ARAK DALAM IKLAN RAMADAN DAN RAYA

Saya teringat semasa awal Rajab 1437, sudah kedengaran di corong radio, iklan raya. Ini termasuklah beberapa filler ucapan aidul fitri selebriti di IKIM, yang saya yakin ia disiarkan kerana faktor human error.

Tetapi yang amat saya risaukan, ialah menjelang Ramadan dan Syawal ini, beberapa peniaga dan golongan pemodal kapitalis akan mencemari kemuliaan bulan-bulan tersebut dengan iklan arak dalam promosi edaran.

Apabila saya membaca berita bisnes BBC di laman ini [klik], saya amat mengharapkan ia tidak berlaku di negara kita. Dalam negara UK yang mempromosikan sekularisme sebagai teras pentadbiran, iklan yang mengaitkan arak dengan Good Friday (salah satu perayaan dalam Kristianiti) adalah amat tidak wajar sekali.

a

Berikut merupakan beberapa petikan dalam akhbar berkenaan:

Tesco has apologised for any offence from a beer advertisement that claimed “Good Friday just got better”.

The ad ran in some newspapers to promote “great offers on beer and cider” in the run-up to Easter.

The supermarket said it would not run the ad again after it attracted criticism from some religious figures.

Vicar and broadcaster, the Reverend Richard Coles, said the advert was “extraordinarily and unnecessarily ignorant”.

Good Friday is when Christians commemorate the crucifixion of Jesus Christ. Some choose to mark the day by fasting, which can include abstaining from eating meat or drinking alcohol.

There is some dispute about why it is called “good”, with some suggesting the day is “good” in that it is holy, and others that the phrase is a corruption of “God’s Friday”.

Tesco “got it badly wrong” with the “crass” advert, Michael Wakelin, from the faculty of divinity at Cambridge University, told BBC 5 live.

It was also a “decidedly poor way of treating such a holy day”, said Mr Wakelin, a former head of BBC religious programmes.

“I’m sure there was no attempt to offend, I’m sure that wasn’t in their mind.

“It is just religious illiteracy; ignorance if you like, around what religious people hold dear, and that is my main concern,” he added.

Rev Coles said on Twitter that the advert “causes unnecessary offence to many. It didn’t need to.”

b

Akan tetapi dalam dunia yang liberal, ada juga melihat ia sebagai satu perkara normal. Normalisasi terhadap perkara munkar inilah merupakan kekhuatiran kita dalam masyarakat beragama. Semasa Cadbury membuat keputusan untuk tidak menulis perkataan Easter dalam ‘coklat telur easter’ mereka, perbuatan itu dikritik ramai golongan sekular di UK.

Marilah menjadi mata-mata terhadap kesucian agama Islam di negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama bagi persekutuan ini. Dalam kita meraikan kebebasan non-Muslim untuk berniaga dan mengambil arak, tolong patuhi undang-undang, dan hormati agama Islam serta pengikutnya. Elakkan juga ia terjual kepada remaja dan kanak-kanak, walau pun yang bukan beragama Islam.

Doakan, agar negara ini tidak ditadbir oleh kumpulan yang memperjuangkan sekularisme sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Andai sekularisme diterima, maka proses normalisasi terhadap perbuatan yang bercanggah dengan fitrah seperti arak, lesbian, gay dan seumpamanya, akan berlaku dengan pantas.

Advertisements

PERLUKAH WAKTU IMSAK DI BULAN RAMADAN?

PERLUKAH WAKTU IMSAK?

Persoalan keperluan waktu imsak di dalam taqwim solat dan jadual sahur/iftar Ramadan sering dibincangkan khasnya pada bulan yang barakah ini. Umum mengetahui bahawa puasa itu bermaksud:

التعبد لله سبحانه وتعالى بالإمساك عن الأكل والشرب وسائر المفطرات من طلوع الفجر وإلى غروب الشمس

Penyembahan diri kepada Allah dengan menahan diri (imsak) daripada makan, minum, serta semua yang membatalkan puasa, daripada terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari. 

Berdasarkan takrif puasa di atas, sebahagian sarjana seperti Tuan Guru Abu Anas Al-Madani menyatakan tiada keperluan untuk meletakkan waktu imsak di dalam jadual solat, sahur dan iftar.

Dengan rendah diri, saya mempunyai pandangan berbeza. Saya berpegang kepada perlunya waktu imsak dipaparkan di dalam jadual solat. Pun demikian, waktu imsak tersebut bukanlah al-imsak al-shar’iy, akan tetapi lebih bersifat al-imsak al-ihtiyati, iaitu waktu imsak berhati-hati.

SEBAB PERTAMA – ZON WAKTU

Jadual waktu yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam setiap negeri adalah berdasarkan zon tertentu mengikut daerah. Ada sebahagian zon membabitkan kawasan yang luas, merentasi timur ke barat. Contohnya, Zon 2 di Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah), meliputi kawasan paling timur di Pekan, dan semakin ke tengah / ke barat di Rompin. Pada 23 Jun 2015, waktu Fajar Zon 2 ialah 5:38 pagi. Waktu 5:38 pagi itu adalah waktu sebenar Zon 2 yang paling barat, iaitu Felda Cempaka atau Rompin Barat. Sedangkan waktu Fajar sebenar di kawasan paling timur seperti di Pekan, telah masuk seawal jam 5:36 pagi lagi, kerana putaran bumi atas paksi barat ke timur yang menatijahkan pergerakan jasad samawi dari timur terlebih dahulu berbanding barat.

FullSizeRender 25
Zon Waktu Solat Negeri Pahang
Zon 2 Waktu Solat Pahang membabitkan daerah Pekan, Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Rompin. Waktu solat rasmi ialah merujuk kawasan paling barat di Rompin.
Zon 2 Waktu Solat Pahang membabitkan daerah Pekan, Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Rompin. Waktu solat rasmi ialah merujuk kawasan paling barat di Cempaka/Barat Rompin.

Mengapa zon waktu ini diamalkan? Kerana ia membabitkan pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Jadual waktu solat adalah satu perkara daruriy dalam kehidupan Muslim zaman sekarang. Adalah menyukarkan bagi pihak berkuasa agama untuk menyediakan waktu solat yang terlalu spesifik mengikut taman atau kampung. Justeru, ijtihad telah dikeluarkan supaya waktu solat itu mengikut zon, dengan memastikan waktu solat yang rasmi ialah merujuk kepada kawasan paling barat dalam zon berkenaan, supaya memastikan semua yang menunaikan solat pada waktu rasmi itu, solat pada waktu yang TELAH MASUK secara syara’.

Justeru, sekiranya anda duduk di kawasan paling timur dalam mana-mana zon solat, kemungkinan waktu solat, dan waktu bermulanya puasa anda, adalah lebih awal, seawal 3 minit berbanding waktu yang dipaparkan dalam jadual rasmi.

SEBAB KEDUA – BUNDAR

Apabila pihak berkuasa agama negeri membuat hitungan waktu solat, dengan kemajuan ilmu falak dan matematik zaman sekarang, waktu itu kebiasaannya adalah terlalu tepat, membabitkan jam:minit:saat. Justeru, sekiranya ketepatannya membabitkan saat, seperti masuk waktu Subuh pada Jam 5, Minit 35, Saat 01, pihak berkuasa akan membundarkan ia kepada jam 5:36 pagi, bukannya 5:35 pagi, bagi memastikan kita solat DI DALAM waktu syara’.

SEBAB KETIGA – WAKTU BERHATI-HATI

Selain itu, semasa membuat hitungan waktu solat, pihak berkuasa falak setiap negeri juga akan menambah waktu tersebut dengan waktu berhati-hati, kebiasannya seminit lebih. Ini bagi memastikan semua penduduk zon tersebut solat DI DALAM waktu syara’ tanpa keraguan dan kesilapan.

Berhati-hati (ihtiyati) juga adalah selari dengan laporan sahabat mengenai sunnah nabi berhenti makan sahur sebelum masuk waktu fajar, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

صحيح البخاري ٥٤١: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ حَدَّثَهُ
أَنَّهُمْ تَسَحَّرُوا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ أَوْ سِتِّينَ يَعْنِي آيَةً

Sahih Bukhari 541: Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin ‘Ashim berkata, telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Anas bin Malik bahwa Zaid bin Tsabit telah menceritakan kepadanya, bahawa mereka pernah sahur bersama Nabi SAW, kemudian mereka berdiri untuk melaksanakan solat.” Aku bertanya, “Berapa jarak antara sahur dengan solat subuh?” Dia menjawab, “Antara lima puluh hingga enam puluh ayat.

KESIMPULAN

Berdasarkan 3 sebab di atas, kita perlu memahami bahawa waktu mula berpuasa sebenar, iaitu waktu fajar/subuh, mungkin berlaku 5 minit lebih awal daripada waktu solat subuh rasmi, berdasarkan kepada lokasi kita.

Justeru, sebagai memenuhi tuntutan taqwa di dalam menunaikan ibadah siyam di dalam bulan Ramadan, saya berpandangan adalah perlu bagi umat Islam di Malaysia supaya mematuhi waktu imsak rasmi di dalam jadual yang dikeluarkan, sebagai tanda kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh di dalam mengejar kesempurnaan puasa. Mematuhinya tidak akan mengurangkan barakah dan pahala melewatkan sahur, kerana kebiasannya umat Islam yang bertaqwa selepas makan sahur, mereka akan bersiap sedia seperti bersiwak dan membersihkan diri untuk solat Subuh pada waktunya, dan itu sendiri memakan masa beberapa minit. Lihatlah waktu imsak rasmi itu sebagai waktu imsak ihtiyati (berhati-hati), kerana secara tepatnya kita tiada kemampuan untuk mengetahui waktu imsa’ shar’iy yang bermula pada waktu fajar sebenar. Secara peribadi, saya akan berhenti makan dan minum, 5 minit selepas waktu imsak atau 5 minit sebelum waktu fajar.

Moga bermanfaat, dan diberkati ibadah Ramadan kita semua.

Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham,
AJK Falak Negeri Pahang

Tazkirah di ambang Ramadhan #3

Hitung Undur: 8 hari lagi

Salam taqwa.

Semalam, kita telah menghayati yang Ramadhan adalah pusat latihan menggilap ketaqwaan seorang Muslim. Seseorang yang melepasi piawaian pusat latihan Ramadhan adalah individu yang mempunyai perisai diri yang ampuh menangkis serangan musuh dalaman dan luaran manusia. Sabda Nabi Muhammad SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

Ertinya:

“Daripada Abi Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah perisai. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ulamak menafsirkan perkataan junnah di dalam hadith di atas sebagai pelindung daripada api neraka. Ada juga yang menafsirkan junnah sebagai perisai diri. Di dalam Bahasa Arab, banyak perkataan yang huruf asasnya terdiri daripada jim dan nun, memberi maksud sesuatu yang kita tidak nampak. Sebagai contoh:

a. Jannah – syurga – destinasi yang kita tidak nampak lagi.
b. Jin – makhluk halus yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar.
c. Janin – bayi dalam kandungan, yang tidak tidak nampak lagi.
d. Majnun – gila. Tak nampak untuk membezakan yang baik dan jahat.
e. Junnah – perisai. Dengan ada perisai, musuh luar tidak nampak kita, dan sukar untuk menyerang kita.

Inilah dia junnah yang perlu kita cari sepanjang madrasah Ramadhan…. agar diri kita terlindung dan kuat menghadapi musuh dalaman dan luaran untuk 11 bulan selepasnya.

********************************************

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Ramadhan

Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, berijtihad mencadangkan tips untuk memaksimumkan kecemerlangan seseorang Muslim yang berpuasa, dengan membahagi puasa itu kepada tiga jenis tingkatan, iaitu:

1. Puasa umum, iaitu tingkatan yang paling rendah dengan menahan diri daripada makan, minum dan jima’. Ini ialah puasa majoriti manusia. Puasa begini memungkinkan mereka ini tidak mendapat apa-apa sepanjang Ramadhan, melainkan lapar dan dahaga sahaja.

2. Puasa khusus, iaitu menahan makan, minum dan jima’, serta memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ini ialah sasaran minimum yang perlu diletakkan oleh kita untuk mendapat puasa yang cemerlang.

3. Puasa khusus al- khusus, iaitu puasa hati dari segala kehendak hina dan segala tarikan duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah. Sebaiknya kita perlu berusaha menjadikan puasa pada tingkatan ini, sama seperti puasa para nabi dan juga orang-orang muqarrabin, yang amat hampir dengan Allah.

Dalam usaha mencapai sekurang-kurangnya puasa khusus, Imam Al Ghazali mencadangkan enam tips penting, iaitu:

1. Menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Telah bersabda Rasulullah, ” Barang siapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah akan menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya”.

2. Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, serta melazimi sikap berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Al-Quran.

3. Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik. Tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Ramai manusia boleh mengelakkan diri daripada mengata orang lain, tetapi agak sukar untuk mengelak daripada mendengar umpatan atau gosip jahat daripada pihak ketiga. Sama ada yang mengumpat atau yang mendengar, mereka berkongsi dosa.

4. Mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

5. Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia memanjakan nafsunya dengan makanan yang banyak.

6. Hatinya sentiasa ada perasaan cemas (khauf) dan harap (raja’), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme dan bersangka baik dengan rahmat Allah.

**************************************************|

FAQ Siyam

Q: Apakah ureterscopy yang digunakan untuk mendapat imej di dalam saluran kencing hingga ke buah pinggang membatalkan puasa?
A: Tidak

Q: Menerima suntikan atau injection sama ada di otot, sendi atau salur darah, adakah merosakkan puasa?
A: Tidak, kecuali sekiranya diberikan IV feeding atau menyuntik bahan yang menggantikan makanan ke saluran darah.

Allahua’lam