Rindu kejauhan rindu sembunyian
Ibarat mekar mawar terhalang
Sirna muram cahaya dipantulkan
Angkuh ego sedihnya didahulukan

Rindu kejauhan rindu sembunyian
Terzahir di mata hanyalah onar
Sedang kejernihan embun diabaikan
Kelopak merah dibutakan

Rindu kejauhan rindu sembunyian
Pilu melihat daun keguguran
Kulit terkupas hebat ujian
Akar tunjang terpasak thabat di daratan

Rindu kejauhan rindu sembunyian
Mengharap rindu pergi-pergian
Tabahnya semangat dalam perjalanan
Selamat berjuang hingga kesudahan

Memendam rindu siapa yang tahu
Mengekang air mata beralun kesedihan
Harap pudar penyesalan dahulu
Jauh pandangan melihat ke hadapan

~~
Perjuangan di dunia itu pahit
Kerana syurga itu manis
~~

10 minutes moment in Cross Country Train

Advertisement