Pada 7 Syawwal 1430H, kami telah mengadakan rumah terbuka sempena Aidul Fitri. Alhamdulillah ramai yang hadir. Inilah nikmat Allah kepada kita, walaupun jauh dari tanah air, tetapi masih dikurniakan keluarga besar di Aberdeen. Walaupun pada awalnya ramai rakan-rakan di sini yang khuatir raya tidak semeriah sebelum ini kerana ramai yang masih bercuti di Malaysia, tetapi inilah dia Muslim Melayu, sentiasa meriah. Hari Raya pertama sahaja ada 8 rumah terbuka. Dan berdasarkan semakan saya sepanjang hujung minggu Syawwal ini, setiap hari ada jemputan rumah terbuka, dan kemuncaknya ialah pada Majlis Raya Perdana Persatuan Melayu Aberdeen pada 17 Oktober nanti.

Kepada yang hadir, terima kasih diucapkan. Maaf atas segala kekurangan, maklumlah ruang rumah yang agak kecil. Anda semua datang dengan mengucapkan salam sejahtera, Assalamualaikum. Itu adalah doa untuk kami di teratak kecil ini, semoga kesejahteraan yang didoakan akan dikembalikan kepada kita semua. Kedatangan anda semua membawa berkat.

Advertisement