Anjing Dan Permasalahan Fiqh Sekitarnya

dogAntara fenomena yang ketara bagi Muslim yang tinggal di negara barat ialah ramai penduduk tempatan memelihara anjing. Anjing-anjing di kebanyakan negara barat biasanya terlatih dan amat jinak. Ada undang-undang yang memberikan perlindungan kepada anjing, pembela anjing dan juga orang awam. Dengan sebab itulah ramai yang memelihara anjing, terutamanya bagi yang hidup kesunyian tanpa teman. Apatah lagi budaya orang barat ialah anak-anak jarang tinggal dengan ibu bapa yang telah tua, lalu dipeliharalah anjing sebagai teman hidup. Bahkan ada yang telah mati beberapa hari bersama anjing yang setia dengan tuannya, kemudian baru ditemui oleh orang lain. Ada juga yang mewasiatkan hartanya kepada anjing. Pertubuhan menjaga kebajikan anjing juga tidak kurang banyaknya.

Bagi Muslim yang berasal dari Malaysia, kebanyakan kita agak fobia apabila melihat anjing ini. Ini kerana jarang kita berjumpa dengan anjing yang jinak di tanah air. Kebanyakannya adalah anjing liar. Saya pernah hidup berjiran dengan rakan berbangsa India yang membela anjing. Di depan rumahnya, ditampal papan tanda besar “Awas Anjing” dengan imej anjing yang ganas. Natijahnya, saya jadi takut dengan anjing.

Takut dengan anjing itu terbawa-bawa sampailah ke UK. Semasa awal permukiman saya di sini, punyalah seksa kalau berjumpa dengan anjing. Terutamanya di taman, atau di kaki lima di bandar, atau di car boot sale, asal jumpa anjing mesti ada antara orang Melayu yang lari ketakutan. Padahal anjing di sini semuanya jinak-jinak belaka. Kalau ada yang menerkam, itu tandanya anjing itu sedang teruja atau amat excited dengan kita. Anjing di sini suka mengenali kawan tuannya, dan cara anjing mengenali kita ialah dengan menghidu tangan kita.

Oleh kerana anjing di sini terlatih, jarang kita dengar kes serangan anjing. Kalau ada pun, ianya membabitkan spesis yang bahaya, terlarang, dan dipelihara tanpa kebenaran. Anjing yang menyerang manusia biasakan akan terus dihukum ‘tidur’.

Akan tetapi, tahukah anda yang sebenarnya ada juga orang Islam yang memelihara anjing, termasuklah golongan ulamak. Kawan saya yang mengaji pondok di Pattani menyatakan yang tok guru pondoknya memelihara anjing untuk tujuan keselamatan. Saya juga pernah menziarahi rumah rakan karib saya di sebuah kampung tradisional Melayu di Tumpat, Kelantan. Rumah di situ dibina tinggi, kerana lokasinya di tebing sungai. Kawan saya memaklumkan yang zaman dahulu, ramai yang memelihara anjing di bawah rumah masing-masing untuk tujuan keselamatan. Kebetulan rakan saya ini adalah berketurunan tok guru dan mufti diraja Kelantan, maka beliau menunjukkan beberapa keping gambar lama pegawai istana termasuklah Mufti dan Sultan. Ada antara gambar tersebut menunjukkan seorang berimej tok guru sedang memegang anjing (dengan tali) bergambar bersama kerabat diraja. Dan jangan terkejut, ada juga orang Melayu yang bersungguh-sungguh membela anjing, khususnya anjing yang terbiar atau dizalimi manusia di Malaysia, seperti di capaian ini dan juga ini. Saya harap anda tidak bersangka jahat dengan pemilik website tersebut.

Saya cuba untuk meringkaskan beberapa persoalan fiqh mengenai anjing seperti berikut: Continue reading “Anjing Dan Permasalahan Fiqh Sekitarnya”