Ada beberapa orang rakan-rakan peminat dan penyelidik ilmu falak bertanya soalan
kepada saya mengenai dakwaan yang planet bumi ini sebenarnya bukan sfera, tetapi sebaliknya adalah rata.
Perbahasan ini bukanlah satu perkara yang baru. Bahkan di dalam wacana agama lain, khasnya Kristian, ramai sarjana dan pengikut mereka turut membangkitkan dakwaan yang sama.
Di dalam komuniti Kristian, antara yang mencadangkan teori bumi ini rata ialah Lactantius (245-325 CE). Beliau dikenali sebagai seorang ahli retorik profesional yang menganut ajaran Kristian pada pertengahan umur beliau. Beliau menolak falsafah Greek yang mempromosi bahawa bumi ini bulat. Dakwaan beliau ini ditolak oleh banyak gereja pada zamannya, dituduh ‘heresy’ (murtad), sehinggalah idea beliau dibangkitkan semula bahkan diterima semasa zaman Renaissance. Antara tokoh Kristian lain yang menyokong idea beliau ialah Cosmas Indicopleustes, Washington Irving dan ramai lagi. Sebahagian saintis di Eropah yang menyatakan bumi ini sfera, akan didakwa oleh pihak gereja.
Pada zaman sekarang, sama seperti paten pengembangan agama samawi yang akhirnya beransur-ansur diseleweng, teori bumi itu rata turut dibangkitkan di dalam masyarakat Muslim.
Pihak yang mendakwa bumi ini bukan bulat menyandarkan hujjah mereka kepada al-Quran, antara lain kepada istilah madadnā (Kami hamparkan, 15:19), mihadā (hamparan, 78:6), firāshā (hamparan, 2:22), bisāṭā (hamparan, 71:19) dan suṭihat (dihamparkan, 88:20).
Saya perlu membuat pengakuan, yang saya tidak membaca habis wacana mereka. Mengapa? Kerana ulamak tafsir serta ahli sains telah bersepakat menyatakan bahawa bumi ini bulat atau sfrea (كروي/ بيضاوي) dan bukannya rata (بساطي), dan saya tidak tidak mempunyai masa terluang untuk membaca wacana seumpama itu.
Menurut Ibn ‘Ashur, kalimah-kalimah al-Quran yang digunakan untuk mendakwa bumi itu rata, digunakan pada konteks yang salah. Umpamanya, beliau menjelaskan tafsir ayat 71:19:
والبساط: ما يفرش للنوم عليه والجلوس من ثوب أو زربية فالإِخبار عن الأرض ببساط تشبيه بليغ، أي كالبساط، ووجه الشبه تناسب سطح الأرض في تعادل أجزائه بحيث لا يوجع أرجل الماشين ولا يُقِضُّ جنوب المضطجعين، وليس المراد أن الله جعل حجم الأرض كالبساط لأن حجم الأرض كُرَوي، وقد نبه على ذلك بالعلةِ الباعثة في قوله: { لكم } ، والعلةِ الغائبة في قوله: { لتسلكوا منها سبلاً } وحصل من مجموع العلتين الإِشارة إلى جميع النعم التي تحصل للناس من تسوية سطح الأرض مثل الحرث والزرع، وإلى نعمة خاصة وهي السير في الأرض، وخصت بالذكر لأنها أهم لاشتراك كل الناس في الاستفادة منها.
Maksud petikan pilihan bergaris dalam tafsir beliau: Kalimah bisāṭā dalam ayat 71:19 tidak membawa maksud yang Allah menjadikan bumi ini rata. Ini kerana bumi itu memang bulat (al-Taḥrīr wa al-Tanwīr).
Shaikul Islam Ibnu Taimiyah juga membawa kata-kata Abu al-Husain bin al-Munadi:
لا خلاف بين العلماء أن السماء على مثال الكرة
Maksud: Tiada khilaf antara sarjana yang langit itu seperti sfera (Majmū‘ al-Fatāwā, 25/195).
Antara dalil di dalam al-Quran yang menjadi hujjah bahawa bumi ini bulat ialah:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (al-Zumar, 39:5).
Berkata Ibn ‘Ashur dalam mentafsirkan ayat ini, khususnya pada kalimat yukawwiru (al-takwīr – berlingkar, berpusing) berkata:
والتكوير حقيقته: اللف والليُّ، يقال: كَوَّر العمامةَ على رأسه إذا لواها ولفَّها، ومثّلت به هنا هيئة غشيان الليل على النهار في جزء من سطح الأرض وعكسُ ذلك على التعاقب بهيئة كَوْر العمامة، إذ تغشى الليَّةُ الليَّةَ التي قبلها. وهو تمثيل بديع قابل للتجزئة بأن تشبه الأرض بالرأس، ويشبه تعاور الليل والنهار عليها بلف طيات العمامة، ومما يزيده إبداعاً إيثار مادة التكوير الذي هو معجزة علمية من معجزات القرآن المشار إليها في المقدمة الرابعة والموضحة في المقدمة العاشرة، فإن مادة التكوير جَائية من اسم الكُرة، وهي الجسم المستدير من جميع جهاته على التساوي، والأرض كروية الشكل في الواقع وذلك كان يجهله العرب وجمهور البشر يومئذٍ فأومأ القرآن إليه بوصف العَرضين اللذين يعتريان الأرض على التعاقب وهما النور والظلمة، أو الليل والنهار، إذ جعل تعاورهما تكويراً لأن عَرَض الكرة يكون كروياً تبعاً لذاتها، فلما كان سياق هذه الآية للاستدلال على الإِلٰهية الحقِّ بإنشاء السماوات والأرض اختير للاستدلال على ما يَتبع ذلك الإِنشاء من خلق العَرضين العظيمين للأرض مادةُ التكوير دون غيرها من نحو الغشيان.
Maksud petikan tafsir bergaris: Dan bumi itu berbentuk sfera pada realitinya ((al-Taḥrīr wa al-Tanwīr).
Ayat ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa bentuk bumi ini ialah bulat. Allah menyatakan yang siang dan malam itu saling berlingkar/berpusing antara satu sama lain, iaitu pada satu masa, sebahagian bumi siang, sementara sebahagian lagi gelap. Fenomena ini mustahil berlaku sekiranya bumi ini rata.
Selain itu, kemajuan di dalam ilmu sains dan teknologi juga sudah cukup membuktikan bahawa bumi ini berbentuk sfera.
Tidak juga dinafikan, bahawa maksud rata di dalam beberapa kalimah al-Quran itu sebenarnya membuktikan realiti sebenar sebahagian kecil bumi ini pada pandangan manusia, yang kelihatan rata. Maksud rata itu ialah dipermudahkan urusan untuk manusia di bumi Allah yang terbentang luas ini, tetapi untuk manusia tidak terasa bentuk sfera bumi.
Namun sekiranya dilihat dari jauh, atau ditinjau planet bumi ini dari luar atmosfera bumi, maka memang terbukti dengan jelas bahawa bumi ciptaan Allah ini amat luas sekali, dan bentuknya adalah sfera.
Justeru, perbesarkanlah Allah, yang telah mencipta bumi ini sebaik-baik planet untuk dihuni oleh manusia. Dengan bentuk sfera, maka wujudnya fenomena siang dan malam, adanya musim yang pelbagai, adanya masa terbit dan tenggelam jasad samawi dan bumi ini penuh dengan warna-warni. Benarlah, Allah itu Maha BESAR. Jangan perkecilkan ciptaan Allah ini dengan dakwaan berdasarkan pandangan mata kita yang singkat.
Realiti sebenar, bumi ini ialah bulat. Tetapi pada pandangan singkat manusia di bumi, ianya kelihatan rata. ALLAHU AKBAR.

Salam.
Boleh kah admin bagi satu artikel tentang bumi, bulan dan matahari? Bumi mengelilingi matahari, bulan mengelilingi bumi atau pun matahari dan bulan mengelilingi bumi??..kerana persoalan tersebut kebelakangan ini di tanya..
inshaAllah kalau ada ruang masa.
Diriwayatkan dari Salman al Farisi r.a., perihal ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw, “(Benarkan) Nabi kalian telah mengajarkan kepada kalian segala sesuatu sampai pun perkara adab buang air?” Lalu Salman menjawab, “Benar (beliau mengajarkan kami adab buang hajat), beliau melarang kami menghadap kiblat ketika buang air besar atau buang air kecil, bercebok dengan tangan kanan, dan beristinja’ kurang dari tiga buah batu.” (HR. Muslim)
“Jika salah seorang kamu mendatangi tempat buang hajat, maka hendaklah ia bercebok dengan tiga buah batu. Sesungguhnya itu sudah cukup baginya.” (HR. Abu Dawud, al-Nasai, dan Ahmad dari Aisyah ra. Dihassankan oleh Al-Albani dalam al-Irwa’ no. 44).
KOMENTAR KITA:
Bagi non-Muslim atau Muslim extra-modern, ajaran Muhammad ini akan dianggap sebagai senda gurau melampau. Akan tetapi ini adalah apa yang Nabi kerjakan dan ajarkan kepada semua pengikutnya tentang adab buang hajat, “Hendaklah ia (para pengikut Nabi) bercebok dengan 3 batu”. Dan ajaran ini bersamaan dengan larangan bahawa:
1. Jumlah batu cebok tidak boleh kurang dari tiga.
2. Tetapi jumlah dapal melebihi dari tiga batu,asalkan jumlahnya jangan genap melainkan ganjil ( Bukhari 4. No.162)
3. Buang air tidak boleh menghadap kiblat
4. Dan tidak boleh bercebok dengan tangan kanan, melainkan harus dengan tangan kiri (poor left hand).
5. Batu-batu cebok tidak boleh tercampur dengan tulang atau kotoran binatang yang sudah mengeras. Alasan Nabi: “Itu adalah makanan JIN” (Bukhari 58, no.200).
Beberapa Pertanyaan Kita Kepada Para Ulama:
1. Apakah ini semua tidak lebih tahyul dan mengarut antara yang paling tahyul? Allah yang UNIVERSAL dengan hukum-hukumNya yang TERMULIA, kini dibuat menjadi begitu kerdil dan hina?
2. Muslim mana yang masih setia bercebok pakai batu? Termasuk para ulama?
3. Apakah cebok “TIGA BATU” demikian bakal bersih dari najis, lalu Allah meridhoinya?? Tetapi jelas tidak demikian dengan anjing! Sang anjing akan selalu mencium pantat celana yang demikian; memang patutlah Muhammad tidak suka dengan anjing, sehingga diperintahkan untuk membunuhnya!
4. Kenapa harus 3 (atau 5, 7, 9 dan ganjil-ganjil) untuk kehormatan sebuah dubur yang bau dan masih najis? Yang melucukan, bukan hanya manusia yang harus menghitung batu cebokan setiap hari, melainkan malaikat pemerhati juga harus tepat mengawasi!
5. Buang air tidak boleh menghadap kiblat? Bagaimana dengan anak-anak dan orang2 yang sudah “dipenghujungnya”? Didalam pesawat, kereta dan bas? Bahkan dimana-mana dan dirumah sendiri! Apa Kabbah punya mata yang selalu melihat kesetiap umatnya, dan merasa tersinggung setiap kali dihadapkan langsung kepada jutaan Muslim yang buang hajat jarak jauh? Ini belum ditambah dengan hajatan para kafir?
6. Haram bercebok dengan tangan kanan? Cuba kalau Nabi itu tadinya kidal!
Patut bumi itu sfera..penggunaan kata bumi itu bulat tidak tepat pada pandangan saya..
utk mudah faham, saya setuju.
Assalamualaikum Ustaz, saya adalah diantara peminat teori fb bumi bukan sfera. Saya maklum yang Ustaz tidak punyai masa luang yang banyak untuk menjelang teori bumi rata tersebut. Tapi saya mengharamkan jika dapat kiranya satu kumpulan dari ahli falak kita memberi peringatan dan penjelasan bagi menyangkal atau menerangkan kesalahfahaman penyokong teori bumi rata ini. Mereka mula mendapat tempat dihati masyarakat dan kita perlu memberikan jawapan yang meyakinkan dalam isu ini..
Sekadar cadangan.
Masalahnya, tiada bukti yg benar-benar kukuh bahawa bumi ini adalah bulat sfera. Semua bukti drp NASA dan lain-lain agensi angkasa ada kelemahan dan disangkal.
terima kasih atas pencerahan yg jelas
FE tidak ditaja oleh sesiapa dan mereka membuat kajiselidik dgn usaha mereka sendiri. Apakah motif dan agenda tersirat dibalik teori FE yg menguntungkan mereka? Tolong beri bukti logis.
Malahan FE mbuktikan secara ILMIAH agenda GE secara logis dgn keupayaan teori GE menjana kewangan besar. Jika kita boleh menyangkal FE, bmakna kita boleh menyangkal kewujudan ILLUMINATI. Bertambah hairan, manusia bijak boleh pula menerima teori kewujudan ILLUMINATI dan FREEMASON sedang tiada satupun pengakuan khusus dari mereka yg dituduh. Mengapa?
Tambah membingungkan, heliosentris lebih dekat dan akrab kpd athies.
Tapi geosentris lebih dekat dan akrab dgn agama… namun ditolak mentah, semata2 kerana sandaran sains yg dimonopoli NASA Amerika. Kerana takut dituduh jumud dan kolot, maka kita sesuaikan AlQuran kpd sains… bukan sains disesuaikan kpd AlQuran…
Sedangkan yg menolak GE bukan calang manusia, mereka astronomers terbilang zaman dulu hingga kini….
Berdebat soal FE – GE akan mengambil ruang selebar lebarnya tanpa kesudahan dgn semua fakta, nama tokoh, istilah sains, pentafsiran dalil, teori dan segala nama pelik akan diungkap. Apakata kita damaikan perbalahan FE – GE dgn AlQuran mnjadi tempat kembali. Lupakan sains. Tinggalkan semua teori sains sebentar.
Sejujurnya seikhlasnya apa jawapan anda jika anda dilahirkan tanpa mempelajari sains apapun, yg ada hanya dalil AlQuran semata mata?
Bagaimana anda bkemampuan mentafsirkan bumi bulat jika bukan kerana dipengaruhi sains GE. Sedang tiada satu ungkapan bulat pun dalam AlQuran, malahan makna keliling bukan bermakna bulat… bagaimana anda keliling bandar sedang bandar tidak bulat malah rata?
Sejujurnya, setelah dikumpul semua dalil berkaitan bumi dalam AlQuran diatas satu lembaran, apakah anda lihat bumi bulat atau rata tanpa bsandar kpd sains GE? Lupakan dulu tentang sains…
Sejujurnya juga saya tiada kepentingan untuk meletakkan FE atau GE dalam pemikiran saya sbb tidak ada untungnya apa pun utk saya secara peribadi… malah saya tiada kena mengena dgn FE.
Hanya kdg2 kala tertarik kerana sering melihat jawapan balas kpd FE tidak ilmiah dan akademik, dan ptafsiran Dalil dan Nas dipengaruhi idea sains GE… tolong jgn katakan ulamak bpihak kpd GE sbb byk juga ulamak bpihak kpd FE. Sbb itu saya katakan, jika saling mengungkap nama itu dan ini, pdebatan ini takkan habis.
jika dalam ilmu Fiqh, keempat imam mazhab sunni boleh blainan pendapat malah lebih jauh, para mujtahid yg tidak bmazhab pun berlainan pendapat dlm fiqh, bagaimana pula kita boleh bsandar kpd tokoh tertentu sahaja dlm bidang astronomi? Mereka berselisih pendapat semata2 kerana mereka mentafsirkan ayat2 astronomi dalam AlQuran, kalau lah Nas2 bkaitan bumi dikumpulkan semuanya dan disatukan tanpa ada pentafsiran luar selain AlQuran dan hadis Nabi, pasti 100 peratus mereka akan berjumpa dgn bumi yg rata….
Byk sgt fakta dan Nas sehingga x habis dihurai namun saya terfikir tentang satu Nas sy tulis pendek,
Luasnya syurga itu seluas langit dan bumi…..
Bagaimana boleh Allah gandingkan LANGIT dan BUMI, sedang langitnya yg terlampau luas yg mengelilingi bumi yg bulat dan kecil pula dan tidak sepadan…
Saya sering btanya dlm diri sy yg GE, dimana langit yg tidak ketahuan duduknya entah dimana…. tetapi dtg FE mberi jawapan secara ilmiah dan akademik mbuat saya rasa kebesaran Allah…. buat apa Allah mncabar jin dan manusia mnembus langit yg tidak ketahuan duduknya?
Malahan Nabi melihat roh org syahid diangkat kelangit, maka saya faham roh diangkat kemana dlm teori FE,
tetapi dlm GE, roh org syahid bertaburan diangkat di angkasa semata2 kerana bumi yg bulat….
malahan bumi bulat yg kecil ini tidak layak diganding dgn langit utk dikata luasnya syurga Allah…
jika rata dan luas, sesiapapun takkan tahu dimana hujungnya dan takkan mampu mengembara sampai ke hujung bumi… barulah saya melihat kehebatan Allah mnjadikan bumi sbg pusat alam.
Saya makin keliru dgn Nas bahawa bumi 7 lapis sbb lapisan ke 7 secara logiknya akan mnjadi semakin mengecil sbb bumi yg kita diami ini bulat!!!
Sbb mereka Atheis….
Perkara ni bukan rahsia pun, Allah dah bagitau tp kita masih mengorek2 teori kabur yg lain….
Lebih pelik, kita dah tau NASA masih belum dpt mberi gambaran real bumi dari satelit, pun kita masih juga mpertahankan mereka?
Saya tiada kena mengena dgn FE atau GE, tapi saya Muslim dan ada kena mengena dgn KALAM ALLAH DAN RASUL….
Ma sya Allah..tabarokAllah.
Rupa rupanya ada manusia yang berfikir seperti saya.
Minta pujik!!!!