Di hujung Ramadan ini, ramai yang bertanya adakah majlis khatam al-Quran ada di dalam Islam?
Khatam al-Qur’an dan majlis meraikannya serta doa adalah amalan salaf al-soleh termasuklah dalam kalangan sahabat nabi. Hadirlah walaupun tidak khatam. Moga ada keberkatan.
الأذكار للنووي ت الأرنؤوط (ص: 104)
308 – وروى ابن أبي داود بإسنادين صحيحين، عن قَتادَة التابعيّ الجليل الإِمام صاحب أنس رضي الله عنه، قال: كان أنسُ بن مالك رضي الله عنه إذا ختم القرآن جمع أهله ودعا.
Dipetik dalam kitab al-Azkar karya al-Nawawi, yang telah ditahqiq oleh Sheikh al-Arnaut (m/s 104):
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud dengan sanad yang sahih, bahawa Qatadah (generasi tabi’in) yang merupakan sahabat kepada Anas bin Malik, berkata bahawa Anas bin Malik sekiranya khatam al-Quran, akan menghimpukan seluruh ahli keluarganya dan berdoa.
309 – وروَى بأسانيد صحيحة، عن الحكم بن عُتَيْبَةَ – بالتاء المثناة فوق ثم المثناة تحت ثم الباء الموحدة – التابعي الجليل الإِمام قال: أرسل إليّ مجاهد وعَبْدَةُ بن أبي لُبابة فقالا: إنا أرسلنا إليك لأنّا أردنا أن نختم القرآن، والدعاء مستجاب عند ختم القرآن.
Diriwayatkan dalam riwayat yang sahih dari al-Hakam bin Utaibah (generasi tabi’in) berkata – Mujahid dan Abdah bin Abi Lubabah telah menghantar utusan kepada kami, katanya kami mengutus kepada kamu kerana kami mahu khatam al-Quran dan sesungguhnya doa itu mustajab semasa khatam al-Quran.
310 – وروى بإسناده الصحيح عن مُجاهد قال: كانوا يجتمعون عند ختم القرآن يقولون: إن الرحمة تنزيل عند القرآن.
تنزل الرحمة.
Diriwayatkan dalam isnad yang sahih daripada Mujahid, katanya: Mereka berhimpun pada majlis khatam al-Quran seraya berkata: sesungguhnya rahmat turun di sisi al-Quran.