Melihat Anak Berjaya: Jangan Melampau dalam Memuji, Elakkan Penyakit ‘Ain.

Seminggu dua ini, merupakan musim hari anugerah kecemerlangan sekolah. Disusuli pula dengan penerimaan keputusan peperiksaan yang penting. Ada anak yang dapat ujian dengan mendapat anugerah dan hadiah, ada anak diuji juga dengan tidak dipilih ke atas pentas.

Ini hanyalah salah satu episod dalam kehidupan mereka. Ada dua aspek kecil yang ibu bapa tidak boleh terlepas pandang dalam hal ini.

1. Tiada hasad, melainkan dua perkara. ‘Jeles baik’ ini dikenali sebagai ghibtoh. Dibenarkan kita ghibtoh apabila melihat seorang yang Allah berikan kelebihan membaca al-Quran, lalu kita pun mengharapkan agar dapat jadi sepertinya, membaca siang dan malam. Dibenarkan juga ghibtoh apabila melihat orang yang Allah berikan kekayaan, lalu kita mengharapkan Allah pun memberikan harta kepada kita untuk dibelanjakan pada jalan kebenaran.

2. Apabila melihat kehebatan anak orang lain, walaupun ikhlas, janganlah dipuji secara berlebihan. Memuji anak itu boleh membawa kepada penyakit ain, seperti yang diceritakan oleh nabi dalam hadith sahih. Sebaliknya, doakan keberkatan kepada anak tersebut.

Bagi ibu bapa, bacalah doa ini untuk perlindungan diri sendiri:

أعوذُ بكلماتِ اللهِ التامَّةِ ، مِن كُلِّ شيطانٍ وهامَّةٍ ، ومِن كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada (kejahatan) syaitan, haiwan berbisa, dan penyakit ain yang jahat (dan menyakitkan).

Dan bacalah doa ini untuk anak-anak kita yang ada potensi dipuji, agar mereka terhindar daripada penyakit ‘ain.

أُعِيذُك بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Aku memohon perlindunganmu dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada (kejahatan) syaitan, haiwan berbisa, dan penyakit ain yang jahat (dan menyakitkan).

Elakkan terlalu memuji, tetapi doakan keberkatan anak-anak yang berjaya itu.

Allahu a’lam.

Advertisements

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s