Syukur kepada Allah, kerana telah menemukan diriku dengan seorang bidadari enam tahun yang lalu. Kiranya ulangtahun pertama kita raikan bersama di Liverpool dengan juadah cokodok pisang, ulangtahun keenam kali ini diraikan dengan ditaqdirkan kita duduk berjauhan.

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ketika diperlukan. Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah yang sukar dijangkakan. Terima kasih atas zuriat bersama yang dilahirkan. Moga tiadalah penyudah kisah kita melainkan kebahagiaan.

Selamat ulangtahun perkahwinan keenam… FaNa

Advertisement