Membaca Yaasin Kepada Yang Sedang Sakit Nazak

syahadahHukum membaca surah Yaasin kepada seorang hamba Allah yang sedang sakit nazak adalah satu isu yang diperdebatkan di kalangan ulamak.

Bagi mereka yang mengharuskannya, mereka bersandarkan kepada sepotong hadith daripada Ma’qil ibn Yasar r.a.:

اقرأوا علي موتاكم يس

Bacalah kepada orang-orang yang sedang mati dengan surah Yaasin.

Bagi sebahagian ulamak, hadith ini walau bagaimanapun tidak mencapai martabat sahih atau hasan. Imam Al-Nawawi mendhaifkan hadis ini di dalam al-Azkar. Begitu juga dengan Syeikh al-Albani. Akan tetapi beberapa ulamak seperti Syeikh Uthaimin, dalam menyatakan kedhaifan hadith ini, turut mengakui yang sebahagian ulamak lain menerima hadith ini sebagai hadith sahih.

Itu semua adalah persoalan teknikal yang dibincangkan oleh ulamak hadith. Persoalan teknikal di dalam nas tidak boleh dipandang kecil. Ianya adalah isu besar bagi menentukan amalan kita diterima atau sebaliknya. Sekiranya berlaku khilaf di kalangan ulamak, maka terserahlah kepada kita untuk memilih pandangan masing-masing.

Apa yang pasti, di sebalik khilaf mereka terhadap status hadith di atas, semua mereka bersepakat yang membaca dan memperdengarkan bacaan al-Quran sama ada untuk diri kita atau diri orang lain adalah amalan yang amat digalakkan. Apatah lagi kepada yang sedang sakit nazak, daripada mendengar sembang-sembang duniawi orang yang sedang melawat di kelilingnya, atau dipersembahkan dengan tangisan kesedihan, adalah lebih baik kepada orang yang masih hidup menghidupkan suasana Islam di penghujung hayatnya.

Selain itu, di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Sai’d dan Abu Hurairah melaporkan nabi Muhammad bersabda:

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله

Talqinkanlah orang-orang yang sedang nazak dengan La Ilaha Illallah.

Gabungan kedua-dua hadith di atas perlu difahami sebagai suatu saranan kepada orang yang masih hidup supaya mengajar kepada saudaranya yang nazak menghabiskan hayatnya dengan Islam.

Kesimpulannya dan sedikit anjuran kaifiat talqin:

1. Mentalqinkan orang yang sedang nazak adalah suatu tuntutan bagi membantu mereka mati di dalam Islam.

2. Kepada yang masih hidup, elakkan daripada mewujudkan suasana yang tidak membantu si pesakit nazak untuk mati dalam Islam seperti menyembang perkara duniawi, berlebihan dalam menangis atau kesedihan dan sebagainya.

3. Hampir semua Muslim faham makna La Ilaha Illallah, tetapi tidak semua yang tahu tafsir atau sekurang-kurangnya terjemahan surah Yaasin. Justeru adalah lebih utama untuk mengajar pesakit nazak dengan kalimah tersebut, apatah lagi adalah lebih utama beramal dengan hadith yang sahih. Bacaan yaasin sekiranya dibaca beramai-ramai, tidak serentak, tidak sempurna dan seumpamanya, mungkin boleh melarikan fokus si pesakit nazak untuk mengahiri hayatkan dengan kalimah syahadah. Pun demikian sekiranya ingin memilih untuk membaca Yasin beramai-ramai pun kerana hadith Ma’qil di atas, bacalah dengan perlahan, dan pastikan ada seorang yang menemani di sisi untuk mengajar kepada si pesakit nazak kalimah La Ilaha Illallah.

Allahua’lam.

Advertisements

2 thoughts on “Membaca Yaasin Kepada Yang Sedang Sakit Nazak

  1. Salam

    Terima kasih atas penerangan yang Ustaz berikan tentang perkara ini.

    ” We seek Knowledge from cradle to grave” betul tak Ustaz….

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s