5 Oktober – 14 Oktober 1582, merupakan tarikh yang tidak pernah wujud dalam sejarah manusia. Mengapakah?

Bukan dengan sebab salah aturan orbit. Bukan dengan sebab Tuhan yang mengatur alam cakerawala.

Akan tetapi, kerana kesilapan dalam hitungan kalendar, yang diakui dan diperbetulkan oleh sarjana.

aaaaaaaa

Julius Ceasar memperkenalkan kalendar solar yang digunakan meluas sekarang ini, pada 46 BCE. Pada pertengahan kurun ke-16, orang Barat di hemisfera utara berasa pelik, kerana Krismas yang biasanya disambut dengan latar belakang salji putih, kelihatan kelabu kelam sahaja.

Apabila dikaj, mereka mendapati bahawa berlaku kesilapan sebanyak 10 hari di dalam hitungan kalendar mereka. Ini kerana pusingan matahari mengelilingi bumi sebenarnya bukan tepat 365 hari, tetapi 365.2425 hari. Lalu mereka mengakui kesalahan secara positif, memperbetulkan keadaan (memperkenal tahun lompat), dan terus mengkaji.

Pada tahun 4 Oktober 1582, mereka mengurangkan 10 hari di dalam kalendar tahun berkenaan, lalu menganjak terus keesokan harinya kepada 15 Oktober 1582. Maka tiadalah hari yang bertarikh 5 Oktober – 14 Oktober 1582 di dalam sejarah manusia.

Benarlah kata-kata al-Biruni:

“… an observer should keep alert, constantly scrutinising his work, promoting his self criticism, moderating his self admiration and pursuing his researches without impatience or boredom…”

Advertisement