Bumi berada dalam sistem solar. Pusatnya ialah matahari. Tetapi Maha Besar Allah dan kerajaanNya, sistem solar ini hanyalah satu titik kecil daripada galaksi yang dikenali dengan Bima Sakti (Milky Way).

Di planet bumi, kita sebenarnya boleh melihat ekor Milky Way sekiranya berada di tempat yang gelap tanpa pencemaran cahaya. Bagi peminat fotografi, galaksi ini ialah antara subjek yang menarik. Berikut merupakan tips ringkas bagaimana mengambil gambar Milky Way
1. PERALATAN DAN SOFTWARE YANG DIPERLUKAN
– Kamera dengan kemampuan mengawal shutter speed, sebaiknya sehingga 30 saat. (30″).
– Tripod yang kuat.
– Lensa camera wide angle. Sebaiknya mempunyai focal length minimum 2.8. Lagi kecil nilai f, libel besar aperture, dan lebih berkualiti gambar tersebut. (Ada juga yang menggunakan lens kit, seperti 18-105mm, 3.5-5.6 f, dan hasilnya tidak mengecewakan).
– Shutter release remote/cable (optional), bagi mengurangkan kesan gegaran.
– Smartphone
– Aplikasi star chart dalam smartphone seperti Stellarium, SkySafari, Luminos, Night Sky, Moon dan lain-lain. Ini bagi membolehkan kita mengetahui kedudukan Milky Way, serta mengetahui secara umum kadar kegelapan langit (apabila bulan sudah tenggelam pada waktu malam). Aplikasi cuaca seperti Rain Alarm juga penting bagi mengetahui lokasi awan di langit.
– Lampu picit / head light bagi memudahkan urusan mengawal kamera di tempat gelap.
2. MASA DAN TARIKH TERBAIK
Tarikh terbaik ialah pada hujung dan awal bulan Lunar/Hijrah. Pada waktu ini, dalam banyak keadaan, bulan berada di atas ufuk/horizon pada waktu siang. Sebagai panduan umum, pada hujung bulan lunar/hijrah, bulan akan tenggelam lebih kurang 30 minit selepas waktu Maghrib. Sementara pada tengah bulan, bulan akan sentiasa berada di langit.
Masa yang terbaik pula ialah di saat bulan berada di bawah ufuk/horizon lokasi kita. Gunakan aplikasi star chart dalam smart phone kita untuk mengetahui maklumat ini.
Di Malaysia, bulan yang terbaik untuk mengambil gambar milky way ialah antara April hingga September.
3. LOKASI
Lokasi terbaik ialah di mana-mana kawasan yang gelap. Sebaiknya, jauh daripada bandar yang terdedah dengan pencemaran cahaya. Mengambil gambar milky way di kawasan yang agak terang akan mencemarkan kualiti gambar kita, kerana langit akan berwarna kekuningan. Gambar terbaik ialah sekiranya gambar langit malam itu kekal gelap.
4. KEADAAN LANGIT
Tidak berawan, gelap, tidak hujan.
5. ARAH MILKY WAY
Guna aplikasi star chart dalam smart phone anda untuk mengetahui lokasi bima sakti. Sebagai panduan umum, biasanya lokasi bima sakti ialah di arah selatan. Sekiranya tahu arah kiblat, berpalinglah ke arah kiri badan. Di situlah letaknya milky way. Dalam banyak keadaan, mata kasar kita tidak dapat melihat milky way. Hanya setelah diproses oleh kamera dan photoshop, barulah ianya kelihatan dengan jelas.
6. SETTING CAMERA UNTUK MILKY WAY
– Letak kamera di atas tripod yang kukuh bagi mengelakkan gegaran.
– Setting kamera pada mode manual.
– Simpan gambar dalam format RAW, kualiti tertinggi.
– ‘Off’kan (andai ada):
- vibration control pada lens
- noise reduction (long exposure)
- noise reduction (high ISO)
- auto focus.
– Buka aperture seluas-luasnya (nilai terendah). Nilai yang ideal ialah f2.8.
– Shutter speed 30 saat (30″). Boleh diuji sehingga 15″.
– ISO sekurang-kurangnya 3200. Boleh diuji sehingga ke 8000, bergantung kepada kepekaan sensor kamera dan noise.
– Fokus secara manual pada nilai infiniti. Secara umum, pusingkan focus ring pada lens ke arah kanan (maksimum), kemudian pusing SEDIKIT ke kiri. Letakkan pada infiniti.
– Ambil gambar dengan menggunakan shutter release remote/cable. Sekiranya tiada, gunakan timer 10 saat. Ini bagi mengelakkan gegaran.
– Lihat hasil gambar. Anda boleh uji pada nilai apperture, ISO dan shutter speed yang berbeza bagi mendapatkan hasil terbaik.
7. PHOTOSHOP
Selepas mengambil gambar, kualiti imej bintang perlu diperkayakan menerusi photoshop. Boleh tinjau di sini:
terima kasih atas panduan anda. semoga Allah merahmati. amin. 🙂
Salam tuan, boleh terangkan kenapa masa yg terbaik untuk ambil gambar milky way di Malaysia pada bulan Apr-Sep sahaja?
Bahagian bimasakti paling terang berada sekitar buruj Scorpio. Kedudukan Scorpio pada bulan2 tersebut agak tinggi dari ufuk dan lining pun cantik. Boleh buat projection guna app stellarium dan yg sepertinya pada bulan2 berkenaan.