Membidik atau menenang atau mengacu anak panah dan semua jenis senjata ke arah saudara Muslim, adalah dilarang oleh nabi. Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan:
بَاب النَّهْيِ عَنْ الْإِشَارَةِ بِالسِّلَاحِ إِلَى مُسْلِمٍ
2616 حَدَّثَنِي أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَشَارَ إِلَى أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّى يَدَعَهُ وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ
Bab Larangan Membidik Senjata Kepada Muslim
Hadith 2616: Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Abu al-Qasim Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membidik saudaranya dengan besi senjata, maka para malaikat akan melaknatnya, sehinggalah dia menurunkan senjata itu. Walaupun yang dibidiknya itu ialah saudara sebapa atau saudara seibu.
Adalah jelas, hadith ini membawa hukum haram kepada perbuatan menghalakan senjata seperti anak panah, parang, pistol dan senapang, kepada saudara Muslimnya. Larangan ini termasuklah untuk tujuan bergurau-gurau atau bermain-main, kerana nabi mengisyaratkannya sehingga disebut walaupun kepada adik-beradik kamu sendiri.
Imam al-Nawawi semasa mensyarahkan hadith ini menyatakan, pengharaman ini adalah terpakai sama ada disebabkan permusuhan (akibat fitnah) atau tiada permusuhan, sama ada sengaja atau sekadar untuk bergurau/bermain-main. Ini kerana perbuatan tarwi’ – menakut-nakutkan atau mengancam saudara Muslim kamu, adalah diharamkan secara mutlak.
Berikut merupakan syarah panjang Imam al-Nawawi bagi hadith di atas:
قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ أَشَارَ إِلَى أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ ، حَتَّى وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ ) ، فِيهِ تَأْكِيدُ حُرْمَةِ الْمُسْلِمِ ، وَالنَّهْيُ الشَّدِيدُ عَنْ تَرْوِيعِهِ وَتَخْوِيفِهِ وَالتَّعَرُّضِ لَهُ بِمَا قَدْ يُؤْذِيهِ . وَقَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ ) مُبَالَغَةٌ فِي إِيضَاحِ عُمُومِ النَّهْيِ فِي كُلِّ أَحَدٍ ، سَوَاءٌ مَنْ يُتَّهَمُ فِيهِ ، وَمَنْ لَا يُتَّهَمُ ، وَسَوَاءٌ كَانَ هَذَا هَزْلًا وَلَعِبًا ، أَمْ لَا ; لِأَنَّ تَرْوِيعَ الْمُسْلِمِ حَرَامٌ بِكُلِّ حَالٍ ، وَلِأَنَّهُ قَدْ يَسْبِقُهُ السِّلَاحُ كَمَا صَرَّحَ بِهِ فِي الرِّوَايَةِ الْأُخْرَى ، وَلَعْنُ الْمَلَائِكَةِ لَهُ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ حَرَامٌ . وَقَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّى وَإِنْ كَانَ ) هَكَذَا فِي عَامَّةِ النُّسَخِ ، وَفِيهِ مَحْذُوفٌ ، وَتَقْدِيرُهُ حَتَّى يَدَعَهُ ، وَكَذَا وَقَعَ فِي بَعْضِ النُّسَخِ
Bagi pemanah-pemanah semua, marilah bermuhasabah adakah di dalam riadah sunnah yang kita sertai ini, terdapat elemen-elemen terlarang. Acukan senjata kepada musuh yang memusuhi.
Allahua’lam.
