Isu DNA babi yang ditemui di dalam dua perisa coklat Cadbury telah menimbulkan perdebatan yang hangat di tanah air. Respon yang diberikan oleh masyarakat, sekurang-kurangnya memberikan gambaran bahawa umat Islam khasnya di Malaysia amat sensitif dengan isu haram di dalam makanan, walaupun kurang sensitif dengan isu haram pada perkara lain seperti rokok, pengurusan kewangan dan lain-lain. Di saat artikel ini ditulis, JAKIM menerusi Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru sahaja membersihkan produk Cadbury itu daripada DNA babi.
Saya dan keluarga pernah melawat ke kilang tempat lahirnya syarikat besar dunia ini. Ianya terletak di Bourville, Birmingham, United Kingdom. Secara peribadi, saya amat percaya dengan kualiti kebersihan dan ketelusan bahan-bahan yang digunakan oleh Cadbury di dalam menghasilkan coklat mereka. Bahkan saya lebih percaya dengan kualiti dan ketelusan mereka berbanding sebahagian kecil restoran dan pengeluar produk makanan bangsa sendiri. Dan saya juga yakin bahawa piawaian yang sama digunapakai oleh kilang-kilang Cadbury seluruh dunia. Mereka amat profesional, dan sensitif dengan kandungan yang membabitkan isu vegetarian, halal, kosher dan alahan.
Walaupun bidang penyelidikan saya bukan membabitkan industri halal di Malaysia, saya menulis atas kapasiti seorang professional trainer in halal industry peringkat kebangsaan, setelah mengikuti kursus HDC dan mendapat markah tertinggi di dalam ujian kursus tersebut. Saya akan cuba memberikan pendapat berdasarkan 3 perkara, iaitu auta, fatwa dan taqwa.
1. AUTA
Sejak dari awal lagi isu ini dihebahkan, satu perkara yang agak AUTA ialah mengapakah ada pegawai daripada Kementerian Kesihatan melakukan ujian DNA babi ke atas bahan makanan. Berdasarkan pengamalan industri halal, Kementerian Kesihatan tiada autoriti, walaupun bebas untuk melakukan eksperimen, untuk melakukan dan menghebahkan keputusan DNA babi di dalam makanan. Satu-satunya jabatan kerajaan yang ada kuasa ialah Jabatan Kimia, dan antara makmal yang paling berautoriti ialah makmal Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) di Universiti Putra Malaysia. Kementerian Kesihatan bukan pemegang taruh utama di dalam industri makanan halal di Malaysia.
Tambah AUTA lagi, apabila ada pegawai yang tidak amanah membocorkan gambar keputusan makmal tersebut ke media sosial. Ujian dilakukan pada bulan Februari, gambar dibocorkan pada bulan Mei. Maka terpaksalah pegawai-pegawai agensi terlibat, membuat kenyataan separuh masak bagi menangani isu ini.
Yang lebih AUTA lagi, ialah ada beberapa NGO beraliran keras yang telah keluar daripada sempadan fiqh Islam, dengan mengeluarkan fatwa songsang supaya Cadbury menanggung kos pembersihan darah Muslim Malaysia yang sudah tercemar dengan DNA babi. Ada pula yang meminta supaya kos samak mulut dan perut ditanggung oleh mereka. Saya juga mengagak akan ada pensyarah yang mula berkira-kira membuat kapsul samak perut sebagai bahan komersial mereka nanti.
Semua ini mengarut, kerana memprojekkan betapa susahnya agama Islam itu. Bagi mereka yang mula berjinak dengan Islam, mereka akan terpaksa fikir berkali-kali, kerana selepas perlu di’sunat’kan anu mereka itu, terpaksa pula menanggung kos penyucian darah. Bukankah itu menjauhkan mereka dengan Islam?
Hasil AUTA yang berterusan ini, sebahagian media barat, sama ada dengan sengaja atau tidak, memburukkan imej Muslim Malaysia, kononnya kita mengisytiharkan jihad ke atas produk Cadbury. Ianya menggambarkan kebodohan sebahagian umat Islam di dalam isu ini.
Pun demikian, saya merasakan bahawa adalah hak kepada mana-mana individu untuk menyatakan bantahan atau mengemukakan saman ke atas Cadbury. Sama juga di barat, apabila beberapa produk berasaskan daging lembu telah didapati mempunyai kandungan daging kuda, lalu disaman syarikat berkenaan.
Cuma, tahukah anda bahawa beberapa tahun lepas, ada banyak lagi produk pengeluar makanan, sama ada bumiputra atau pun syarikat antarabangsa, yang dikesan mempunyai DNA babi? Dan tahukah anda, DNA babi ini mungkin banyak berada dalam badan kita? Mungkin daripada vaksin yang disuntik semasa anda bayi. Pencemaran DNA babi juga boleh berlaku melalui pencemaran udara.
2. FATWA
Melihat akan senarai AUTA-AUTA yang berlaku daripada kes DNA babi ini, sebagai orang Islam, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk merujuk kepada fatwa yang sedia ada. Untuk mengeluarkan fatwa di Malaysia, apatah lagi membabitkan isu yang berkait dengan sains, perbincangan agak panjang. Dan ianya membabitkan pakar di dalam sains makanan, bioteknologi dalam industri halal.
Perkara pokok ialah babi itu adalah haram untuk dimakan. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa bahawa semua makanan yang diproses melalui bioteknologi DNA babi adalah haram dimakan, dan ianya belum sampai ke tahap yang darurat untuk mengharuskannya sementara, kerana terdapat banyak alternatif lain yang halal. Tetapi mereka juga menyatakan bahawa melalukan pengesahan terhadap DNA babi itu adalah suatu proses yang rumit, dan banyak boleh berlaku kesilapan dan pencemaran khasnya di dalam persampelan. Ujian perlu dilakukan berulang kali, dan boleh membabitkan proses sehingga berbulan-bulan.
Justeru, antara FATWA dengan AUTA, umat Islam perlu lebih taat dengan FATWA. Islam agama yang mudah, tetapi tidaklah pula bermaksud boleh untuk mempermudahkan agama. Sekiranya pihak autoriti menyatakan ianya halal, maka sebagai orang awam, percaya sahajalah. Kalau mengambil pendirian untuk tidak mahu percaya, maka saya cadangkan buatlah DNA test di karpet masjid, entah-entah banyak kandungan najis di situ. Dan buat juga DNA test ke atas produk bumiputra, tidak mustahil berlakunya pencemaran udara yang menyebabkan adanya DNA babi. Pasti, Islam tidak serumit itu.
3. TAQWA
Inilah keindahan Islam. Ketika ramai yang berbalah antara AUTA dengan FATWA, mereka lupa akan TAQWA. Andai kita memilih jalan TAQWA, kita akan merasai betapa indah, dan lapangnya kehidupan beragama mereka. TAQWA mengajar kita untuk makan makanan yang halal dan toyyib. TAQWA juga mengajar kepada kita bahawa semua produk yang tidak dimulakan dengan basmalah, maka terputus barakahnya. Kalau memilih jalan TAQWA yang tertinggi, tanamlah koko, perahlah susu, dan buatlah coklat sendiri. Mampukah? Atau sekurang-kurangnya membeli produk coklat Muslim, yang sebahagian daripada saya sendiri meragui kualitinya. Atau yang terbaik, makan sahajalah apa yang dihidang oleh isteri dan ibu kita. Itulah makanan yang terbaik, untuk orang-orang yang memilih TAQWA pada maqam yang tinggi. Inikah TAQWA kita?
Antara AUTA dengan FATWA, FATWA lebih diutamakan.
Antara FATWA dengan TAQWA, TAQWAlah yang paling utama.
Setuju sangat. banyak auta.
Saya guru sekolah. Pegawai kkm dtg sek ambil sample mknn. Ape slhnye jab kkm test mknn….
Saya tidak pernah kata salah. Orang perseorangan pun bebas buat ujian. Cuma dalam industri halal di Malaysia, yang ada autoriti ialah Jabatan Kimia. Ujian mereka adalah ujian yang berautoriti.
Itu dia ambil sample utk test keracunan makanan bukan DNA babi
Alhamdulillah, Allah menciptakan langit dan bumi tanpa cacat celanya. Dialah yang mengurus tadbir alam ini tanpa campurtangan makhluk sekaliannya. Saya tertarik dengan tulisan saudara dan terima kasih kerana menyediakan ruang untuk pembaca memberi komen.
Perenggan 4:
“Sejak dari awal lagi isu ini dihebahkan, satu perkara yang agak AUTA ialah mengapakah ada pegawai daripada Kementerian Kesihatan melakukan ujian DNA babi ke atas bahan makanan. Berdasarkan pengamalan industri halal, Kementerian Kesihatan tiada autoriti, walaupun bebas untuk melakukan eksperimen, untuk melakukan dan menghebahkan keputusan DNA babi di dalam makanan.”
Saudara kena maklum bahawa hal-hal berkaitan makanan terlalu banyak agensi kerajaan yang terlibat langsung seperti KKM, Jab. Haiwan, Jab. Kimia, Jab Pertanian dsb.
Menurut Sek. 5 Akta Makanan 1983, anggota KKM yang dilantik boleh mengambil sampel makanan yang beliau ingini bila-bila masa. Di sini tidak timbul isu kenapa KKM mengambil sampel.
Kemudian, peraturan 11 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, memperuntukkan kesalahan label makanan. Setiap makanan yang mengandungi hasilan lembu atau babi mesti dinyatakan jelas pada label makanan iaitu ramuan. Apabila makanan tersebut tidak menyatakan adanya hasilan tersebut, KKM berhak menentusahkan betul atau tidak label makanan tersebut. Maka, sampel diambil berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada.
Apabila analisa dibuat, Akta Makanan menetapkan makmal mesti diluluskan oleh Menteri Kesihatan dan makmal makanan KKM semua diluluskan. Sekali lagi tidak timbul autoriti ujian makmal.
Keputusan makmal mendapati DNA babi dikesan. Keputusan ini akan menyebabkan produk tersebut telah melanggar peraturan 11 iaitu kesalahan pelabelan makanan. Maka, jika kesalahan ini dibawa ke mahkamah pun, sabitannya juga adalah kesalahan label makanan. Semua makanan berhak dirampas oleh KKM. Tidak pun menyentuh halal haram. Tetapi rakyat yang beriman kalau tahu benda ini berlaku, sudah pastilah mereka beriktikad yang sewajarnya.
Perenggan 2:
“Saya dan keluarga pernah melawat ke kilang tempat lahirnya syarikat besar dunia ini. Ianya terletak di Bourville, Birmingham, United Kingdom. Secara peribadi, saya amat percaya dengan kualiti kebersihan dan ketelusan bahan-bahan yang digunakan oleh Cadbury di dalam menghasilkan coklat mereka. Bahkan saya lebih percaya dengan kualiti dan ketelusan mereka berbanding sebahagian kecil restoran dan pengeluar produk makanan bangsa sendiri. Dan saya juga yakin bahawa piawaian yang sama digunapakai oleh kilang-kilang Cadbury seluruh dunia. Mereka amat profesional, dan sensitif dengan kandungan yang membabitkan isu vegetarian, halal, kosher dan alahan.”
Saya tidak mahu mengulas perenggan di atas tetapi ingin membawa kisah seorang teman. Kisahnya begini, teman tersebut kebetulan duduk semeja dengan orang yang tidak dikenali dan tidak berbual pun sekadar menikmati minuman dan makanan di sebuah restoran melayu. Tiba-tiba orang tadi (berwajah pakistan) berkata ” sana makan bersih tapi tidak suci (restoran sebelah milik cina), sini makan kotor tapi suci”. Teman tadi pon geleng-geleng kepala.
Baik, siapakah sepatutnya menjadi teman terpercaya. Orang beriman bukan? Isu McDonald di YouTube yang mana pengurusnya kencing di sinki dapur premis McDonald di Amerika Syarikat. Juga satu pelanggaran etika. Soalan saya ialah, adakah kemungkinan sebuah syarikat yang mempunyai standard yang begitu tinggi melakukan perlanggaran etika? Satu. Kedua jika ya, adakah perlanggaran etika itu berlaku secara berterusan atau sekali-sekala atau mungkin sekali sahaja? Ketiga, bagaimana jika saya andaikan sampel yang dikesan mengandungi DNA babi oleh KKM itu, adalah dalam ruang persoalan tadi?
Sewajarnyalah, JAKIM perlu menguji sampel coklat yang betul-betul sama tarikh luput dan kumpulan yang sama kelompok yang masih ada di pasaran dan termasuk yang telah dirampas oleh KPDNKK kerana HANYA sampel tersebut sahaja yang mampu mengurangkan rasa was-was umat Islam. Isu ini sudah berhari-hari berlegar di ruang media massa, kita bimbang segala bukti tidak wujud lagi.
Sekian.

Saya bersetuju yang sesiapa sahaja bebas utk buat pemeriksaan makanan. Tetapi hanya dalam konteks industri halal di Malaysia, yang ada autoriti ialah Jabatan Kimia. Kalau benar KKM ikhlas dan efisyen, sepatutnya sejak bulan Februari mereka sudah mengambil tindakan pantas. Bukan tunggu bulan Mei.
saya terasa sesangat auta auta ini
Terima kasih Ustaz di atas penerangan yang diberikan.
Kalau yakin..makan lah..tapi bila ada was was..apa penjelasan?
Utamakan taqwa daripada fatwa. Mudah sahaja, makan benda lain. Inilah kunci utama artikel saya.
Saya dimaklumkan oleh kakitangan kkm yang terlibat sememangnya mereka telah mengetahui perkara ini lebih awal. Namun saya tidak pasti samaada kkm bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sepatutnya yang mengesahkan Halal or Haram kepada umum pada masa tersebut. Tetapi sekiranya dirujuk kembali bagaimana isu ini terbongkar..ia adalah melalui laporan KENYATAAN AKHBAR daripada KKM selain daripada data2 sokongan yang kononnya bocor..bagi saya ia tidak bocor..ia adalah bukti yang turut serta dengan Kenyataan Akhbar dari KKM untuk semua pihak mengambil tindakan.
Ada 2 versi, in which yang lebih ramai diperkatakan orang, gambar lab test itu dibocorkan ke media sosial oleh staf yang tidak berintegriti. Ini punca keserabutan sekarang. Kalaulah dia terus rujuk pihak JAKIM, atau Jabatan Kimia sejak bulan Februari, insyaAllah tiadalah respon2 mengarut sekarang ni.
Bagi saya itulah sebabnya pegawai kkm yg membuat lab test sendiri yg ‘terpaksa’ menyebarkan kepada media sosial.. Kerana bossnya lembab atau tidak mahu bertindak segera. Pegawai tersebut tidak semestinya tidak berintegriti tetapi lebih mementingkan ummah yg selama ini tertipu dengan makanan yg buruk dan memjijikkan.
Mungkin juga, but I doubt that. I know in all personnel in Halal Department, they are very efficient and sensitive with any sort of scientific finding claiming that this and that are haram.
Kalau auto tu maksudnya nak kata KKM nak hancurkan bisnes cadbury ke apa ?
ralat – maksud sy “auta” bukan “auto”.. hehe
“Saya juga mengagak akan ada pensyarah yang mula
berkira-kira membuat kapsul samak perut sebagai
bahan komersial mereka nanti.”
Apa ini auta penulis? Pensyarah2 tidak sebodoh awak fikirkan.
Mmg ada pun. Saya tak kata mereka bodoh. Tapi ‘meneroka peluang’. FYI, saya pensyarah juga 🙂
Apa salahnya meneroka peluang? Apatah lagi yg nak meneroka peluang itu drp pensyarah islam sendiri? Kenapa nak biarkan dan nak tunggu orang bukan islam pulak yg nak membuat ujikaji dan mengeluarkan produk?
Samak dalam badan bukan ajaran Islam. Membuat kajian ke arah itu adalah sia-sia. Sia-sia adalah pembaziran. Note that in IPT, at least you need to spend public money at least RM50k to develop this kind of research. Such a waste, a waste is totally forbidden in Syari’ah.
A a lah
Baguslah ada usaha dari KKM. Jangan terlalu yakin dgn syarikat besar.
Betul tu, saya amat galakkan sesiapa pun tolong JAKIM dan umat Islam semak status halal. Tapi biar kena cara, dan cepat serta pantas. Ikut saluran.
Skrg kerana wang semua boleh jadi..yg haram dikata halal…semua ini permainan dunia..
Ketua Pengarah mengesahkan wujud DNA babi dlm sampel yg di ambil oleh KKM dan JAKIM mengesahkan tiada DNA babi dlm sampel yg diambil dari Kilang. Sepatutnya JAKIM ambil lah random sampel both dr kilang dan pasaran.
As slm apa nk bising2 kn nabi dh pesan klu ada apa2 prkara yg meragukn lbih baik tinggalkn saja.itu lbh baik.klu kkm fitnah.knp cdbry tk saman?ini bkn hal main2.
Mabruk Ustaz Irfan atas huraian yang menarik. Banyak sudut pandangan tuan sama dengan pengangan saya cuma malas nak bergaduh dengan masyarakat yang rajin mengamuk 🙂
melihat…menafsir…ralat MENTAFSIR
Tq syeikh. Ramai dah tegur 🙂 tapi blog ni selalu berhabuk tak berusik
ramai antara kita adalah bijakpandai ilmuan..jadi biar masing2 buat keputusan sendiri setelah mengambil kira maklumat2 sedia ada..klu dah ragu2 maka kita xperlu nak paksa mereka..ada banyak pilihan yg lain..kata lslamitu memudahkan..
positifnya kekalutan ini ialah..semua umat lslam akan waspada jaga halal / haram makanan masing2..sediakan makanan sendiri adalah terbaik dgn dijaga dietnya..selain itu sepatutnya sebagai NEGARA ISLAM makanan yg dijual untu kita sepatutnya semua halal dan hanya yang haram(untuk kegunan bukan muslim) sahaja ditanda logo xhalal..tapi practice kita terbalik..bagi yang ragu2..buat plihan sendiri apa yang hendak dimakan..
ujian lab di negara brunei juga mendapati tiada dna babi dikesan dalam sample yg diuji.. berapa jota lah agak2 nye ye jakim,kerajaan malaysia, cadbury dan umno bayar kat kerajaan brunei?
nyatalah ini semua kekalutan ini semakin jelas adalah tak lain dan tak bukan cuma sandiwara pihak tertentu menyerang kredibiliti kerajaan malaysia, jakim sebagai badan yg mengawal selia piawaian halal, perusahaan coklat cadbury milik glc & umno