Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Khatib menyeru kepada diri sendiri serta seluruh Muslimin sekalian, supaya marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azza Wa Jall, dengan ketaqwaan yang sebenarnya, serta janganlah mati melainkan di dalam keadaan Islam.
Muslimin rahimakumullah,
Antara keunikan Islam berbanding agama lain, ialah kerana ianya tertegak di atas ilmu pengetahuan. Wahyu pertama diturunkan kepada nabi Muhammad sendiri adalah menjurus kepada galakan membaca sebagai wasilah penting di dalam mendapatkan ilmu. Firman Allah:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan. (al-Alaq:1)
Di dalam menceritakan sejarah penciptaan nabi Adam, al-Quran menceritakan dengan jelas, terperinci serta berulang di beberapa tempat, akan keengganan iblis dan malaikat untuk tunduk sujud hormat kepada Adam. Akan tetapi keengganan Malaikat untuk mengiktiraf status khalifah yang diberikan kepada Adam akhirnya dapat ditundukkan setelah Allah memberikan anugerah ilmu pengetahuan yang tidak diberikan kepada Malaikat mahupun makhluk yang lain. Firman Allah:
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ قَالُواْ سُبْحَٰنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ
Dan Allah mengajar yakni memberi ilmu kepada Adam akan nama-nama (setiap objek di muka bumi) kemudian dibentangkan kepada Malaikat. Telah berkata Allah kepada Malaikat, beritahulah aku akan nama objek-objek itu semua sekiranya engkau semua yakni Malaikat mengetahui. Para malaikat menjawab, masa suci Engkau, tiadalah ilmu bagi kami melainkan apa yang telah engkau kurniakan kepada kami, sesungguhnya engkau Maha Perkasa lagi Bijaksana (Al-Baqarah:31-32)
Dengan semangat inilah kita lihat Islam sejak zaman dahulu, walaupun dilahirkan semula di tanah gersang yang tanpa tamadun, tetapi telah mencetus revolusi di dalam bidang akademik. Status Bait Hikmah sebagai kutub khanah pertama di dunia semasa zaman Abbasiyah sebagai pusat pengurusan maklumat, selain Al-Azhar sebagai universiti pertama tertua di dunia yang dibina oleh kerajaan Fatimiyyah, serta ratusan jika tidak ribuan produk hasil kajian sarjana Muslim, adalah bukti betapa Islam itu agama unggul kerana asas fundamentalnya adalah ilmu pengetahuan.
Justeru, sempena musim peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi, minbar mengajak muslimin sekalian untuk menyorot kembali pra syarat utama untuk kita menuntut ilmu. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat.
Sidang Jumaat sekalian,
Imam Muhammad bin Idris al-Shafi’e adalah merupakan tokoh ilmu terunggul di dalam sejarah umat Islam. Beliau telah mengarang satu syair ringkas tetapi padat, menceritakan mengenai syarat-syarat menuntut ilmu. Kata beliau,
أخي لن تنال العلم إلا بستةٍ
سأنييك عن تفاصيلها ببيـان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغه
وصحبة استاذٍ وطول زمان
Saudaraku, ketahuilah yang engkau tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam syarat, Akan kuceritakan satu-persatu dengan terperinci. Pertama bijak, kedua rakus, ketiga kesungguhan, keempat kemampuan sara diri, kelima bersahabat dengan tenaga pengajar, dan terakhir, masa yang panjang atau berterusan.
Zaka’ bermaksud cerdas dan bijak, adalah prasyarat utama untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang baik. Faktor yang menyumbang kepada kecerdasan ini sebenarnya adalah menyeluruh. Ini termasuklah factor pendidikan awal di rumah, persekitaran, pemilihan kawan, pemilihan pasangan, pemakanan dan lain-lain. Adab-adab yang diajar di dalam Islam, walaupun kelihatan remeh, sebenarnya berperanan besar di dalam menambah kecergasan akal manusia. Walaupun ada yang berpendapat, kecerdasan akal adalah anugerah pilihan kepada insan tertentu, akan tetapi hakikatnya, kecerdasan dapat dibentuk oleh diri kita sendiri. Daripada sekecil-kecil perkara, seperti khasiat susu bayi untuk merangsang IQ anak-anak, sehinggalah kepada menjaga pandangan daripada melihat perkara maksiat, itu semua mempengaruhi kecerdasan akal kita. Imam al-Shafie sendiri pernah mengadu kepada gurunya, imam Waki’, kerana suatu ketika, kecerdasan akal beliau merudum jatuh, lalu ditegur beliau oleh gurunya supaya meninggalkan maksiat, kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan tembus ke dalam hati yang berkarat dengan maksiat.
Syarat kedua pula adalah hirs, semangat tinggi, rakus serta tamak mendambakan ilmu. Sifat ini dapat dilihat di dalam diri sarjana Islam terdahulu. Sebagai contohnya Imam al-Bukhari. Kitab beliau yang terkenal, Sahih al-Bukhari, merupakan rujukan unggul bagi umat Islam selepas al-Quran. Bagaimana kitab tersebut menjadi karya unggul, atau magnum opus kepada kesarjanaan sains hadith, adalah tidak lain tidak bukan kerana semangat tinggi beliau di dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ramai kita yang mengetahui kesanggupan imam al-Bukhari merantau ribuan batu, semata-mata untuk mendengar hanya sepotong hadith nabi yang autentik. Beberapa kali beliau merantau, tetapi pulang dengan tangan kosong kerana sedikit keraguan di dalam status hadith berkenaan. Akan tetapi, beliau tidak pernah berputus asa, sebaliknya terus rakus dan tamak di dalam mengumpulkan ilmu yang berguna.
Syarat ketiga pula ialah ijtihad, atau kesungguhan. Untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya, kesungguhan adalah amat penting. Walau sehebat mana peribadi kita, walau sejernih mana hati kita, walau sepanjang mana pun sujud kita, walau setinggi mana tangan menadah memohon hajat, akan tetapi sekiranya tiada kesungguhan di dalam menuntut ilmu, percayalah, ianya tidak akan datang bergolek kepada diri kita. Ramai juga yang tertanya-tanya apakah kunci utama untuk mendapat kesungguhan ketika belajar. Muslimin sekalian, yakinilah, bahawa kunci utama untuk mendapat kesungguhan adalah kesabaran. Sabar dengan kesukaran menuntut ilmu. Sabar dengan uijan dan halangan. Sabar dengan masa yang panjang. Sabar dengan kejemuan. Itulah kunci utama kepada kesungguhan. Sabda nabi Muhammad, al-Sobru diya’. Yang bermaksud, kesabaran itu adalah cahaya. Dan memang ilmu pengetahuan itu sering kali dikaitkan dengan cahaya. Tanpa sabar, maka tiadalah kesungguhan, lantas sirna lah pengetahuan.
Syarat keempat pula ialah bulghah, atau kemampuan kewangan. Syarat ini amat penting bagi memastikan kita mampu untuk menyara diri ketika proses mendapatkan ilmu pengetahuan. Ahli ilmu yang baik, ialah mereka yang sentiasa mencari peluang biaya, atau tajaan, bahkan pinjaman, yang membolehkan dirinya berada di dalam persekitaran ilmu pengetahuan. Syarat ini adalah terbukti kepentingannya. Lihatlah sahaja generasi awal di negara kita, berapa ramai yang tercicir di dalam arus perdana pendidikan kerana factor kewangan yang menghambat. Walau pun ditawarkan pengajian di kolej atau pusat pendidikan terunggul, akan tetapi sekiranya tiada wang, maka tidak akan ke mana kita akhirnya. Dengan sebab itu, amat penting bagi generasi sekarang, supaya tidak terlalu berkira di dalam membiayai pendidikan khususnya untuk anak-anak atau saudara terdekat. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan penting di dalam kehidupan, di mana pulangannya kekal sampai ke akhirat.
Syarat kelima pula ialah suhbati ustazi, atau rapat, baik dengan tenaga pengajar. Tuan-tuan sekalian, mungkin ramai di kalangan kita yang merasakan, kunci utama untuk menjadi pelajar cemerlang, ialah semata-mata kepada usaha dan juga kecerdikan peribadi. Malangnya, ramai yang melupakan elemen berkat di dalam menuntut ilmu. Berkat, berasal daripada perkataan birkah, yang bermaksud bekas air. Walaupun bekas yang mengandungi air itu mungkin kecil, seperti oasis di padang pasir, atau tasik di perjalanan, akan tetapi ianya memberi manfaat yang banyak kepada orang lain, serta sumbernya sentiasa berterusan. Berkat boleh difahami dengan fahaman yang mudah, iaitu buat sikit, dapat banyak. Di dalam menuntut ilmu, syarat utama mendapat keberkatan ilmu, ialah mempunyai hubungan yang baik dengan guru kita. Ulamak terdahulu amat menitikberatkan perkara ini, sehingga ada yang sanggup menjadi pemberi khidmat, atau khaddam kepada tok guru mereka. Akan tetapi amalan ini semakin longgar di zaman moden. Bahkan sekarang, kita perhatikan bagaimana anak murid sanggup mencaci memukul dan mengutuk guru-guru mereka. Apatah lagi dengan bercambahnya saluran komunikasi seperti blog dan laman rangkaian social, golongan pengajar mudah untuk diperlekeh oleh anak murid sendiri. Insafilah, dan contohilah sikap Saidina Ali yang sanggup menjadi khadam kepada gurunya walaupun non-Muslim, dengan berkata man allamani harfa, surtu lahu abdan. Sesiapa yang mengajarku sepotong huruf, maka aku akan menjadi hambanya.
Syarat terakhir pula ialah tul al-zaman, iaitu panjang masa. Ketahuilah, bahawa tidak ada kejayaan yang boleh dikecapi dengan masa yang ringkas. Tidak ada ilmu yang boleh dipelajari di dalam masa yang padat. Proses pengajian sepanjang hayat adalah merupakan falsafah utama di dalam sunnah nabi Muhammad, sehingga baginda sendiri meminta kita menuntut ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad.
Second sermon…
O You who believe, – Be aware of Allah, and speak a straightforward word. He will forgive your sins and repair your deeds. And whoever takes Allah and His Prophet as a guide, has already achieved a mighty victory.
Dear brothers,
In the first khutbah, minbar had talked about criteria of seeking knowledge as suggested by Imam Muhammad bin Idris al-Shafi’e. Please allow me to share with you, one more poem by al-Shafi’e about ethics as a student or knowlege seeker. He once said,
اصبر على مر الجفا من معلم
فان رسوب العلم في نفراته
ومن لم يذق مر التعلم ساعة
تجرع ذل الجهل طول حياته
ومن فاته التعليم وقت شبابه
فكبر عليه اربعا لوفاته
وذات المرء لعمري بالعلم والتقى
اذا لم يكونا لا اعتبار لذاته
Be patient over the teacher’s strictness and harshness For the stores of knowledge are present in his harshness
Whoever does not taste the humility of learning, even for an hour Will drink the humility of ignorance for the rest of his life
For him who misses out on learning in his youth, Then announce four takbirs over him for his death is due
By Allah, the life of a youth is by knowledge and piety If they are not present, then nothing can express his existence