Sedihnya apabila melihat serangan seorang warga Malaysia berbangsa Cina ke atas nabi Muhammad dan Aishah. Tak sampai hati untuk berkongsi gambar hinaan tersebut di blog ini. Adakah mereka rasa sudah kuat? Adakah mereka tidak tahu perkara sensitif dalam agama lain?

QAINUQA'

Tahukah anda, semasa Islam sudah memimpin di Madinah, sejurus selepas Perang Badar, berlakunya Peperangan ke atas Yahudi Bani Qainuqa’? Tahu sebabnya? 

قال الإمام الحافظ ابن حجر في (فتح الباري شرح صحيح البخاري): فَكَانَ أَوَّلَ مَنْ نَقَضَ الْعَهْدَ مِنَ الْيَهُودِ بَنُو قَيْنُقَاعَ، فَحَارَبَهُمْ [أي: رسول الله صلى الله عليه وسلم] فِي شَوَّالٍ بَعْدَ وَقْعَةِ بَدْرٍ،….

Telah berkata Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari: (Bangsa) pertama yang telah memungkiri perjanjian (dengan negara Islam Madinah) ialah Yahudi Bani Qainuqa’, lalu Rasulullah memerangi mereka pada bulan Syawwal sejurus selepas Perang Badar….

Sebab berlaku peperangan ke atas Bani Qainuqa’:

  1. Yahudi Bani Qainuqa’ rasa diri mereka kuat – Mereka menyindir Nabi, selepas menang peperangan Badar, dengan berkata, “Wahai Muhammad, jangan sombong dengan kejayaan membunuh beberapa orang Quraisy yang tidak tau seni peperangan. Jika engkau (berani) memerangi kami, maka di saat itu engkau akan mengetahui bahawa kami benar-benar manusia dan kamu tidak akan menjumpai orang seperti kami”.
  2. Mencemar maruah wanita Muslim – Seorang Yahudi Madinah mengganggu seorang Muslimah dengan mengikat belakang pakaian Muslimah tersebut ke bahagian yang lain. Sehingga ketika Muslimah itu bangun dari duduknya, tersingkaplah auratnya. Dia pun berteriak meminta tolong kepada kaum Muslimin. Salah seorang kaum Muslimin yang mendengar teriakan ini, bergegas datang menolongnya dan berhasil membunuh si Yahudi jahil tersebut. Melihat temannya diserang, serta merta kaum Yahudi menyerbu lelaki Muslim itu sehingga meninggal juga. Kaum Muslimin yang menyaksikan peristiwa ini meminta tolong kepada kaum Muslimin lainnya untuk melawan kaum Yahudi, sehingga terjadilah sesuatu yang tidak diinginkan antara kaum Muslimin dengan kaum yahudi, Bani Qainuqa’.

Screenshot 2019-02-18 at 13.07.20

Advertisement