Bagi orang awam, melihat ustaz-ustaz di luar sana akan merasakan mereka semua sama sahaja. Tetapi hakikatnya, kebanyakan ustaz-ustaz terutamanya yang pulang daripada universiti di Timur Tengah, UM dan UKM, mempunyai bidang pengkhususan yang tersendiri.

Saya berlatarbelakangkan Syariah Islamiyah. Dahulu, saya juga ada persepsi yang apa sahaja ‘budak-budak’ Usuluddin (Quran, Hadith dan Tayyarat) belajar, saya pun tahu juga.

Hakikatnya, tidak. Jauh sama sekali.

Saya bersyukur kerana diterima untuk membuat kajian mengenai hadith. Akhirnya, bermulalah pengembaraan saya mendalami ilmu mustolah hadith, dirayah dan riwayah.

Berbeza hadith dengan al-Quran, antaranya, ialah kerana al-Quran boleh terus ditafsir. Tetapi hadith, perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai takhrij terlebih dahulu. Selepas diketahui asalnya dan statusnya, barulah boleh ditafsir hadith berkenaan.

Sekiranya sarjana dahulu amat mahir dalam penguasaan takhrij hadith berdasarkan teknologi keilmuan zaman tersebut, maka ustaz-ustaz zaman sekarang perlu juga menguasai aplikasi moden takhrij hadith.

Berdasarkan beberapa kali mendengar kuliah dari Dr Faisal Ahmad Shah dan Ustaz Khairulnazrin bin Mohd Nasir, saya kongsikan sedikit sahaja, aplikasi dan website yang boleh digunakan sebagai asas dan batu loncatan untuk takhrij hadith. Semua ini hanyalah sesuai kepada mereka yang mendalami ilmu hadith sahaja, dan janganlah pula mendabik dada seperti seorang ‘al-muhaddithin’ selepas mengetahui aplikasi ini.

jadual kaedah takhrij hadith moden

Ini sebagai asas rujukan sahaja. Perlu berguru dan membaca dengan lebih mendalam.

Advertisement