DOA MA’THUR TAKTALA HATI MASIH TIDAK KHUSYU’, NAFSU MASIH TIDAK TUNDUK, ILMU TIADA MANFAAT, DOA TIDAK MUSTAJAB.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Daripada hati yang tidak khusyu’. Daripada nafsu yang tidak pernah rasa cukup/kenyang. Daripada doa yang tidak mustajab.

Doa ini dikongsi oleh Zaid bin Arqam, berdasarkan apa yang beliau belajar daripada Nabi Muhammad SAW. Lafaz doa ini ialah seperti yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya. Jilid 4, ms 2088, hadith nombor 2722.

Dalam bulan Ramadan ini, mungkin ramai yang mengadu:

# jiwanya masih tidak tenang

# belum hadir rasa khusyu’ dan lazat semasa solat

# nafsu masih belum ditundukkan

# mata masih meliar melihat perempuan, makanan, dan perhiasan dunia yang lain

# suka membaca maklumat yang tidak bermanfaat

# suka berdebat perkara yang tiada manfaat

# doa tidak mustajab

… maka bacalah doa yang diajar sendiri oleh nabi Muhammad.

Tidak adalah doa yang terbaik berbanding doa ma’thur yang difahami akan maknanya, menyebabkan kita minta sungguh-sungguh daripada Allah.

Lafaz penuh doa adalah seperti berikut:

صحيح مسلم (4/ 2088)

73 – (2722) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ – وَاللَّفْظُ لِابْنِ نُمَيْرٍ، قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا وَقَالَ الْآخَرَانِ: حَدَّثَنَا – أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْحَارِثِ، وَعَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، قَالَ: لَا أَقُولُ لَكُمْ إِلَّا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كَانَ يَقُولُ: «اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ، وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ، وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ، وَعَذَابِ، الْقَبْرِ اللهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا»

 

Advertisements