Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015; Jangan Lepaskan Peluang Ikut Sunnah Nabi Semasa Fenomena Gerhana

Malaysia akan dapat menyaksikan sebahagian besar fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April 2015. Paling menarik, kita (di semenanjung khasnya) akan dapat menyaksikan fenomena yang turut dikenali sebagai khusuf al-qamar (خسوف القمر) pada waktu yang selesa, iaitu selepas solat Maghrib pada peringkat gerhana penuh. Waktu yang lebih tepat, permulaan fasa penuh akan bermula pada jam 7:57 malam, fasa penuh pada jam 8:00 malam, dan berakhirnya fasa penuh pada jam 8:02 malam.

Fenomena gerhana bulan diperjelaskan seperti berikut: [sumber asal]

gerhana bulan 3

Fasa-fasa gerhana bulan pula boleh difahami seperti jadual di bawah: [sumber asal: falak online]

FASA GERHANA WAKTU KUALA LUMPUR KUCHING SANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra 5:01 pm TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 6:15 pm TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula 7:57 pm BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit) BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)  BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh 8:00 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat 8:02 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra 9:44 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra 10:58pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT

Sekiranya kita tidak melihat fenomena ini pada 4 April 2015, peluang seterusnya bagi penduduk di Malaysia menyaksikan fenomena, yang turut dikenali sebagai blood moon (kerana semasa fasa penuh, bulan akan berwarna gelap kemerahan) ialah pada tahun 31 Januari 2018, seperti di bawah: [sumber asal, klik untuk penjelasan lanjut]

gerhana bulan 2

Fenomena ini boleh disaksikan dengan mata kasar sahaja. Selepas Maghrib, pandang ke arah timur (membelakangi qiblat). Sekiranya langit tidak berawan, tiada bukit atau bangunan tinggi yang menghalang pandangan, insyaAllah akan mudah dilihat. Berdasarkan simulasi daripada software SkySafari, kedudukan bulan pada fasa penuh gerhana pada jam 8 adalah seperti berikut:

gerhana bulan

Antara perkara yang amat dituntut sebagai seorang Muslim apabila berlakunya fenomena gerhana bulan atau matahari, adalah seperti berikut:

1. Perlu memahami bahawa semua fenomena astronomi adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

2. Elakkan daripada membuat majlis dan program dengan tema ‘parti’ bulan atau bintang, kerana nabi sendiri amat bimbang akan turunnya azab Allah walaupun ketika turunnya hujan.

3. Pun demikian, tiada masalah untuk kita menganjurkan majlis mencerap gerhana bulan tersebut. Didik yang hadir ke majlis itu untuk ingat kekuasaan Allah.

4. Lebih indah lagi sekiranya kita menuruti sunnah nabi, dengan menganjurkan solat sunat gerhana dan khutbah, walaupun ringkas. Sekiranya ada kelapangan, saya akan menulis kaifiat solat tersebut. Ini berdasarkan kepada hadith nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari:

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّهُ قَالَ: ” لَمَّا كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ نُودِيَ إِنَّ الصَّلَاةَ جَامِعَةٌ فَرَكَعَ النَّبِيُّ رَكْعَتَيْنِ فِي سَجْدَةٍ، ثُمَّ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ فِي سَجْدَةٍ، ثُمَّ جَلَسَ، ثُمَّ جُلِّيَ عَنِ الشَّمْسِ “، قَالَ: وَقَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: مَا سَجَدْتُ سُجُودًا قَطُّ كَانَ أَطْوَلَ مِنْهَا

Daripada Abdullah bin Amru, katanya, apabila berlakunya gerhana matahari di zaman nabi Muhammad, diseru manusia dengan ‘al-solatu jamiah’, memanggil mereka untuk solat, kemudian nabi akan ruku’ sebanyak 2 kali dalam satu raka’at, kemudia ruku’ 2 kali dalam raka’at berikutnya, kemudian duduk, sehingga matahari kelihatan kembali. Aishah berkata, aku tidak pernah sujud paling lama melainkan semasa sujud di solat gerhana. 

Advertisements

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s