Peminat falak dan astronomi di seluruh dunia sedang teruja menanti ketibaan gerhana matahari penuh yang akan berlaku pada 9 Mac 2016. Antara kawasan yang bakal menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh ialah di Palembang, Palangka Raya, Balikpapan, Palu, Ternate dan Sofifi, Indonesia. Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana matahari separuh (partial). Sila rujuk website ini dan ini untuk maklumat lanjut.
Kebanyakan hotel di lokasi di atas telah hampir penuh ditempah. Berdasarkan maklumat rasmi, banyak tempahan dibuat dari negara Jepun, Malaysia dan negara barat. Bahkan di satu Pulau di Ternate, keseluruhan resort di pulau berkenaan telah ditempah oleh sekumpulan warga Jepun sejak dari pertengahan tahun 2015 lagi.
Memandangkan masa yang semakin menghampiri, banyak pihak sudah mula melakukan persiapan terutamanya daripada aspek teknikal pengimejan, pemilikan lokasi dan seumpamanya, perlu juga kita saling ingat memperingati akan tanggungjawab dan persiapan rohani seorang Muslim apabila tibanya gerhana matahari.
1. Gerhana di Zaman Nabi
Di dalam sejarah hidup nabi Muḥammad SAW, berlaku sekurang-kurangnya enam kali peristiwa gerhana matahari, sama ada yang penuh atau separa penuh (cincin). Pun demikian, yang paling banyak dipetik di dalam ḥadīth ialah peristiwa gerhana cincin, yang berlaku pada hari pemergian putera kesayangan baginda ke rahmatullah, iaitu Ibrāhīm bin Muḥammad anak Maryam al-Qibtiyyah. Peristiwa ini berlaku pada 27 Januari 632 M, di Madīnah al-Munawwarah.
صحيح البخاري ٩٨٥: عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ
كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتْ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ
Sahih Bukhari 985: Daripada Al Mughirah bin Syu’bah berkata, “Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah terjadi gerhana matahari, yaitu di hari meninggalnya putera beliau, Ibrahim. Orang-orang lalu berkata, “Gerhana matahari ini terjadi karena meninggalnya Ibrahim!” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka shalat dan berdoalah kalian kepada Allah.”
2. Persiapan Emosi dan Perasaan
Ramai yang begitu teruja dengan ketibaan gerhana matahari. Ada yang tidak sabar untuk berteriak kegembiraan, berasa puas hati kerana dapat melihat fenomena yang jarang-jarang berlaku dengan mata sendiri, dan seumpamanya.
Sebagai Muslim, ‘perasaan’ dan ‘emosi’ adalah amanah daripada Allah. Ianya perlu diuruskan secara adil, kena pada tempatnya.
Secara ringkas, umat Islām perlu mengawal ‘kegembiraan’ dan ‘keterujaan’ apabila melihat fenomena tersebut. Ini kerana nabi Muḥammad SAW sendiri, berasa amat takut, dan bimbang semasa berlakunya gerhana, kerana fenomena tersebut meingatkan manusia kepada kekuasaan dan juga seksaan Allah kepada mereka melakukan dosa. Sabda nabi:
صحيح مسلم ١٤٩٩: عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي ……… فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَكَبِّرُوا وَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ إِنْ مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرَ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا وَلَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ
Sahih Muslim 1499: Daripada Aisyah, katanya; Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah terjadi gerhana matahari, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan shalat (gerhana). ……Karena itu, apabila kalian melihat gerhana matahari atau bulan, maka bertakbirlah dan berdo’alah kepada Allah, serta shalat dan bersedekahlah. Hai umat Muhammad, sungguh tidak ada kebencian yang melebihi kebencian Allah jika ada hamba-Nya (lelaki atau perempuan) yang berzina. Hai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan banyak menangis dan sedikit tertawa. Bukankah aku telah menyampaikan?”
Justeru, kepada mereka yang bakal mencerap nanti, seimbangkanlah perasaan kita. Selain rasa gembira dan teruja, cubalah hadirkan perasaan bimbang, takut dengan seksaan Allah ke atas dosa-dosa kita.
3. Gerhana Matahari Sebagai Bayangan Api Neraka
Nabi juga mendidik umatnya supaya sentiasa rasa takut apabial berlakunya gerhana matahari, kerana ianya merupakan bayangan api neraka.
صحيح البخاري ٤١٣: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
انْخَسَفَتْ الشَّمْسُ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ أُرِيتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ
Sahih Bukhari 413: Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat (gerhana), kemudian beliau bersabda: “Neraka telah diperlihatkan kepadaku, dan belum pernah sekalipun aku melihat suatu pemandangan yang lebih mengerikan dari pada hari ini.”
4. Gerhana Matahari dan Sang Pencinta Nabi
Selain itu, bagi sang pencinta Nabi Muḥammad SAW, saat gerhana adalah saat yang menyedihkan, kerana nabi bersedih pada waktu itu yang berkebetulan, putera baginda, Ibrāhīm bin Muḥammad, kembali ke rahmatullah.
صحيح البخاري ١٢٢٠: عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ
رَوَاهُ مُوسَى عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ المُغِيرَةِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sahih Bukhari 1220: Daripada Anas bin Malik radliallahu ‘anhu berkata; Kami bersama Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam mendatangi Abu Saif Al Qaiyn yang (isterinya) telah mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putra Nabi Shallallahu’alaihiwasallam. Lalu Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam mengambil Ibrahim dan menciumnya. Kemudian setelah itu pada kesempatan yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam berlinang air mata. Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf radliallahu ‘anhu kepada Beliau: “Mengapa anda menangis, wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat (tangisan kasih sayang) “. Beliau lalu melanjutkan dengan kalimat yang lain dan bersabda: “Kedua mata boleh mencucurkan air mata, hati boleh bersedih, hanya kita tidaklah mengatakan kecuali apa yang diridhai oleh Rabb kita. Dan kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim pastilah bersedih”. Dan diriwayatkan oleh Musa dari Sulaiman bin Al Mughirah dari Tsabit dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu’alaihiwasallam.
5. Gerhana Sebagai Ayatullah al-Manzurah, Tidak Membawa Sial
Nabi juga meingatkan kepada kita bahawa semua fenomena alam, termasuklah gerhana matahari, adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah (ayatullah) yang bersifat dicerap (al-manzurah). Justeru, sementara mata fizikal menyaksikan kehebatan fenomena matahari, didiklah mata hati kita supaya merasai kehebatan Sang Pencipta kepada matahari tersebut, iaitu Allah. Hanya Allah sahaja berkuasa menentukan untung baik atau sebaliknya kepada manusia.
صحيح البخاري ١٠٠٠: حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ قَالَ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عِلَاقَةَ قَالَ سَمِعْتُ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ يَقُولُ
انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ النَّاسُ انْكَسَفَتْ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْجَلِيَ
Sahih Bukhari 1000: Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Zaidah berkata, telah menceritakan kepada kami Ziyad bin ‘Alaqah berkata, “Aku mendengar Al Mughirah bin Syu’bah berkata, “Telah terjadi gerhana matahari ketika wafatnya Ibrahim. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan ia tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana keduanya, maka berdo’alah kepada Allah dan dirikan shalat hingga (matahari) kembali nampak.”
6. Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) & Khutbah
Nabi juga mengajar umatnya supaya melaksanakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) daripada bermulanya fenomena itu sehinggalah hari terang kembali. Walaupun hukumnya adalah sunnah muakkadah (amat dituntut), sebaiknya kepada semua yang terlibat dalam cerapan, peruntukkan sedikit masa untuk mengingati Allah.
صحيح البخاري ١٠٠٤: عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلَاةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ
وَقَالَ الْأَوْزَاعِيُّ وَغَيْرُهُ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ مُنَادِيًا بُ الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ وَأَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ نَمِرٍ سَمِعَ ابْنَ شِهَابٍ مِثْلَهُ قَالَ الزُّهْرِيُّ فَقُلْتُ مَا صَنَعَ أَخُوكَ ذَلِكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ مَا صَلَّى إِلَّا رَكْعَتَيْنِ مِثْلَ الصُّبْحِ إِذْ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ قَالَ أَجَلْ إِنَّهُ أَخْطَأَ السُّنَّةَ تَابَعَهُ سُفْيَانُ بْنُ حُسَيْنٍ وَسُلَيْمَانُ بْنُ كَثِيرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ فِي الْجَهْرِ
Shahih Bukhari 1004: Daripada i ‘Aisyah radliallahu ‘anha: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengeraskan bacaan dalam shalat gerhana. Jika selesai dari bacaan Beliau membaca takbir kemudian ruku’. Jika mengangkat kepalanya dari ruku’ Beliau membaca “sami’allahu liman hamidah Rabbanaa lakal hamd”. Kemudian Beliau mengulang bacaannya dalam shalat gerhana dengan empat kali ruku’ dalam dua raka’at dan empat kali sujud”. Berkata, Al Awza’iy dan selainnya aku mendengar Az Zuhriy dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha bahwa pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka Beliau mengutus seorang mu’adzin untuk menyerukan “Ashalaatul Jaami’ah”. Maka kemudian Beliau maju dan shalat dengan empat kali ruku’ dalam dua raka’at dan empat kali sujud”. Dan telah mengabarkan kepada saya ‘Abdurrahman bin Namir bahwasanya dia mendengar Ibnu Syihab seperti ini. Berkata, Az Zuhriy; Aku bertanya: “Apa alasan saudaramu ‘Abdullah bin Az Zubair yang tidak melaksanakan shalat (gerhana) kecuali dengan dua raka’at seperti shalat Shubuh ketika shalat di Madinah?” Dia menjawab: “Benar begitu adanya dan itu adalah menyalahi sunnah”. Riwayat ini juga diikuti oleh Sufyan bin Husain, Sulaiman bin Katsir dari Az Zuhri dalam (shalat) jahar (shalat yang bacaan alfatihah dan surat sesudahnya dibaca terang) “.
Terdapat 3 cara perlaksanaan solat ini:
- Cara paling ringkas – sekadar melaksanakan dua rakaat solat sunat sahaja.
- Cara sempurna yang paling minimum – solat sunat dua rakaat berjemaah, dengan dua kali qiyam dan dua kali ruku’ bagi setiap raka’at.
- Cara paling sempurna – seperti cara kedua di atas, tetapi membaca surah yang panjang dan tasbih yang lama semasa qiyam, ruku’, sujud.
Selepas solat, digalakkan untuk mengadakan khutbah gerhana matahari.
Justeru, bagi yang sibuk mencerap nanti, apa kita kita peruntukkan sedikit masa untuk melaksanakan sekurang-kurangnya solat sunat dua rakaat semasa fenomena ini sedang berlangsung.