Semasa bekerja di Unit al-Jazeera ASTRO, saya diperkenalkan dengan media berpengaruh Israel, iaitu Yedeioth Ahronoth dan Haraatz. Saya sempat  meninjau bagaimana laporan mereka ke atas kemenangan Trump.

Yedeioth memberikan gambaran bahawa kerajaan Israel lebih suka dengan kemenangan Republikan. Hubungan dengan kerajaan Obama sebelum ini disifatkan tidak stablil – rocky relationship – kerana Obama berhasrat untuk menyaksikan penyelesaian konflik menerusi kewujudan 2 buah negara, Palestin dan Israel, yang berdamai; satu perkara yang ditentang oleh Zionis.

Rujuk berita: http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4876736,00.html

PM Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata, berhasrat untuk melihat hubungan erat Israel-US ke satu peringkat yang baru.

Presiden Israel Reuven Rivlin pula menyatakan tidak syak lagi kemenangan Trump akan mengukuhkan hubungan Israel-US.

Datuk Bandar Jerusalem Israel, Nir Barkat memuji Trump sebagai penyokong kuat Jerusalem Israel. Trump dilaporkan secara terbuka di dalam kempennya menyokong pemindahan Kedutaan AS, dari Tel Aviv, ke Jerusalem. Sebagai rekod, kerajaan Amerika tidak pernah mengiktiraf secara mutlak pemilikan Israel ke atas Jerusalem Timur. Sekiranya benar Trump akan memindahkan kedutaan AS ke Jerusalem Timur, ianya satu petunjuk baru ke atas penjajahan lebih meluas ke wilayah Palestin, khususnya di sekitar al-Masjid al-Aqsa.

Di dalam akhbar Haaretz, Ketua Pembangkang Israel (Zionist Union) Isaac Herzog pula menyatakan kemenangan Trump akan membawa tsunami politik di Israel. Sekutunya Tzipi Livni pula berhasrat agar Trump mengotakan banyak janji baiknya kepada Israel dalam siri kempennya sebelum ini.

Pengerusi Habayit Hyehudi, Naftali Bennet pula mengharapkan kemenangan Trump akan menamatkan sebarang inisiatif mewujudkan negara Palestin, sebaliknya hanya fokus kepada kedaulatan satu negara Israel. Era negara Palestin, TELAH TAMAT.

Menteri Kehakiman Ayelet Shaked turut mengharapkan agar kerajaan AS memindahkan kedutaan mereka ke Jerusalem. Nada yang sama turut diluahkan oleh Timbalan Menteri Luar Tzipi Hotovely.

Banyak lagi ucapan harapan pemimpin Yahudi Zionis Israel, boleh dibaca di: http://www.haaretz.com/israel-news/1.752088

Putin, Presiden Rusia, yang terpalit dengan bantuan serangan ke atas orang awam dan  pejuang kemerdekaan di Syria, telah menyatakan kegembiraannya ke atas kemenangan Trump sebelum ini di dalam kempennya, beberapa kali berjanji untuk tidak lagi berkonflik dengan Rusia, bahkan akan bekerjasama.

Siapa sahaja menang Presiden, senat dan the house di Amerika, Palestin akan terus sengsara. Tetapi kemenangan Trump ini, adalah sesuatu yang lebih menggembirakan Zionis dan sekutunya. 72897310100792640360no

Advertisement