
Ada satu kata-kata yang disandarkan kepada seorang yang al-Sodiq, bukannya nabi, dipetik oleh al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ 4/44:
” حسنات الأبرار سيئات المقربين ” .
Perkara baik bagi orang awam, adalah jahat bagi orang muqarrabin.
Ada sebahagian orang yang menyatakan kata-kata ini adalah hadith. Tetapi sebenarnya ia bukan hadith. Imam al-Ghazali yang menyatakan ianya kata-kata seorang al-Sodiq. Lalu sekiranya dibaca Ihya’ versi tahqiq, kata-kata ini tidak ditahqiq.
Saya pernah ditegur beberapa kali orang beberapa sahabat yang bersemangat mengenai tatacara berpakaian. Yang paling kerap, ialah ketika bersukan, memakai seluar tiga suku, paras betis. Lalu kata-kata di atas, dipetik di dalam teguran.
Apa kata, kita baca beberapa hadith mengenai tatacara pakaian nabi.
Hadith pertama:
من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله إليه يوم القيامة
Barangsiapa melabuhkan pakaian dengan niat untuk berbangga, Allah tidak akan melihatnya pada hari qiamat kelak (Muttafaqun ‘alaih)
Hadith kedua:
أزرة المؤمن إلى نصف الساق ولا حرج”، أو قال: “لا جناح عليه فيما بينه وبين الكعبين، وما كان أسفل من ذلك فهو في النار، ومن جر إزاره بطراً لم ينظر الله إليه
Kain sarung orang Mukmin ialah sehingga separuh betisnya. Atau nabi bersabda: Tidak berdosa bagi orang Mukmin pakai kain sarung antara separuh betis hingga buku lali. Apa yang lebih dari itu, maka ianya masuk neraka. Sesiapa yang melabuhkan kain sarungnya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya kelak. (Abu Daud, Ibn Hibban et al)
Hadith ketiga:
عَنْ ابْنِ أَبِي رَوَّادٍ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِسْبَالُ فِي الْإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مَنْ جَرَّ شَيْئًا خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Dari Ibnu Abu Rawwad dari Salim dari Ayahnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Isbal itu terdapat juga pada kain sarung (celana), pakaian (gamis) dan surban. Barangsiapa memanjangkan sesuatu (seperti tadi) dengan sombong, niscaya Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari Kiamat kelak.”
Ada banyak lagi hadith lain yang berkaitan, termasuklah riwayat da’if menceritakan bagaimana para sahabat menegur tabi’in melabuhkan kain sarungnya di pasar.
Kesimpulan ringkas:
Tidak perlulah bersangka buruk kepada orang yang pakai seluar tiga suku pada zaman sekarang ini. Ianya lebih menghampiri sunnah, walaupun tidak berniat demikian. Apa yang pasti, tutuplah aurat. Dan semua jenis potongan pakaian, walaupun namanya jubah, serban, destar, seluar atau lain-lain, sekiranya dipakai untuk bermegah dan sombong, maka itu pasti haram.
PENJELASAN MENGENAI ISBAL – MELABUHKAN SELUAR.
Bersangka baiklah dengan mereka yang memakai seluar singkat, antara separuh betis hingga ke buku lalinya. Kerana ulama’ membahaskan dengan panjang lebar mengenai hukum isbal ini, kepada khilaf yang diringkaskan seperti berikut:
- Memakai seluar/sarung labuh melebihi buku lali tanpa niat untuk bermegah (bator/khuyala’) – sebahagian berkata ianya harus. Ada yang menyatakan makruh, seperti di dalam mazhab al-Shafi’i, kerana berpegang kepada gabungan seluruh makna hadith-hadith berkaitan. Tidak kurang juga menyatakan haram, bagi yang berpegang kepada zahir hadith pertama di atas.
- Melabuhkan sarung/seluar dengan niat bermegah (bator/khuyala’) – sepakat menyatakan ianya adalah haram.
- Memakai sebarang pakaian dengan niat bermegah, sama ada singkat atau labuh – haram.
Menarik