Anda seorang ustaz dan tok guru? Anda pemimpin gerakan Islam dan gerakan mahasiswa? Anda mursyid pembimbing manusia memperbetulkan rohani? Hebat…
Anda dicari orang. Kehadiran dinanti, pemergian ditangisi. Keterlibatan dilihat sebagai penyelamat. Ucapanmu sentiasa memikat? Tanganmu dikucup mendapat berkat.
Ketika hati terasa kerana tidak dipanggil syeikh atau ustaz, ketika gah terasa taktala tangan dicium rapat, ketika hebat rasanya sentiasa mendapat award, ketika megah jemputan ceramah merata tempat, ketika kehadiran dianggap penyelelamat, bertaubatlah segera, agar tiada Haman dan Firaun di neraka berkongsi tempat.
Tontonilah tawadu’ dan rendah diri Alim Syeikh Ramadhan al-Buti …. barulah kenal siapalah diri ini..
(terjemahan di dalam bahasa Inggeris boleh diperolehi dengan menekan butang CC di bawah panel kawalan)