Musim pembacaan sirah hijrah nabi ke kota Madinah, bermula lagi dengan tamatnya musim haji.
Untuk ulangkaji, dicadangkan kepada diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat, khasnya para asatizah:
Pembacaan asas:
- Al-Sirah al-Nabawiyyah; Durus wa Ibar (Mustafa Siba’ie) – [klik]
- Fiqh Hijrah (Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri) – dijual murah sahaja di pasaran
Pembacaan lanjutan:
- Fiqh al-Sirah (Al-Shahid Dr Muhammad Said Ramadan al-Buti) – [klik]
- al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah (Dr Akram Diya’ al-Umari) – [klik]
dan banyak lagi.
Tetapi apa kata, kita juga tidak melupakan sumber peristiwa hijrah paling sahih selepas al-Quran, iaitu Sahih al-Bukhari. Mengikut tarqim Ibn Hajar al-Asqalani, penceritaan sirah hijrah diletakkan di dalam Kitab 63: Manaqib al-Ansar pada Bab 45: Hijrah al-Nabi wa Ashabihi ila al-Madinah. Hadith yang paling lengkap menceritakan seluruh peristiwa tersebut ialah hadith ke 3905.
Bagi menambahkan ‘feeling’, saya cadangkan untuk membaca buku Atlas Rasulullah SAW terbitan PTS (Sami bin Abdullah al-Maghluts). Luar biasa sekali perkongsiannya, membacanya seolah-olah menghadirkan diri kita di tempat kejadian.
Moga bertambah cinta kita kepada nabi…