Terguris hati saya,
Pabila mendengar al-Aqsa dicerobohi lagi.

Lebih terguris hati saya,
Apabila melihat umat Islam duduk berdiam diri.

Tergurisnya hati saya,
Pabila dalam satu majlis,
Ditanya kepada yang hadir,
Apa yang berlaku di al-Aqsa sekarang,
Semuanya kata tidak tahu.

Terguris kita melihat ini semua,
Seolah-olah umat Islam sudah hilang cakna,
Sibuk beraya dan berpilihanraya,
Hingga lupa atau tertangguh tanggungjawab utama.

Janganlah kau gurisi al-Aqsa lagi,
Ia merintih menjerit,
Memerlukan sumbangan untuk membebaskannya,
Kalaupun tidak mampu pergi ke sana,
Untuk mengangkat senjata,
Jangan lupa untuk berdoa,
Jangan kikir untuk menghulur sumbangan wang,
Jangan terlupa untuk memboikot produk yang membantu Zionisme.