img_6890
Perhatikan ibu jari saya, bertindak sebagai arrow rest dalam memanah tradisional

Itulah rutin yg sepatutnya dilakukan oleh pemanah sebelum memulakan latihan. Cuma kebetulan Sabtu lepas, saya bersama Azuan shoot game raja bola. Game sebegini menyebabkan berlakunya perlanggaran arrow dengan arrow yang lain.

Saya tidak pula memeriksa shaft semasa tengah latihan tersebut. Rupa-rupanya, salah satu shaft itu telah ‘bleeding’, pecah sedikit, terurai fibrenya, berhampiran dengan head. Apabila saya draw dan release, pada kekuatan sekurang-kurangnya 30 pound, fibre2 tersebut tertusuk ke ibu jari saya (thumb draw, ibu jari jadi arrow rest).

img_6885
Inilah shaft arrow saya yang ‘tercedera’/’bleeding, semasa dalam latihan. Rutin saya sebelum mulakan latihan ialah memeriksa semua shaft arrow, maklumlah arrow lama. Tetapi Allah lebih berkuasa 🙂

Mula-mula sakit sikit sahaja. Macam tertusuk selumbar kayu. Cuma bezanya, tertusuk jauh ke dalam, dan fibre itu halus2 dan banyak. Saya dan Azuan cuba tarik sikit, banyak yang terputus. Saya masih terasa ada fibre jauh di tengah ibu jari saya. Walaupun cedera, saya sambung latihan hehe.

img_6884
Inilah hasilnya, nampak sikit aje kan, macam selumbar kayu. Tetapi sebenarnya, ada beberapa debris yang tertusuk ke dalam ibu jari saya.

Ahad, bangun pagi, ibu jari saya memang sakit. Saya pergi ke Putramedic Clinic. Sedih juga, doktor muda yang bertugas tidak berani untuk mengeluarkan serpihan fibre tersebut. Terus bergerak ke HTAA, tapi balik, kerana giliran dijangka mengambil masa 4 jam. Walaupun kesakitan, tetapi petang tu saya turun juga berlatih.

Isnin, sakitnya semakin meningkat. Selepas sarapan, saya bergerak ke PCC UIA (Klinik UIA). Alhamdulillah, Dr R dan staf di situ berjaya mengeluarkan 2 debris fibre sehalus rambut yang kelihatan pada surface thumb saya. Seksanya la, mereka terpaksa menggunakan jarum IV tu untuk cucuk jari saya, sekitar 15 minit. Yang kelakarnya, saya mula-mula tanya boleh buat ke. Mereka jawab, boleh. Tetapi semasa prosedur, Dr R menyatakan, ini first time dia dan stafnya handle kes macam ni. Hihi cute aje. Habis macho saya menahan sakit. Terima kasih Dr R dan staf, lega sikit sebahagian thumb saya. Tetapi masih ada lagi sensation di dalam, seperi rasa dicucuk dan pressure.

Selasa, bahagian tengah ibu jari saya membengkak. Rasa tekanan dan tercucuk, semakin kuat. Tetapi masih boleh tahan. Saya meneruskan rutin harian seperti biasa.

Rabu, bengkak semakin membesar. Cuma alhamdulillah tidak bernanah. Petangnya, saya berlatih bersama-sama dengan geng Surau Rayyan. Selepas Maghrib, tiba-tiba pada bahagian yang bengkak di tengah ibu jari saya, tersembul keluar hujung fibre. Saya memberanikan diri di hadapan isteri dan anak-anak, ambil ketip kuku, dan menarik fibre itu keluar. Tu dia, saya rasa dekat 2-3 cm juga panjangnya, seperti gambar.

img_6886
Belah bawah, kelihatan kesan daripada prosedur di Klinik UIA. Belah atas/tengah thumb saya, tiba-tiba hujung debris arrow sedikit terkeluar. Masa untuk jadi surgeon 🙂
img_6887
Pandangan dari depan. Asalnya, bengkak sahaja, shaft hitam tu tak kelihatan. Selepas 5 hari, baru kelihatan.

Selepas berjaya menarik keluar selumbar fibre arrow tersebut, barulah ibu jari saya lega dari sebarang rasa sakit, tekanan dan rasa dicucuk.

img_6888
Debris / serpihan fibre arrow yang berjaya ditarik keluar. Terus jadi lega thumb saya.

Serik? Oh tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya, saya telah merasai rasa ditusuk sebahagian arrow hehe. Sedikit pengajaran:

  1. Sentiasa utamakan keselamatan dalam aktiviti memanah.
  2. Periksa shaft arrow anda sebelum memulakan aktiviti. Sekiranya ada yang luka, kesan nak patah, retak dll, jangan ambil risiko untuk menggunakannya.
  3. Belajar ilmu arrow dan bow. Arrow ada spec, dipanggil sebagai spine, yang perlu matching dengan poundage bow. Sekiranya spine tinggi (less stiffness) spt 700, dan anda shoot menggunakan bow poundage 55#, ada kemungkinan shaft arrow akan berkecai. Bow anda juga akan menerima kesan dry fire, dan akan rosak, patah, retak dsb (pastu mula la nak komplen peniaga tipu la, itu la ini la). Andai shaft arrow berkecai kerana hentaman draw bow yang tinggi, tangan anda yang bertindak sebagai arrow rest akan tertusuk dengan pelbagai serpihan.
  4. Kurangkan risiko dengan memakai guard.
  5. Beli arrow daripada peniaga yang berilmu, berintegriti dan beramanah.
  6. Ada juga yang menyatakan setiap arrow ada life span. Makin kerap digunakan, makin kerap terhentak, makin terdedah kepada panas, maka spinenya akan meningkat (kurang stiff). Pemanah perlu memeriksa arrow seperti mereka memeriksa bow masing-masing.
  7. Semasa menarik arrow dari target butt, jangan kasar sangat. Terutamanya bagi yang baru memanah, anak-anak yang baru kita nak galakkan mereka memanah, ajar mereka teknik menarik panah dari target dengan berhemah.

Nikmatnya sukan sunnah ini.

Advertisement