Dapatkah non-Muslim di negara Muslim menikmati apa yang dinikmati Muslim di negara non-Muslim?

Minggu lepas, semasa bekerja di Queen Mother Library, satu insiden telah berlaku, di mana seorang Muslim dari Asia Selatan (sama ada India, Pakistan atau Bangladesh) mengamuk di kaunter perpustakaan. Nama beliau ialah Mr. Islam (ini bukan rekaan atau imaginasi). Agak malang, saya tidak dapat melihat kejadian itu kerana kerana sedang berada di dalam bilik rehat staf.

Kejadian berlaku apabila rakan setugas saya menerima aduan daripada pengunjung perpustakaan mengenai tindakan Mr Islam yang memasang speaker kuat ketika menonton siaran langsung bolasepak Champions League. Supervisor saya menegur beliau supaya menggunakan earphone, akan tetapi dibalas dengan jeritan dan tuduhan kononnya supervisor saya itu seorang racist. Dalam keadaan yang marah, beliau menutup laptopnya, dan terus ke kaunter utama perpustakaan. Di situ, beliau sekali lagi menjerit sehingga boleh didengari oleh ramai orang.  Dengan sewenang-wenangnya beliau mengatakan yang universiti mengamalkan racism, kerana kononnya staf hanya menegur pelajar berketerunan Asia sahaja, sebaliknya tidak akan berani menegur pelajar berkulit putih. Continue reading “Dapatkah non-Muslim di negara Muslim menikmati apa yang dinikmati Muslim di negara non-Muslim?”

Racism/Kebencian Atas Dasar Perkauman: Amalan Jahiliyyah Silam dan Moden

racism1Bagi sebahagian perantau ke UK, dokumentari Panorama: Hate on the Doorstep yang disiarkan di BBC malam semalam mungkin merupakan pembuka mata terhadap realiti kebencian atas dasar perkauman (racism) di negara ini. Bagi sebahagian pula, dokumentari tersebut mungkin akan menyebabkan mereka fobia ketika bertemu dengan kanak-kanak dan orang muda berkulit putih. Tidak kurang juga bagi sebahagian rakyat Malaysia di sini, mereka sudah biasa menjadi mangsa racism. Ada kawan saya pernah dibaling telur, sampah dan botol arak di beberapa ‘kawasan gelap’ di UK ini.

Dokumentari Hate on the Doorstep memaparkan dua orang wartawan BBC, Tamanna Rahman (berketurunan Bangladesh) dan dan Amil Khan (berketurunan Pakistan) menyamar untuk menyiasat sejauh manakah kebenaran dakwaan kebanyakan media bahawa rasicm was a thing of a past. Mereka tinggal selama enam minggu di sebuah kejiranan majoriti orang berkulit putih di Bristol. Agak mengejutkan, apabila sejak hari pertama mereka tinggal di situ lagi mereka telah menjadi mangsa racism. Diejek PAKI dan pelbagai kata nesta, dihalau pulang ke negara asal, dibaling dengan botol, ditumbuk di muka tanpa sebab dan yang paling mengejutkan, diserang oleh kanak-kanak berumur 11 tahun. Bagi yang berada di UK, anda boleh melihat dan memuat turun dokumentari menarik ini di capaian ini. Saya yakin dalam masa beberapa hari lagi, dokumentari ini akan boleh ditonton di Youtube.

Continue reading “Racism/Kebencian Atas Dasar Perkauman: Amalan Jahiliyyah Silam dan Moden”