“Mangsa banjir”. Siapakah mangsa banjir yang sebenar di Malaysia?

Melalui lensa materialistik, mangsa banjir ialah mereka yang kediamannya ditenggelami air.

Melalui lensa rohani, mangsa banjir yang sebenar ialah SEMUA rakyat Malaysia.

Ini kerana hakikat hidup dan kematian, adalah untuk diuji, bagi menentukan siapakah insan yang memberikan respon terbaik terhadap ujian tersebut.

Justeru, bagi mereka yang rumahnya diuji banjir, cara anda memberikan respon memberikan gambaran terhadap kehebatan diri kita dan hubungan kita dengan Allah. Bagaimana respon kita bersabar dengan kerenah birokasi dan agihan bantuan, tabah dengan kehilangan harta benda, istiqamah menjaga ibadah di saat susah, dan sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.

Bagi mereka yang duduk di KL, tanah tinggi, serta kawasan yang TIDAK terlibat dengan banjir, anda juga hakikatnya ialah MANGSA UJIAN BANJIR. Bagaimanakah respon anda terhadap ujian ini, menentukan sejauh mana hubungan kita dengan Maha Pencipta. Nilailah:

  • Respon anda terhadap panggilan sukarelawan.
  • Respon anda terhadap rayuan bantuan.
  • Respon anda terhadap maklumat yang diterima dan disebarkan.
  • Respon simpati anda terhadap kesedihan yang menimpa.
  • Respon untuk menyimpan kegembiraan dan kemewahan di saat orang lain sedang menangis.
  • Respon anda untuk berhenti berhibur.

Semua kita diuji dengan banjir ini, kerana KITA SEMUA ADALAH MANGSA BANJIR. Bagaimanakah respon anda?

Teruskan menyumbang ke dalam tabung bantuan banjir, yang antara pilihan saya:

1. Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan

2. Tabung Banjir Papisma
Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun: TETUAN PAPISMA KELANTAN
Nombor Akaun: 03018010152059
Untuk pertanyaan lanjut, SMS/Whatsapp Dr Su:012 9555842

Advertisement