Taktala mual dengan berita bilas, basuh, mandi dan tebuk yang dipaparkan semula di dada akhbar sejak minggu ini, umat Islam di tanah air bahkan barangkali di beberapa tempat di seluruh dunia dikejutkan dengan kematian bekas pemimpin nombor satu Jemaah al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad.
Bagi sebahagian, berita ini agak mengejutkan dan menyedihkan. Beliau pergi meninggalkan satu legasi yang tidak boleh dinafikan di dalam mencorakkan syiar orang Melayu dengan agama yang mereka anuti. Ketika ramai, kalau tidak semua, pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 70-an masih memakai seluar pendek, skirt ketat dan tidak bertudung, anak-anak didik ‘Abuya’ sentiasa istiqamah dengan memakai serban, jubah dan purdah dalam melunaskan agenda dakwah mereka di tengah masyarakat. Ketika kurangnya produk Muslim di dalam masyarakat, di bawah pimpinan ‘Abuya’lah jemaah al-Arqam berjaya mengisi kekosongan tersebut. Pada ketika orang Melayu masih khayal dalam hiburan, ‘Abuya’ mendidik pengikutnya supaya hidup di dalam tarbiyah dan berjemaah, serta memperkenalkan hiburan alternatif Islam.
Rata-rata bekas pengikut al-Arqam akan mengenai ustaz Ashaari sebagai seorang guru dan murabbi yang baik dan berakhlak mulia. Pernah bergiat aktif di dalam ABIM dan PAS (ramai senior PAS Selangor yang rapat dengan beliau) di awal usia mudanya, dan walaupun lebih berimej seorang pemimpin tasauf, akan tetapi jasad dan fikiran beliau tidak pernah lari daripada harakah jihad dan dakwah untuk menggerakkan Islam dalam masyarakat. Kerana itulah sejurus selepas salam, ahli al-Arqam akan membaca alunan doa jihad untuk kemenangan Islam… Allahummansur juyusyal muslimin… Ya Allah bantulah tentera Muslimin. Selepas itu baru dituruti dengan wirid lazim ahlul Madinah dan aurad Muhammadiyyah. Seruan dakwahnya tidak terhad di dalam perkampungan atau madinah yang didirkan di seluruh negara, bahkan turut diterima di banyak tempat di seluruh dunia. Ramai yang memeluk Islam di tangan beliau. Madah beliau juga banyak dijadikan lirik nasyid yang tidak akan pupus daripada dendangan Muslim nusantara.
Beliau juga orang yang penuh dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Ustaz Ashaari amat kepingin untuk menjadi Pemuda Bani Tamim seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah berdasarkan sepotong hadith. Beliau berijtihad dan bermujahadah untuk menagih janji tersebut, sama seperti ramai para sahabat dan generasi terkemudian menagih janji Rasulullah menjadi pemimpin baik dan tentera baik yang membuka kota Constaninople. Ramai yang syahid mengejar janji tersebut, sehinggalah Sultan Muhammad al-Fateh dipilih Allah untuk menawan kota empayar Rom tersebut ke tangan Muslim.
Akan tetapi Allah mentaqdirkan bukan beliau pemuda Bani Tamim yang dijanjikan. Moga segala ijtihad dan mujahadah beliau dalam berjuang diterima Allah. Andai ada kesilapan di medan, sama seperti manusia biasa yang lain, sama-samalah kita doakan agar ianya diampunkan Allah. Pemergian beliau wajar disanjungi sebagai pemimpin yang berani menentang arus sekular. Selepas gerakannya menegur pemerintah, ketika itu barulah bermulanya kontroversi yang membawa kepada pengharaman beliau.
Sepanjang hidup saya, semasa era kegemilangan al-Arqam, saya hanya sempat dua kali bertemu dengan beliau. Saya mengikuti pergerakan beliau sepanjang saya bersekolah menengah, daripada di SMAKL sehinggalah ke tingkatan 5 KISAS. Walaupun ianya menatijahkan saya diboikot terutamanya di KISAS, dipulaukan, sehingga tahap kalau jadi imam solat ‘tepuk’ rakan-rakan saya tidak dibenarkan menjadi makmum saya dan seumpamanya, itu semua saya anggap sebagai salah satu daripada episod yang mematangkan hidup saya di dalam mengharungi bahtera perjuangan yang masih berbaki.
Beliau kini telah pergi, dan mustahil akan kembali. Moga pengikut-pengikut setianya menerima pemergian beliau dengan penuh redha dan berazam untuk meneruskan perjuangan beliau selagi mana berpaksikan kepada kebenaran, dan saya mendoakan dan yakin agar pemergian beliau tidak akan disusuli dengan kebatilan dan keraguan. Beliau saya yakini sebagai manusia yang soleh, sama seperti makhluk lain yang akan tiba ajal pada detik masanya. Hanya manusia biasa, yang tidak punya kuasa. Sesungguhnya pada Allah sahajalah kuasa yang sebenarnya.
Moga roh ‘Abuya’ ditempatkan bersama para solehin. Dan moga Allah mencucuri maghfirah atas segala kesilapan yang dilakukan beliau, dan juga yang dilakukan oleh orang Islam yang lain. Amin.
Alfatihah
insya ALLAH
sy jge sgt myakini..abuya seorg yg ulama’ di zaman ini…insya ALLAhh..mge abuya tselamat dr azab seksaanNya.
amiin.
AL FATIHAH
Alfatihah…
Saya membesar dengan belajar memahami Al-Arqam kerana abang kandung saya tika itu salah pengikut abuya..
Walaupun hanya mendengar cerita tentang sifat2 mulia abuya..madahnya..sungguh menyayat hati..
menyedarkan saya bahwa TUHAN CINTA AGUNG…RASUL KITA SANJUNG….
Alfatihah…
Saya membesar dengan belajar memahami Al-Arqam kerana abang kandung saya tika itu salah seorang pengikut abuya..
Walaupun hanya mendengar cerita tentang sifat2 mulia abuya..madahnya..sungguh menyayat hati..
menyedarkan saya bahwa TUHAN CINTA AGUNG…RASUL KITA SANJUNG….
salam perjuangan…maseh ramai yang terkejut kerana pemergian nya..jasanya pada agama islam begitu besar..
semalam sata berkesmpatan mengunjungi pusara beliau..ternyata amat ahrum sekali ..berlainan dengan bau wangian yang lain,..
semoga roh almarhum sekarang bersama para aulia terdahulu yang pergi…
takbir……..allahhuakbar….
allahuakbar…
Salam syeikh, enta membuka cerita lama… Allah, masih teringat kenangan masa di Maahad Mahmud tingkatan 3 dulu… masa pi kisas pun sempat jugak la dgn enta sekejap, macam paham aja ni satu geng, hehe…
renungan untuk mengubah sikap, mengenal diri melalui rasa hati; ini dua buku yg akan tetap ana ingat menyingkap bermacam2 makna dan rasa dalam diri, sungguh manis kenangan itu.
Bila ana balik kisas, 1994, dan tahun tu juga melihat abuya dan rakan2 dibariskan dalam tv utk dipulihkan akidah, mengakui membaca ajaran sesat, ana tak ikut sangat dah. tp ana akui arqam sedikit sebanyak mendidik ana lebih mengenal diri.
p/s: esok kami akan ke glasgow (ziarah ust abduh) dan edinburgh, cuma rasanya tak sempat naik ke aberdeen kut. maaf sangattt! Nanti lain kali kami plan terus ke aberdeen, insyaAllah.
salam. semua tu pengalaman yang mengajar erti kehidupan.
lain kali datang scotland, jalan le pulak ke aberdeen. tapi tak tau le time tu ana ada lagi atau idak.
Sy bkn seorg pengikut Utz Ashari ( UA ) tp sy ada beberapa buku2 karangan dan minda beliau. Beliau mempunyai koleksi pemikiran islam utk ummah zaman skrang. Klu PAS memperjuangkan negara islam dan hududnya, ada baiknya PAS baca buku beliau HUDUD MENURUT PANDANGAN ISLAM. Kupasan demi kupasan dlm buku tersebut boleh dijadikan landasan utk mencapai negara islam. Tak mgkn pakai kot dan tai nak laungkan slogan islam. Ajaran islam ada perjalanan nya sendiri. Dgn politik islam tak kan dapat dibangunkan. Klu saudara dan saudari ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana para ulama/solehfussoleh/pemimpin islam/pahlawan islam/sahabat nabi terdahulu mencipta kegemilangan utk islam,anda boleh membaca buku karangan Latip bin Talib. Beliau terjemahkan byk buku mengenai Saidina Abubakar, Umar, Uthman, Ali, Salahuddin Al Ayubi, Bilal bin Rabah dan byk lagi buku, mengenai bagaimana mrk ini semua mentadbir masyarakat, negara,org kristian, org yahudi dgn sistem dan peraturan serta undang-undang pada masa itu. Sistem yg diterjemahkan sgt mulus, adil dan saksama.Cara mrk melandaskan Al Quran & Hadis yg sebenarnya yg mana, ianya menongkah arus dgn cara dan sistem islam kt skrang.Tp jika dibandingkan dgn islam di Msia ari ni tidak 1% pun yg kita amalkan. Contah paling mudah, kerajaan mendapat cukai dari hasil judi, arak atau dari pelbagai sumber yg haram dan kakitgn kerajaan mendapat byran gaji dari hasil kerajaan. Mgkn ilmu sy tak tinggi utk tentukan samaada boleh atau tidak,pembaca boleh tafsirkan sendiri.Ustz Ashari cube bawa satu orde baru dlm kehidupan islam dan masyarakat. Beliau telah berusaha seumur hidup beliau dan byk telah berjaya dan kita yg hidup wajib membangunkan islam selagi boleh agar tidak dituntut di akhirat kelak.Terima kasih.
salam ustaz, macam mana dengan interview “live” beliau dengan Rasulullah…?
salam. imho, itu ialah antara kesilapan beliau semasa kehidupannya. sama seperti manusia lain yang tidak lepas membuat kesilapan. beliau hanyalah manusia biasa, hamba Allah. moga Allah ampuni kesilapannya.
kesungguhan beliau memperjuangkan Islam amat terselah dalam semua aspek kehidupan….ekonomi islam terjana.
kesungguhan dan kehebatan beliau dalam mempejuang islam amat terserlah…
salam ziarah
asalamualaikum, hai ada lagi ke yang dok puja abuya ni..
nanti boleh bagiatu jais ttg blog ni..
w’salam.
kalau ada unsur pujaan, silakan 😉
Assalamualaikum, pd sy..apa yg baik dan berguna boleh diambil dan dicontohi…yg tak baik pd pandangan masing2 boleh ketepikan…:)
Saya tidak mengenali Ustaz Ashari secara dekat, tetapi pernah rapat dengan anakandanya ustaz fakhrul razi.
Jasa alarqam begitu banyak dalam mendidik masyarakat. Semuanya bermula dari rumah (keluarga), ibubapa dan anak2 mestilah dididik dengan amalan Islam.
Terasa sayu dan pilu bila teringat alunan asmaulhusna yang pertama (boleh saya katakan), memecah tradisi masyarakat melayu pada awal 80an.
Kawan-kawan sekalian, baliklah ke pangkal jalan . kepada pengikut arqam/isteri ke dua abuya dan kesemuanya bertaubatlah. allah melihat apa yang anda semua kerjakan. allah menerima taubat kita. percayalah allah itu satu dan nabi muhammad saw nabi akhir zaman. nabi telah meninggal bertahun lamanya. mana ada manusia boleh berbual dengan nabi muhammad.