Qurban Sebahagian Petunjuk Keislaman & Tawaran Qurban di Palestin.

korban1Beberapa hari lagi, umat Islam akan meraikan Aidul Adha. Terdapat beberapa perkara yang sinonim dengan sambutan ini. Antaranya ialah musim haji bagi umat Islam, selain ianya juga merupakan masa yang dituntut untuk menunaikan ibadah qurban.

Galakan berkorban disebut di dalam surah al-Kauthar ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka tunaikan solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban.

Imam Abu Hanifah berpandangan yang ibadah qurban  adalah wajib bagi sesiapa yang mampu. Kewajiban berkorban menurut mazhab Hanafi adalah berlandaskan kepada sepotong hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah:

من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا

Barangsiapa yang mempunyai kesenangan/kemampuan tetapi tidak menunaikan ibadah qurban, maka janganlah hampiri tempat solat kami. Continue reading “Qurban Sebahagian Petunjuk Keislaman & Tawaran Qurban di Palestin.”