palestin 1Pada musim panas lepas, saya telah membawa keluarga ke salah sebuah pesta keretapi wap dan kereta klasik. Sebelum bertolak, saya difahamkan yang pesta berkenaan adalah anjuran bersama majlis perbandaran Aberdeen dengan kelab-kelab penduduk tempatan. Tetapi apabila saya sampai ke tapak pesta, saya terkejut kerana rupa-rupanya program tersebut adalah anjuran kelab Lion. Dengan hati yang berat, kerana sudah berjalan jauh untuk pergi ke sana serta anak-anak yang teruja, terpaksalah saya menghulurkan duit kepada sukarelawan Kelab Lion berkenaan – kebetulan merupakan seorang warga Malaysia berbangsa India. Oleh kerana rasa bersalah, sejurus selepas pulang ke rumah saya terus ke masjid dan memberikan sumbangan yang lebih daripada jumlah bayaran di pesta anjuran kelab Lion berkenaan.

Selang beberapa bulan, saya diminta untuk menguar-uarkan satu lagi program kebajikan anjuran Kelab Lion oleh seorang makcik Muslimah tempatan. Beliau meminta agar komuniti Melayu bekerjasama dengan program tersebut dengan membuka gerai makanan. Ketika itu, saya terus memberikan respon yang saya tidak mahu bekerjasama. Sekiranya ingin menyertai program kelab tersebut, saya tidak mahu diri saya serta komuniti yang saya diamanahkan mengetuainya untuk turut terlibat. Makcik berkenaan kelihatan terkejut barangkali dengan sikap saya, lalu saya terangkan sedikit sebanyak pandangan saya mengenai kelab Lion tersebut.

Umum mengetahui yang Kelab Lion dan Kelab Rotary adalah antara pertubuhan kemanusiaan yang agak aktif di seluruh dunia. Mereka wujud hampir di mana-mana, termasuklah di Malaysia. Pergerakan mereka kebanyakannya disertai oleh golongan elit. Di kebanyakan negara termasuklah di Malaysia, mereka banyak bergerak melalui gereja dan sekolah mubaligh Kristian. Biasanya ahli kedua-dua kelab ini gah memakai lencana kelab masing-masing yang disemat di atas bush jacket.  Walaupun maklumat mengenai kedua-dua kelab ini boleh diperolehi di tapak sesawang masing-masing, akan tetapi cara pergerakan mereka adalah amat berahsia terutamanya apabila berada di peringkat yang lebih tinggi.

lion clubKelab Lion ditubuhkan pada tahun 1917 oleh seorang Yahudi Amerika di Chicago. Melvin Jones, anak seorang tentera Amerika yang akhirnya mempunyai agensi insurans sendiri telah menggagaskan slogan ‘mari perbaiki komuniti kita’ ketika penubuhan kelab tersebut. Kongres pertama pertubuhan ini telah diadakan setahun selepas penubuhannya, dengan dihadiri oleh seramai 22 orang Yahudi Freemason. Banyak penulis serta cendiakawan Arab dan Muslim yang terlibat dalam sengketa Zionis-Muslim menulis mengenai tujuan penubuhan Kelab Lion ini, yang antara lain termasuk di dalam salah satu protokol Zionisme untuk memprojekkan imej baik mereka di dalam masyarakat antarabangsa. Selain itu, penubuhan kelab ini juga bertujuan membolehkan seruan Zionisme tersebar dengan cara yang halus di seluruh dunia.

rotaryKelab Rotary pula gah dengan gelaran kelab servis/perkhidmatan pertama di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1905 atas permintaan Theodor Herzl (meninggal 1904), presiden pertama Pertubuhan Zionis Sedunia. Rotarian pertama ialah Gustavus Loehr, Silvester Schiele, Hiram Shorey dan Paul P. Harris. Melihat nama mereka pun kita sudah tahu mereka berbangsa Yahudi. Sama seperti Kelab Lion, Kelab Rotary juga terutama di peringkat awal penubuhan mereka banyak melakukan kerja-kerja freemason di atas nama kebajikan. Mereka juga didapai banyak melakukan risikan di sebalik kerja amal yang mereka lakukan. Maklumat risikan yang diperolehi akan dikumpulkan di ibu pejabat mereka ketika itu di Chicago.

KERJA KEMANUSIAAN MELAMPAUI BATASAN AGAMA.

Selepas saya dikesan oleh beberapa individu bersikap dingin terhadap kelab Lion, sebahagian mereka berkata kepada saya yang kerja amal dan bantuan kemanusiaan adalah kerja yang melampaui batasan agama. Saya sedikit pun tidak membantah fakta ini. Sejak zaman nabi lagi, apabila generasi awal para Sahabat ditindas oleh pemimpin Musyrikin Mekkah, nabi telah meminta pertolongan daripada pemimpin Habshah yang kuat mengamalkan Kristian supaya membantu mereka yang ditindas. Nabi juga pernah bernaung di bawah skim perlindungan jahiliyyah (dinamakan al-himayah wa al-jiwar) pemberian bapa saudaranya Abu Talib untuk menjalankan kerja-kerja awal dakwah.

Pengalaman saya beberapa tahun tinggal di UK juga menyaksikan betapa tersusunnya pertubuhan kebajikan dan bantuan kemanusiaan Kristian dan sekular yang aktif mengutip dana untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Bahkan charity organisation di bawah kelolaan Muslim juga amat aktif di sini, dengan mendapat kerjasama dan bantuan yang baik daripada kerajaan UK serta penduduk tempatan. Saya pernah melihat cek sumbangan kepada mangsa kezaliman di Gaza melalui Islamic Relief  UK  bernilai ratusan ribu Pound Stirling, yang disumbangkan oleh seorang penganut kuat Kristian dengan nota lampiran – “sengaja saya berikan ini kepada pertubuhan anda untuk menunjukkan yang kita adalah bersaudara, dan kami bertanggungjawab membantu rakan-rakan agama lain yang berada di dalam kesusahan”.

Selain itu, pada Ramadhan lepas, Masjid Aberdeen juga turut bersama-sama mengutip sumbangan untuk disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan (non-Muslim) tempatan. Ini kerana adalah jelas rahmat Islam serta persaudaraannya adalah tidak terhad di dalam kerangka Muslim sahaja, sebaliknya ia adalah rahmat kepada sekalian alam.

KELAB LION DAN ROTARY; KEBAJIKAN YANG DIRAGUI

Akan tetapi, saya sedikit bermasalah untuk mempercayai kerja-kerja kebajikan yang dianjurkan oleh Kelab Lion dan Rotary. Antara sebabnya ialah:

1. Bukan saya yang mula-mula meragui mereka, akan tetapi ulamak dan pemimpin Islam terutamanya yang terlibat secara langsung dalam sengketa Zionis-Islam sejak dari awal meragui pergerakan pertubuhan tersebut. Bukan sahaja cendiakawan Islam, akan tetapi ramai juga penulis non-Muslim bersikap demikian, antaranya ialah Roger Garaudy yang terkenal dengan penulisan mengenai politik moden Zionisme dan penafian terhadap pembunuhan Holocaust.

2. Sekiranya anda melihat tapak sesawang kumpulan ini, mereka tidak pernah langsung memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, khususnya mereka yang terlibat dalam serangan Israel ke atas Gaza pada awal tahun ini. Ke mana perginya mereka ketika hampir seluruh ketumbukan kerja-kerja amal tanpa mengira bangsa dan agama di seluruh dunia memfokuskan bantuan mereka kepada mangsa kezaliman di Gaza?

3. Sebenarnya, banyak negara telah mengharamkan kegiatan mereka. Antaranya ialah Iraq pada tahun 1959, Syria pada tahun 1965 dan UAE pada tahun 1978.  Pada tahun 1988, pergerakan HAMAS yang mendapat kuasa eksekutif yang sah di Palestin juga secara terbuka telah menyatakan bahawa kelab Rotary dan Lion adalah pertubuhan yang membantu Zionis. Bukan sahaja negara Muslim, akan tetapi Germany semasa zaman Nazi juga mempunyai hubungan yang tegang dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh kedua-dua kelab ini, sehingga melabelkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan freemason secara terbuka dan mengehadkan pergerakan mereka.

4. Bukan sahaja keraguan saya timbul daripada aspek politik, tetapi ianya turut disentuh daripada aspek agama. Semasa di Mesir, banyak kali saya membaca artikel mengenai bahaya pertubuhan freemason seperti Lion dan Rotary di dalam penerbitan al-Azhar. Selain itu, ulamak terkemuka dunia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga di dalam kitab Fatawa Muasiroh telah memfatwakan haram bagi Muslim terlibat di dalam pertubuhan tersebut, dengan beberapa hujjah yang saya ringkaskan seperti berikut:

a. Muslim menganjurkan sesuatu yang jelas, dan melarang sesuatu yang samar-samar. Kesamaran pertubuhan Lion dan Rotary telah dikesan sejak dari awal penubuhannya terutamanya ketika konflik Arab-Israel sedang memuncak.
b. Tiada keperluan bagi Muslim menyertai pertubuhan yang diselubungi dengan misteri dan kesamarannya. Ini memang jelas di dalam kedua-dua kelab tersebut khususnya di peringkat tertinggi.
c. Sekiranya benar sekalipun pertubuhan-pertubuhan itu menyeru ke arah seruan sejagat dan kemanusiaan, sewajarnya Muslim tidak memerlukan ianya berpunca daripada pertubuhan asing.  Ini kerana adalah cukup Islam itu sebagai agama yang menyeru kepada seruan kemanusiaan tersebut, dan dibenarkan bekerjasama dengan bangsa serta agama yang lain untuk tujuan yang sama.
d. Pertubuhan-pertubuhan itu adalah asing daripada dunia Islam dan tidak dibesarkan di dalam kewujudan orang Islam di dalamnya.
e. Menyertai sesebuah pertubuhan, bermakna Muslim perlu patuh kepada perlembagaannya. Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima bagi Muslim patuh kepada perlembagaan pertubuhan-pertubuhan tersebut yang sebahagiannya terang-terangan bercanggah dengan Islam, sementara tidak kurang juga yang disembunyikan kebatilannya.
f. Kedua-dua pertubuhan itu bergerak atas dasar sekularisme. Islam menolak sekularisme dalam kehidupan.
g. Pertubuhan tersebut juga cuba melumpuhkan ikatan persaudaraan yang dibina atas dasar keagamaan.

Justeru, sekiranya ada lagi Muslim/ah yang ingin terlibat aktif di dalam kelab Lion dan Rotary ini, saya ingin bertanya kepada anda semua:

1. Sejauh manakah anda mengetahui sengketa Zionis-Islam yang menyaksikan mereka menggunakan segala cara untuk memusuhi kita, termasuklah menerusi kelab freemason ini? Siapakah kita berbanding ulamak-ulamak serta tokoh pejuang pembebasan Palestin yang sering kali mendesak supaya umat Islam tidak menyertai pertubuhan tersebut? Adakah kita pernah terlibat langsung di dalam sengketa berkenaan?

2. Mengapa anda tidak terlibat aktif di dalam pertubuhan kebajian dan bantuan kemanusiaan Muslim yang sudah kuat bertapak di UK ini? Bukankah pertubuhan-pertubuhan seperti Islamic Relief, Interpal, MuslimAid dan macam-macam lagi, telah lama bertapak di sini dengan aktiviti kemanusiaan yang tidak kurang hebatnya serta diterima baik oleh kerajaan dan penduduk tempatan? Bersyukur kerana anda suka terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan, akan tetapi sedarlah bahawa lebih utama bagi anda untuk menyalurkan sumbangan dan minat anda berkenaan menerusi pertubuhan yang jelas objektif dan matlamatnya.

Hayatilah Firman Allah SWT daripada surah al-Mujadilah:

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٢٢)

22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Semoga kita menjadi Muslim yang tidak tersasar di dalam membuat kerja-kerja kebajikan.

Advertisement