Antara nikmat Allah yang amat berguna kepada manusia ialah diberikan pelbagai rezeki makanan yang halal. Terlalu banyak jika ingin dikira rezeki halal yang berada di sekeliling kita, sama ada ketika tinggal di negara orang Islam atau di negara bukan Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman:
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتَابٍ مُنِيرٍ (٢٠)
20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
Di dalam hal ehwal makanan, Allah memerintah kita bukannya semata-mata mencari yang halal sahaja, tetapi turut menganjurkan kita mencari yang berkualiti (konsep halal+toyyib). Kriteria halal telah lama dibincangkan oleh para ulamak. Begitu juga dengan pelbagai isu kandungan baru bahan makanan yang tidak diketahui status halal haramnya, kini telah banyak pihak berkuasa agama yang meletakkan garis panduan berdasarkan fatwa yang diberikan ulamak semasa. Permintaan tinggi terhadap status halal telah menjadikan industri halal sebagai anak dara sunti sama ada di pihak industri atau pun di dalam dunia akademik sendiri. Banyak seminar telah diadakan untuk membangunkan industri halal di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Bahkan dikhabarkan kebanyakan ‘pemain utama’ di dalam indsutri halal sekarang ini ialah rakan-rakan non-Muslim sendiri. Maklumlah, bilangan orang Islam memang amat ramai dan bertebaran di seluruh dunia. Sudah tentu permintaannya tinggi.
Akan tetapi, terdapat satu perkembangan kurang sihat yang agak menyedihkan berkaitan dengan industri pemakanan di Malaysia. Bab menipu status halal, itu memang saya geram dan bantah sejak dari awal lagi. Bagi penggiat industri pemakanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan, mereka akan mengambil kesempatan untuk mencampuradukkan antara yang halal dan haram di dalam kandungan produk makanan mereka. Itu namanya menghalalkan yang haram. Fenomena ini memang di mana-mana pun berlaku.
Perkembangan yang saya maksudkan, ialah fenomena mengharamkan yang halal. Yang lebih menyedihkan, saya dapati kebanyakan yang terlibat di dalam fenomena ini ialah terdiri daripada golongan ustaz, khususnya yang kuat berceramah di masjid sambil menjadi agen MLM/produk tertentu. Contoh yang berlaku ialah kepada emak saya sendiri. Sampai sekarang sudah tidak mahu makan kari walaupun untuk cicah roti canai. Katanya seorang ustaz penceramah masjid mendedahkan yang serbuk kari Babas itu mempunyai kandungan najis lembu, sebagai bahan yang dipuja oleh penganut agama Hindu. Saya rasa geram dengan dakwaan seperti ini. Contoh kedua, ialah email daripada seorang rakan baik saya juga. Kini aktif memasarkan produk MLM Muslim. Emailnya saya salin bulat-bulat seperti di bawah entri ini. Mula-mula membaca, saya rasa sedih dan menyampah. Itu belum dikira lagi pelbagai tuduhan-tuduhan lain yang belum pernah dibuktikan kesalahan mereka.
Tindakan mengharamkan yang halal adalah satu dosa besar kerana ianya merupakan fitnah dan boleh menzalimi hasil rezeki orang lain. Firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf:
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٣٢)قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (٣٣)
32. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. 33. katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Apabila mengetahui tuduhan terhadap serbuk kari Babas, saya melihat pakej bungkusannya. Tertera jelas cop Halal JAKIM. Sebagai syarikat berjenama terkemuka, saya yakin mereka sentiasa menjaga kualiti dan piawaian halal seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama, sama juga keyakinan saya terhadap JAKIM yang sudah tentu memberikan prioriti pengawalan halal terhadap syarikat berprofil tinggi bahkan yang terpalit dengan pelbagai tuduhan.
Perangai mengharamkan yang halal ini bukannya satu perkara yang kecil. Ini perkara besar yang memalukan Islam dan penganutnya sendiri. Ini juga adalah perangai orang Yahudi yang amat suka berlebih-lebihan di dalam kehidupan beragama sehingga mengharamkan yang halal. Kata nak boikot dan anti Zionis, tetapi mengapa tiru perangai mereka?
Tindakan menuduh sewenang-wenangnya ini biasanya didorong untuk tujuan tertentu. Antaranya ialah sebagai bahan perencah di dalam ceramah mereka. Maklumlah, pendengar lebih suka mendengar ceramah dengan elemen sensasi. Kalau nak bercerita bab gosip artis, kurang kena, kerana di masjid. Lalu digunakanlah tuduhan-tuduhan fitnah yang kelihatan Islamik kononnya untuk memelihara pengguna Islam. Malangnya, itu semua hanya tuduhan semata-mata. Fitnah, manipulasi dan penipuan.
Ada juga yang berbuat demikian kerana tujuan pemasaran produk mereka. Maklumlah, sudah menjadi agen besar syarikat MLM. Untuk memastikan pengguna membeli produk mereka, strategi utama mereka ialah dengan mengugut dan menakut-nakutkan pengguna, kononnya produk A adalah haram. Menuduh perlu didatangkan dengan bukti. Kalau tiada bukti, itu namanya fitnah. Cerita-cerita di meja gerai kopi tanpa bukti, adalah fitnah. Masing-masing sudah belajar fiqh dan qawa’id fiqhiyyah, tetapi mengapa tidak mahu diaplikasikan di dalam kehidupan berniaga? Itu belum cerita lagi status syarikat MLM mereka sama ada mesra syariah atau sebaliknya.
Sebagai peniaga Muslim, sepatutnya kita perlu bertanggungjawab dengan produk yang kita bawa. Utamakanlah penjelasan mengenai kelebihan produk kita berbanding menyerang secara memfitnah produk lain. Ini etika perniagaan Islam yang sebenarnya. Membenarkan persaingan walaupun kepada syarikat bukan Muslim adalah digalakkan di dalam Islam. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kualiti demi kebaikan pengguna.
Tiada masalah fiqh pun sekiranya orang bukan Islam memasarkan produk makanan halal di dalam masyarakat. Mungkin yang boleh dijadikan perbahasan di dalam konteks dunia orang Islam ialah sejauh mana keberkatannya. Akan tetapi sekiranya produk mereka menepati piawaian halal, serta lebih bersih dan berkualiti tinggi, saya sendiri akan membeli produk non-Muslim. Anda yang menjadi agen MLM biasanya akan mendapat bonus melancong ke luar negara. Sepatutnya anda terdedah dengan pasaran makanan halal yang ada di luar sana, walau pun tidak mendapat sijil halal JAKIM. Mengapa menjadikan Islam itu kelihatan sulit dan sukar? Sedangkan ramai orang Islam sudah bermukim di negara luar, antaranya untuk tujuan berdakwah, dan boleh hidup dengan kewujudan makanan-makanan yang sedia halal yang merupakan produk orang tempatan non-Muslim.
Justeru, dengan penuh rendah diri saya ingin membuat teguran kepada rakan-rakan Muslim terutamanya golongan ustaz penceramah supaya menghentikan gejala memfitnah syarikat makanan non-Muslim yang betul-betul diiktiraf pihak berkuasa agama. Jangan tipu dan mempengaruhi jemaah surau yang datang untuk beribadah dan mendapat pahala. Aplikasikan ilmu fiqh yang ada di dalam dada masing-masing. Jaga etika dan nama baik agama kita. Jangan sama sekali mengambil kesempatan di atas nama agama dan produk berjenama Muslim. Hasilnya, produk yang ada hanya dibeli kerana faktor ugutan, diletakkan harga yang tinggi lantas menzalimi saudara segama sendiri, serta kualiti entah ke mana.
_____________________________
Salinan email sahabat saya… (maaf kepada yang berkenaan)
Jab. —– —– pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg —- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..
N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan…..yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???.. dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…
n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .
milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….
Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..… terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
Salam..
Bukan setakat bab makanan/minuman, tetapi industri ubat-ubatan di Malaysia pun mengalami nasib yang sama. Cthnya salindah, ubat homeopati untuk sepanjang mengandung dan selepas bersalin..bertali arus email mengatakan ada di kalangan doktor mengatakan salindah bahaya untuk ibu dan anak dalam kandungan. dengan alasan, berlakunya banyak kes tumpah darah dan sukar untuk bersalin. email berantai tersebut tersebar luas, hinggakan menjejas kredibiliti produk itu sendiri.
saya sebagai orang yang belajar ilmu penghasilan ubat-ubatan, 100% tidak menerima email tersebut. tapi, ada ramai di luar sana yang tidak tahu bagaimana mekanisma ubat2an ni. Jadi saya tidak salahkan mereka bila sedikit ‘riuh’ atau panik bila membaca email2 sebegini. cuma yang saya kesalkan, sikap ‘forward’ email, yang belum tentu sahih. Ini memberi kesan kepada peniaga dan pengguna lain..
kalau betullah salindah atau apa2 ubat tu menyebabkan tumpah darah, kajian tentangnya perlu dijalankan secara ilmiah..tak kiralah sama ada ujian di makmal, tinjauan secara rawak….dan sebagainya. pelbagai faktor yang boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin..dan doktor perlu berhati2 dalam hal ni.
agaknya kalau di barat, dah lama kena saman sebab menghebahkan berita tanpa asas! (in this case, bagus juga bab saman2 ni).
maafla lari topik pula..tapi ada persamaan sikit2 dgn isu di atas:)
Assalamualaikum…
Berkaitan ubat Salindah ni, saya salah seorang yang menggunakan ubat ini sepanjang kehamilan hinggalah bersalin. Saya tidak menghadapi sebarang implikasi dan tiada tumpah berlaku. Anak saya empat orang dan keempat-empat anak saya dilahirkan secara normal dan berat baby tidak melebihi 3 kg. Mudah bersalin dan semuanya secara normal. Jadi kepada ibu-ibu yang akan menggunakan ubat ini, saya rasa tidak menjadi kesalahan.
Terima kasih.
Assalamualaikum…
Berkaitan ubat Salindah ni, saya salah seorang yang menggunakan ubat ini sepanjang kehamilan hinggalah bersalin. Saya tidak menghadapi sebarang implikasi dan tiada tumpah darah berlaku. Anak saya empat orang dan keempat-empat anak saya dilahirkan secara normal dan berat baby tidak melebihi 3 kg. Mudah bersalin dan semuanya secara normal. Jadi kepada ibu-ibu yang akan menggunakan ubat ini, saya rasa tidak menjadi kesalahan.
Terima kasih.
Salam, alhamdulillah, sya mulanya guna salindah untuk set masa mengandung, (saya pesakit paru2 kronik), saya tawakal beli salindah, saya notice akan kesihatan saya, tiada lagi rambut gugur, kulit saya dah tak kering macam dulu, alhamdulillah, batuk2 sampai paru2 saya rosak sehinggakan nak operate nak buang (nasib baik saya tak setuju operation tu), batuk berkurang. lendir alhamdulillah kurang, ubat tibi makan 2 kali menjahanamkan badan saya. Alhamdulillah kulit saya semakin ok kembali.. Allah turunkan syifa’ bukan dalam perubatan modern penuh kimia aje… Malaysia masih lagi tak kehadapan dalam perubatan homeopati, saya ragu2 dengan vaksin, yang banyak syubhah di dalamnya, saya rasa isu tumpah darah tu bukan sebab salindah…ianya sebab placenta… banyak isu, zaman skrg ni tak tahulah apa mak2 muda makan…. kebanyakannya asyik uri bawah sahaja… So tak perlulah salahkan salindah kalau anda tak faham apa itu homeopathy…. Salindah tak sorok bahan2 dia… so senang pengguna nak buat kajian…. utk pengetahuan anda, blood test yang tak pernah ok, even doctor pun cakap blood test saya bagus…
salam , kpd tuan blog….bagus artikel tuan ni…saya cuma nak respon ja….kami di malaysia,,,dah banyak kali dengar ttg isu pemakanan ni…kalau tuan nak tahu kebanyakan peniaga non muslim sekarang khususnya dimsia…sudah tak menghormati hak-hak pengguna muslim disini…sbg contoh ttg isu ayam yang tak disembelih mengikut syarak….pihak berkuasa JAKIM pun tak tahu nak buat apa dah,….serbu dah banyak kali serbu dah….nak mengharapkan logo halal jakim pada produk yang ada dipasaran pun tak leh nak percaya dah,,,sbbnya terdapat banyak logo halal palsu jakim….isu yang terbaru ni iaitu berkenaan proses pembuatan bihun di pulau pinang ….kandang babi bersebelahan dgn kilang bihun…..tak selesai jugak….menjadi tanggungjawab kepada kita utk memberitahu hal-hal ini kpd masyarakat diluar sana ttg masalah ini….bagi saya ..ini bukan utk memburukkan syarikat non muslim,,,,tapi ini sbg tanggungjawab kita….
salam. terima kasih. saya (pun di Malaysia) memang membantah juga peniaga non-muslim yang menipu status halal dalam produk mereka. sama ada muslim atau non-muslim, memang sentiasa ada manusia yang tidak jujur seumpama ini. akan tetapi saya lebih tersentuh sekiranya ketidakjujuran itu dilakukan oleh muslim sendiri.
saya juga tidak menafikan teori mungkin peniaga2 muslim seperti di atas, terperangkap dengan rekaan dan tuduhan yang sengaja dicipta oleh pihak ketiga.
sekiranya nampak anasir percampuran haram dan halal, maka ambik gambar dan tunjukkan bukti. jangan semata-mata bercakap tanpa bukti, itu salah di dalam islam.
on top of that, kita ada kuasa untuk memilih, so pilihlah yang betul-betul halal, berkualiti dan berkat.
walau apa jua kritikan di atas JAKIM, walau ramai orang yang tak setuju dengan mereka politically, akan tetapi saya masih meletakkan kepercayaan dan harapan supaya mereka melakukan penambahbaikan terhadap pengawalan sijil halal ini. orang yahudi, walaupun dalam bab politik mereka lagi teruk berbalah berbanding kita, tetapi dalam bab makanan kosher mereka boleh bersatu. tiap tahun ramai rabai2 mereka datang ke Malaysia untuk buat verification kosher khususnya dalam produk kosmetik. so, di mana kita?
tu bukan ustaz tu, tu peniaga busuk
Just untuk rekod respon2 dalam FB saya for future reference.
J- Ustaz, tuduhan2 dlm email kwn enta tu ‘confirm’ ke tak betui?
21 hours ago · Like ·
W- ustaz, itulaa dilema sy bila dah balik m’sia ni.. mcm2 email yg buat kita confuse dalam bab halal haram ni esp pada local product. Sepanjang tinggal di UK dulu alhamdulillah jelas bab halal haram walaupun produk tu non Muslim.
21 hours ago · Like ·
Ahmad Irfan عرفان هشام J – milo confirm tak betul. yang brand ayam ape2 tu allahua’lam. yang pasti dalam islam, orang yang menuduh perlu datangkan bukti. kalau tak, ianya jadi fitnah. mcm tuduh zina tanpa bukti = qazaf. dan yang paling pasti, orang islam ada kuasa memilih untuk membeli produk yang disukai, gunakan kuasa tersebut. tetapi janganlah memburukkan produk lain tanpa bukti.
k – itu le susah duduk negara yang tidak transparent, baik muslim mahupun non-muslim.
19 hours ago · Like ·
N – pening kan.. tatau benar atau tidak dakwaan tersebut.. tapi mmg benar jakim sendiri kekadang kena zip. Kalau boleh interview depa mesti banyak pengalaman campur mencampur nie
19 hours ago · Like ·
J – Ustaz, maaf cakap tapi kadang2 kita rasa sangsi dgn ketelusan jakim itu sendiri tambahan pula apabila cop halal itu sendiri dijadikan bahan niaga dan diswastakan kpd pihak lain yang semestinya bertujuan mengaut keuntungan.
19 hours ago · Like ·
N – Saya rasa tidak timbul kesangsian kepada ketulusan jakim. Buat masa sekarang saya (yang sering membuat operasi bersama) jamin jakim telus 333%
19 hours ago · Like ·
Ahmad Irfan عرفان هشام J bercakap mungkin mewakili persepsi masyarakat. N bercakap berdasarkan pengalaman bekerja sekali. org2 di jakim tu ramai kawan2 kita. masalahnya, ramai ‘staf luar pejabat’. persepsi dan perkara negatif terhadap industri halal perlu diperbaiki. saya tiada masalah untuk penswastaan sijil halal sekiranya itu lebih efisyen. berbayar mahal pun …
See more
19 hours ago · Like ·
J – Ok Ustz, saya lega mendengar sendiri drpd orang jakim. Kalau begitu ketelusannya, maka saya yakin dgn halal jakim, cuma minta jakim tambah penguatkuasa kerana penipuan byk berlaku sekarang.
19 hours ago · Like ·
J – penipuan cop halal yg byk berlaku ini menyebabkan kami sangsi dgn penguatkuasaan jakim yang nampak lemah. jadi jakim perlu ambil perhatian perkara ni.
19 hours ago · Like ·
N – kalau ada penipuan sekalipun, jakim have no power. Akta Halal hanyalah retorik kerana halal di bawah bidang kuasa negeri. Buat masa sekarang yang ada power adalah KPDN dibawah Akta Perihal Dagangan 1972, perihal dagangan palsu.
16 hours ago · Like ·
J – ooo mcm tu baru saya faham. maknanya jakim perlu diberi kuasa dan kita tak bole harap pada kpdn.
16 hours ago · Like ·
N – saya dapati, kekadang maklumat yang disampaikan tidak lagi valid. Contohnya, ayam KFC kawasan utara didapati tidak halal pada tahun 2006 kerana kerosakan teknikal pada mesin water stunning dan sijil halal digantung. Maka terseberlah berita tersebut. Selang beberapa ketika, kesilapan teknikal tersebut dibaiki dan sijil dikembalikan. tetapi berita tersebut masih lagi berlegar.
16 hours ago · Like ·
N – apasal tak leh harap pada KPDN lak? KPDN dan JAKIM bergerak seiringan. Tanpa Jakim KPDN tak leh ambil tindakan dan begitu juga tanpa KPDN, Jakim tak leh ambik tindakan.
16 hours ago · Like ·
J – hmmm, alhamdulillah, sebenarnya maklumat yang bercelaru sebabkan kekeliruan kpd org awam spt saya.
16 hours ago · Like ·
J – kalau begitu prosedurnya, penguatkuasaan, tak kira siapa yg berkuasa, kena dipertingkatkan. walaupun jakim takde kuasa tapi kpdn ada kuasa dan dia kena kuatkuasakan semaksima mungkin la.
16 hours ago · Like ·
N – Betul tu. Penguatkuasaan sangat2 perlu dipertingkatkan. Saya rasa apa yang ada buat masa ini masih lagi lemah.
16 hours ago · Like ·
R -produk kuaci wangi guna label jakim tanpa permission. betul ke?
14 hours ago · Like ·
N – boleh disemak dengan Jakim beserta dengan maklumat lengkap ttg produk tersebut
Salam, di malaysia kita ada PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), sepatutnya kita dapatkan maklumat daripada sumber mereka….bukan setakat itu saja ..CAP pun dah lama main peranan, dalam bukunya ada menceritakan tentang produk – produk yang ada bahan syubhah dan berbahaya. persoalannya disini, masyarakat islam kita tidak prihatin dan kurang kesedaran dalam kepenggunaan..NGO dan badan kerajaan JAKIM memang ada buat penerangan ttg isu-isu halal haram ni,,,,tp hanya sekadar penerangan memang tidak mencukupi…saya setuju dengan abidfana, bercakap biar ada bukti….kita ambil contoh pulak mcm isu boikot yahudi tu…masa gaza diserang israel baru nak boikot,,,sedangkan israel mmg dah lama tak menghormati islam …suruh boikot produk yahudi tetapi apa alternatif produk islam sebagai ganti produk td???itu ada bukti lagi kezaliman israel pada kita…tiada kesedaran jugak…sedangkan kita pun tahu daripada duit pembelian kitalah yahudi 2 ini meluaskan empayar perniagaan mereka serata dunia dan pada waktu yg sama menindas org islam,,,,dimana letaknya ekonomi org islam bilamana org IslaM SENDIRI TIDAK MAHU TERLIBAT DGN aktiviti perniagaan,,hanya menjadi pengguna semata 2 shj??di Malaysia..keadaannya sama juga..kebanyakan org melayu islam hanya penguna semata2 ,,manakala pengeluar dan pembuatan produk dikuasai oleh non muslim yang semata memikirkan keuntungan bukannya halal haram…
Salam, di malaysia kita ada PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), sepatutnya kita dapatkan maklumat daripada sumber mereka….bukan setakat itu saja ..CAP pun dah lama main peranan, dalam bukunya ada menceritakan tentang produk – produk yang ada bahan syubhah dan berbahaya. persoalannya disini, masyarakat islam kita tidak prihatin dan kurang kesedaran dalam kepenggunaan..NGO dan badan kerajaan JAKIM memang ada buat penerangan ttg isu-isu halal haram ni,,,,tp hanya sekadar penerangan memang tidak mencukupi…saya setuju dengan abidfana, bercakap biar ada bukti….kita ambil contoh pulak mcm isu boikot yahudi tu…masa gaza diserang israel baru nak boikot,,,sedangkan israel mmg dah lama tak menghormati islam …suruh boikot produk yahudi tetapi apa alternatif produk islam sebagai ganti produk td???itu ada bukti lagi kezaliman israel pada kita…tiada kesedaran jugak…sedangkan kita pun tahu daripada duit pembelian kitalah yahudi 2 ini meluaskan empayar perniagaan mereka serata dunia dan pada waktu yg sama menindas org islam,,,,dimana letaknya ekonomi org islam bilamana org IslaM SENDIRI TIDAK MAHU TERLIBAT DGN aktiviti perniagaan,,hanya menjadi pengguna semata 2 shj??di Malaysia..keadaannya sama juga..kebanyakan org melayu islam hanya penguna semata2 ,,manakala pengeluar dan pembuatan produk dikuasai oleh non muslim yang semata memikirkan keuntungan bukannya halal haram…
Hari tu pergi Tesco sini. saje jalan2. kat kaunter masuk dan keluar, ada beberapa buah beg hijau. pastu ada kad tulis minta derma dari rakyat tempatan unt bagi brg2 makanan pd tentera britain yg sedang berperang di afghanistan. sakitnya hati! 😦
ATAS SBB RAMAI TELAH DITIPU OLEH FRIENDS CLUB *(MLM),KAMI TELAH MEWUJUDKAN GAFC UTK SEDARKAN RAMAI ORG MENGENAI AKTIVITI PENIPUAN MEREKA.. HARAP ANDA SEMUA TIDAK TERPENGARUH DGN AKTIVITI MEREKA YG MENIPU PELAJAR & GOLONGAN STAFF KERAJAAN..!! AWAS MEREKA BIJAK MEMPERDAYA DGN MEMBERI TAWARAN…PELANCONGAN/HADIAH ,……JIKA ANDA JOIN ANDA MUNGKIN MENJADI HUTANG WANG !! JGN TERJEBAK….SILA LAWATAN GAFC UTK MAKLUMAT LANJUT.http://www.facebook.com/group.php?gid=116931374990029&ref=mf
Salam Tuan,
Jakim telah menyediakan portal dan direktori halal bagi senarai pemegang sijil halal Malaysia.
Url adalah seperti berikut : http://www.halal.gov.my
ws
Rempah keluaran Baba’s adalah diiktiraf Halal. Akan tetapi persoalannya samada pensijilan Halal boleh dibuat kepada Baba’s. Perkataan ‘Baba’ bermakna orang alim dalam agama Hindu. Macam Sai Baba of Shidri atau Sathya Sai Baba. Simbol jenama Baba’s pula menggunakan simbol tantrik agama Hindu berbentuk Hexagon dan ini juga dikatakan simbol Dewa Hindu Durga. Warna ‘saffron’ / emas kekuningan dalam logo Babas adalah merupakan warna dianggap paling suci dalam agama Hindu. Persoalannya macamana kerajaan boleh luluskan cap dagang Baba’s ni walaupun undang-undang kita melarang penggunaan simbol dan nama keagamaan dari digunakan sebagai cap dagang barangan dan perkhidmatan? Seterusnya bolehkah sijil Halal diberikan sekiranya nama produk berkait rapat dengan pemujaan simbol tantrik Dewa Durga dan nama sami dalam agama Hindu?