Author Archives

Beliau ialah Dr Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham. Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam al-Hadith daripada Universiti Malaya, M.Litt Islamicjerusalem Studies daripada University of Aberdeen, dan BA (Hons) Syariah daripada Universiti al-Azhar.

  • Aidul Fitri: tetamu datang dengan doa

    Pada 7 Syawwal 1430H, kami telah mengadakan rumah terbuka sempena Aidul Fitri. Alhamdulillah ramai yang hadir. Inilah nikmat Allah kepada kita, walaupun jauh dari tanah air, tetapi masih dikurniakan keluarga besar di Aberdeen. Walaupun pada awalnya ramai rakan-rakan di sini… Read More ›

  • Perutusan Aidul Fitri 1430 H

    Assalamualaikum wbt Ramadhan meninggalkan kita. Syawal kian menjelma. Di saat kita bergembira menyambut kedatangan Eidul Fitri, ada di sana insan-insan yang masih menanti bila ceria muncul tiba. Muslim Uyghur lama sudah ditekan, menunaikan ibadah puasa pun hak dinafikan. Muslim di… Read More ›

  • Pantun Aidul Fitri

    Merantau merpati dari pengkalan, Menjelang senja singgah ke pekan, Dua kosong kosong sembilan dua ribu sembilan, Telah tibanya hari lebaran. Gemersik bayu di lautan, Indah menawan ciptaan Tuhan, Selisih khilaf segera dimaafkan, Dendam kesumat sama dilupakan. Setia tekukur menanti tuan,… Read More ›

  • Moga tahun hadapan kita beraya di al-Quds

    Assalamualaikum wbt. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di kalangan rakan-rakan Syi’ah, mereka menjadikan Jumaat terakhir di dalam bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds Sedunia. Ianya mula diraikan setiap tahun selepas diumumkan oleh Imam Khomeini setelah Revolusi Shi’ah Iran pada tahun… Read More ›

  • Apa bestnya raya?

    Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah raya tahun ini merupakan raya tahun kesembilan saya di perantauan; sepertiga usia saya. Selama sembilan tahun di perantauan inilah saya menimba ilmu dan pengalaman, berkongsi dan melihat bagaimana suasana beraya di tempat orang, baik di negara majoriti… Read More ›

  • Penjajah pun terkejut tulisan Jawi sudah dikuburkan.

    Assalamualaikum wbt. Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal. Semasa… Read More ›

  • Tazkirah di ambang Ramadhan #10

    Hitung undur: 1 hari lagi (sebahagian sudah berpuasa) Salam taqwa. RAMADHAN KARIM: PESTA IBADAH TELAH BERMULA Semasa menuntut di Mesir, ketika ketibaan Ramadhan, orang tempatan akan saling memberikan ucapan tahniah antara satu sama lain dengan ucapan Ramadhan Karim (lebih kurang… Read More ›