Mengapa Lama Untuk Mengistiharkan Kehilangan MH370? Analisis Ringkas Daripada Perspektif Fiqh

Setelah hampir 3 hari operasi menjejak MH370 masih buntu, ramai orang yang sudah mula marah kepada pihak kerajaan, mengapa lambat sangat untuk mengistiharkan ianya sebagai satu kemalangan. Ramai yang merasakan, kelewatan itu membawa kesulitan kepada banyak pihak.

Sebenarnya, marah sebegini tiada asas. Bahkan di dalam persoalan fiqh, terdapat perbahasan mengenai persoalan orang yang kehilangan, seperti di dalam kes MH370. Perbincangan di bawah ialah ringkasan eksekutif terhadap perbahasan ‘orang yang hilang’ atau turut dikenali dengan istilah al-mafqud di dalam fiqh Islam.

TAKRIF AL-MAFQUD:

Literal: yang kehilangan (Ibrahim Anis, a;-Mu’jam al-Wasit)

Istilah: Seseorang yang hilang, dan tiada yang mengetahui di manakah tempat beradanya dan tempat di mana dia menghilangkan diri daripada keluarga serta terputus berita. Tiada juga yang mengetahui status hidup atau matinya. Terkeluar daripada definisi ini tawanan yang diketahui tempat tahanannya, dan diketahui status hidupnya, dan juga orang yang hilang tapi diyakini masih hidup. Kedua-dua ini mempunyai perbahasan fiqh yang berbeza (Ibn Qudamah:1969).

Secara mudah, yang dimaksudkan dengan al-Mafqud ialah orang yang hilang, tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati.

HUKUM STATUS PERKAHWINAN ISTERI ORANG YANG HILANG

Di dalam Mazhab Shafie, terdapat dua pendapat dalam isu ini:

1.  Tidak diputuskan hubungan suami isteri bagi kes orang hilang, sehinggalah dibuktikan secara sah akan status hidup atau mati orang yang hilang tersebut. Diriwayatkan yang Imam Al-Shafie berkata, sesungguhnya sesiapa yang hilang pasangannya, atau tidak hilang tetapi tidak pulang pada satu hari satu malam, atau pecah bahteranya di lautan, dalam keadaan tiada berita dan bukti mengenai status hidup atau matinya, maka si isteri tidak boleh berkahwin lain, sehinggalah diyakini akan kematiannya. Ini berdasarkan hadith yang diriwatkan oleh Saidina Ali, nabi Muhammad bersabda (امرأة المفقود ابتليت فلتصبر ولا تنكح حتى يأتيها موته ) bermaksud ‘Perempuan yang kehilangan suami, diuji, maka hendaklah dia bersabar dan janganlah bernikah lain sehinggalah nyata berita kematiannya’ (Al-Mahalli). Pendapat ini turut dikongsi oleh Mazhab Hanafi.

2. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bagi wanita yang kehilangan suami, hendaklah dia menahan dirinya daripada bernikah selama 4 tahun daripada tarikh kehilangan suaminya. Selepas 4 tahun, barulah dia mengambil iddah kematian suami, dan selepas itu baru boleh bernikah lain. Ini ialah pendapat lama Imam al-Shafie (Qaul qadim). Ini berasaskan kepada hadith yang diriwayatkan mengenai  Umar bin Al-Khattab, di mana beliau membenarkan seorang isteri di zamannya untuk mengambil tempoh 4 tahun sebelum berkahwin lain. Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas juga dilaporkan mengambil sikap yang sama.(Raudah al-Talibin).

KESIMPULAN

Ulamak fiqh di dalam Mazhab Shafie berbeza pendapat mengenai orang yang kehilangan pasangannya. Secara kekuatan hujjah, saya cenderung untuk menerima pendapat yang kedua. Saya tidak mahu membahaskan secara panjang hukum ini secara terperinci, kerana sekiranya diheret perbincangan mazhab yang lain, ianya akan jadi lebih panjang. Cuma pokok pangkalnya, saya ingin menyatakan bahawa mengambil tempoh yang lama untuk menentukan status hidup atau mati seseorang, adalah sesuatu yang sah di dalam undang-undang Islam. Maka dengan sebab itu, janganlah bersifat terburu-buru mendesak pihak berwajib untuk mengistiyarkan dengan segera kematian penumpang pesawat MH370 tersebut.

 

Advertisements

One thought on “Mengapa Lama Untuk Mengistiharkan Kehilangan MH370? Analisis Ringkas Daripada Perspektif Fiqh

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s