Antara keluhan penaip tulisan Arab apabila menggunakan komputer Macbook dan variannya ialah tidak terdapat papan kekunci dengan huruf Arab.
Ada yang menampal pelekat tulisan Arab. Tetapi saya tidak menggalakannya, kerana bagi mereka yang menaip laju, kekunci F dan J dengan sedikit timbul permukaannya, adalah amat penting bagi meningkatkan efisiensi. Menampal pelekat akan menyebabkan hilangnya fungsi kedua-dua kekunci berkenaan.
Antara solusi lain ialah membeli papan kekunci tanpa wayar Apple yang mempunyai paparasan dwi tulisan rumi dan Arab. Masalahnya, ia hanya boleh diperolehi secara pembelian di kedai Apple di US sahaja. Harganya pun agak mahal. Selain itu, membawa dua peranti dalam bag, adalah tidak menepati falsafah mobiliti dan simplisiti Apple.
Semasa melayari internet, saya telah menemui satu solusi alternatif. Ia adalah pelindung papan kekunci silikon dengan paparan dwi tulisan Rumi dan Arab.
Saya membeli menerusi ebay. Pengeluarnya ialah syarikat Kuzy yang berpengkalan di Amerika. Barang pun dipos dari Amerika.





Setelah seminggu menggunakan produk ini, berikut adalah penilaian saya:
+ positif
- Melindungi peranti anda daripada habuk dan cecair yang tumpah.
- Memudahkan taipan Arab dengan laju.
- Boleh dibiarkan di atas papan kekuci semasa menutup skrin Macbook
- Kejanggalan menaip yang sederhana. Saiz pelindung dwi tulisan ini amat bersesuaian dengan papan kekunci asal. Rekabentuk yang terbaik!
- Kualiti silikon yang baik, nipis, seolah-olah tiada penambahan pada Macbook anda.
– negatif
- Sedikit janggal pada permulaan. Beberapa papan kekunci perlu ditekan dengan lebih dalam. Jangka panjang, mungkin pengguna tegar Macbook akan merasai sedikit letih jari mereka berbanding papan kekunci asal.
- Paparan Bahasa Arab adalah berdasarkan tetapan atau susun atur huruf Arabic (apple), bukannya Arabic-PC.
- Walaupun boleh dibiarkan lama atas papan kekunci, pengguna perlu membersihkan habuk di atas dan di bawah pelindung ini. Tidak terlalu ketara.
- Lampu papan kekunci asal akan kurang terserlah, tetapi tidak terlindung keseluruhanya.
- Tidak diketahui pengedarnya di Malaysia. Perlu membuat pesanan melalui ebay.
Penilaian keseluruhan saya: 9/10. Terbaik, dan perlu dimiliki sebagai alternatif kepada pelekat atau papan kedua oleh penaip tulisan Arab.