Semasa Hari Jerman di UMP semalam, Duta Jerman ke Malaysia Dr Gunter menyatakan yang negaranya walaupun tiada sumber kekayaan alam, akan tetapi mampu menjadi negara yang maju, dengan GDP serta jumlah researcher antara yang paling ramai di dunia. Tambah beliau lagi, Jerman, berbeza dengan Malaysia, tiada minyak untuk dijual, tetapi memiliki ‘banyak otak’ untuk dibangunkan dan diniagakan.
Beberapa jam selepas pertemuan menarik dengan Dr Gunter, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan minyak dan gula. Minyak RON95 naik HANYA 5 sen, sementara gula pula HANYA 25 sen. Saya kurang pasti adakah pakcik makcik di kampung masih lagi rasa naik HANYA 5 atau 25 sen itu masih sedikit sahaja, dan tidak membebankan. Saya kurang pasti adakah mereka masih tidak perasan yang tidak lama lagi kita perlu berbelanja besar untuk meraikan Aidul Fitri. Saya kurang pasti adakah mereka masih relaks dengan berita menggunakan tajuk penyelarasan subsidi yang tidak membebankan rakyat.
Sebagai hamba kerajaan (terjemahan terus kepada Government Servant, siapa la cipta istilah ni), saya sebenarnya tiada masalah pun melihat kenaikan harga minyak. Kalau dinaikkan mengikut harga pasaran sebenar pun, saya tidak bermasalah. Ekonomi yang sihat dan berdaya saing perlu menunjukkan aktiviti perdagangan sebenar tanpa membabitkan elemen subsidi. Ianya meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap keupayaan negara kita. Itu pun saya amat setuju. Akan tetapi, kalau naik harga minyak, naikkan juga gaji kakitangan kerajaan. Dan perkenalkan juga gaji minima untuk pekerja swasta.
Saya amat menantikan kesediaan kerajaan ‘menyelaraskan’ harga subsidi dengan pendapat sebenar rakyat. Kakitangan kerajaan sendiri masih ada yang berpendapatan kurang daripada RM800 sebulan. Bagaimana golongan ini mampu menyesuaikan diri dengan kenaikan harga barangan nanti.
Apatah lagi, kerajaan bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan masyarakat Melayu dan bumiputera. Majoriti pekerja sektor awam adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan bumiputera. Maka peliharalah mereka dengan menaikkan gaji masing-masing.
Barulah selaras kan?
Mari kita lihat di Jerman. Memang betul harga minyak di sana mahal, mengikut harga pasaran. Begitu juga dengan negara Eropah yang lain. Akan tetapi, perlu ingat yang pendapatan penduduk adalah amat tinggi. Kerajaan mengenakan undang-undang pendapatan minimum bagi memberikan perlindungan kepada rakyat.
Memang betul Jerman bukan negara pengeluar minyak. Mereka, seperti kata-kata Dr Gunter, hanya menjual produk ‘otak’ mereka sehingga menjadi negara maju antara terkaya di dunia. Apa yang mereka buat dengan kekayaan hasil jualan produk ‘otak’ mereka tersebut? Mereka alirkan untuk kepentingan rakyat. Pendidikan adalah percuma untuk semua. Sehinggalah ke peringkat PhD, banyak universiti awam yang tidak mengenakan se’sen’ pun yuran pengajian. Di negara kita, PTPTN pun diprojekkan sebagai pembiayaan. Sedangkan jelas ianya adalah pinjaman. Jangan lupa faedah tinggi yang dikenakan. Graduan Jermah apabila habis pengajian, mereka terjamin peluang pekerjaan, serta menjadi manusia yang bebas hutang. Graduan kita, belum sempat bekerja sudah terbeban dengan pelbagai hutang.
Makna kata, di Jerman, mereka membuat duit dengan ‘otak’, tetapi keuntungannya digunakan sebagai subsidi untuk ‘membangunkan otak’ demi kebajikan rakyat. Di sini, kita membuat duit dengan minyak. Tetapi… TBC
likes this.
disana mereka buat duit dengan otak untuk pembangunan otak.
di sini, dalam kepala ada otak-otak.