AKHLAK PENTING DALAM PERBEZAAN POLITIK; IKTIBAR KISAH HIDUP PEMBUNUH SAIDINA ALI

Ada di antara sahabat-sahabat yang pernah mengenali saya, sebentar atau untuk tempoh masa yang lama, dan pernah mengikut program saya. Dan terlalu ramai yang mengetahui kelemahan diri saya sendiri.

Saya bukan orang yang terbaik, dan bukan pada posisi yang terbaik untuk memberikan nasihat.

Cuma apabila dirasakan perbalahan umat Islam di Malaysia, akibat politik, semakin tidak terkawal, terimalah sedikit nasihat saya.

Ingatkah kalian pembunuh Saidina Ali? Beliau ialah Ibnu Muljam. Atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman bin Muljam.

Janganlah disangka yang Ibnu Muljam itu merupakan seorang yang jahat peribadinya sejak awal hidupnya.

Bahkan, individu yang sanggup untuk membunuh Saidina Ali ini, semasa mudanya merupakan seorang ahli ibadat, dan naqib serta tok guru bacaan al-Quran. Bahkan beliau mendapat gelaran al-Muqri’ kerana ilmu al-Quran yang dimilikinya.

Kita tahu bahawa Mesir merupakan antara negara terbaik untuk mempelajari al-Quran. Tetapi tahukah kita, bahawa orang pertama yang mengajar al-Quran secara khusus kepada umat Islam di Mesir, ialah Ibnu Muljam itu sendiri? Atas permintaan Amru bin Al-‘Ass (pembuka dan pentadbir Mesir), Saidina Umar Amirul Mukminin ke-2 menghantar Ibnu Muljam untuk menjadi guru al-Quran ke Mesir. Besar bukan jasanya?

Akan tetapi beliau telah melakukan kesilapan. Semasa zaman fitnah, beliau terlalu melayan perasaan, dan sibuk membicarakan akan isu-isu perpecahan dengan pelbagai tambahan perisan dan rencah, sindiran, hinaan dan kejian. Beliau membiarkan minda dan hatinya diselubungi dengan persekitaran tersebut. Sehingga lupa prioriti dan keutamannya dalam dakwah.

Kemuncaknya, hanya dengan permintaan seorang wanita, beliau yang asalnya seorang ahli ibadah dan ahli al-Quran, sanggup untuk menumpahkan darah Saidina Ali.

Di saat berbeza pendekatan politik, janganlah lupa, atau diabaikan, atau dihina nasihat nabi terhadap misi utama baginda, iaitu:

“SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MELENGKAPI KESEMPURNAAN AKHLAK”.

Akhlak, cermin kebenaran.

 

Advertisements

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s