Kecoh satu Malaysia mengenai isu nama Damia.

Puncanya satu sahaja, iaitu penyebaran surat sokongan Jabatan Mufti Pulau Pinang, bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menukar nama anak mereka dari Damia ke nama lain.

Hanya Allah sahaja yang tahu niat ibu bapa memberikan nama anak masing-masing. Orang lain tidak berhak untuk takwil sana dan sini.

Kalau ibu bapa menamakan anak mereka Damia bagi kenangan sebuah tempat antara sempadan Jordan dan Palestin bernama Damia, apa salahnya? Kalau ibu bapa menamakan anak mereka kerana makna kebaikan dan keberkatan apa salahnya?

Begitu juga, apa salahnya kalau ibu bapa yang ingin menukar nama Damia bagi anak mereka, kerana salah satu makna yang mungkin bagi Damia, ialah tempat keluar darah.

Justeru, hormatilah hasrat ibu bapa yang berkenaan untuk menukar nama. Jabatan Mufti hanya menjalankan tugas menasihat dan memenuhi permintaai ibu bapa berkenaan.

Dan bagi yang tidak mahu menukar nama Damia atas sebab-sebab yang mereka lebih ketahui, hormatilah juga kebebasan mereka.

Apa yang pasti, berdasarkan hadith Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud, nabi telah bersabda:

‎إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Sesungguhnya kamu, akan dipanggil di hari qiamat nanti, dengan nama kamu dan nama ayah kamu. Justeru, perelokkanlah nama kamu.

Bagilah nama anak dengan nama yang terbaik.

Advertisement