Biasa kita dengar ustaz berantakan berceramah jangan jadi bakhil! Antara filem P Ramlee yang terkenal pun tajuknya Haji Bakhil. Orang Melayu mungkin faham bakhil sebagai kedekut duit dan harta semata-mata.
Dalam al-Quran dan al-Hadith, terdapat penjelasan dimensi maksud perkataan bakhil yang pelbagai.
1. Bakhil – Kedekut harta daripada diinfaqkan
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ
(Ali Imran, 3:180)
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.
الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Al-Hadid, 57:24)
Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
2. Bakhil dalam berkongsi bekalan air
Hadith nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ رَجُلٌ بخلَ عَلَى فَضْلِ مَاءٍ بِالطَّرِيقِ يَمْنَعُ مِنْهُ ابْنَ السَّبِيلِ، وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَاهُ، إِنْ أَعْطَاهُ مَا يُرِيدُ وَفَى لَهُ، وَإِلاَّ لَمْ يَفِ لَهُ، وَرَجُلٌ يُبَايِعُ رَجُلاً بِسِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَحَلَفَ بِاللَّهِ لَقَدْ أُعْطِيَ بِهَا كَذَا وَكَذَا فَصَدَّقَهُ، فَأَخَذَهَا، وَلَمْ يُعْطَ بِهَا
(Sunan Kubra al-Nasa’i)
3 jenis manusia yang Allah tidak akan bercakap dan mengampuni dosa mereka, dan bagi mereka azab yang pedih. (Pertama) Lelaki bakhil yang memiliki simpanan air yang banyak tetapi melarang sang musafir daripada mendapatkannya. (Kedua), Lelaki yang berbai’ah sumpah taat setia ke atas seorang ketua, dengan niat untuk dunia semata-mata, sekiranya ketua itu memenuhi kehendaknya, dia akan taat kepada bai’ahnya. Sekiranya ketua itu tidak memenuhi permintaannya, maka dia tidak akan penuhi bai’ahnya. (3) Seorang lelaki yang menjual barangan kepada seseorang selepas solat Asar, dan bersumpah dengan nama Allah bahawa pembelian itu telah berlaku dan diterima oleh pembeli, sedangkan dia berdusta.
3. Bakhil dalam menyampaikan ucapan salam
عن جابِر أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ لِفُلَانٍ فِي حَائِطِي عَذْقًا وَإِنَّهُ قَدْ آذَانِي وَشَقَّ عَلَيَّ مَكَانُ عَذْقِهِ فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بِعْنِي عَذْقَكَ الَّذِي فِي حَائِطِ فُلَانٍ قَالَ لَا قَالَ فَهَبْهُ لِي قَالَ لَا قَالَ فَبِعْنِيهِ بِعَذْقٍ فِي الْجَنَّةِ قَالَ لَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَيْتُ الَّذِي هُوَ أَبْخَلُ مِنْكَ إِلَّا الَّذِي يَبْخَلُ بِالسَّلَامِ
Dari Jabir bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ada fulan yang memiliki dahan kurma yang menjulur ke kebunku, dan dahan itu menyusahkanku, aku menjadi sulit dengan dahannya, maka beliau mengutus seseorang kepadanya dan berkata: adakah dahan pohon kurmamu padaku yang ada di kebun fulan, dia menjawab: tidak, Nabi SAW bersabda: ” berikan untukku “, dia berkata: tidak, Nabi SAW bersabda: ” jual padaku dengan dahan kurma yang ada di syurga “, dia berkata: tidak, maka Nabi SAW: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih bakhil darimu, kecuali orang yang bakhil dengan salam “.
(Musnad Ahmad)
4. Bakhil dalam berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
” أَلا أُخْبِرُكُمْ بِأَبْخَلِ النَّاسِ ؟ ” قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : ” مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ، فَذَلِكَ أَبْخَلُ النَّاسِ
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mahukah aku khabarkan kepada kalian manusia yang paling bakhil?” Sahabat menjawab, “mahu ya Rasulallah”. Nabi menyatakan, “Mereka yang apabila nama aku disebut di sisinya, tidak berselawat ke atasku, maka itulah manusia paling bakhil.
(DInaqal dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib, ramai menyatakan sanad hadith ini da’if).