Bahaya “Confession” ; Barah Yang Parah

Antara amalan trending dalam anak muda beragama Islam sejak kebelakangan ini ialah ‘CONFESSION’. Saya mungkin salah, tetapi antara universiti atau alumni yang awal dikaitkan dengan amalan confession ini, ialah UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA. Ya, universiti Islam! Dan ya, saya yakin pihak pengurusan, pentadbiran dan ahli akademik langsung tidak terlibat dalam ‘IIUM CONFESSION’ ini. Pakej mereka lengkap, admin seolah-olah bekerja hampir sepenuh masa, baik di website, mahu pun di sosial media. Persoalannya, adakah CONFESSION ini islamik, seperti islamiknya nama universiti yang dikaitkan, sehingga menjadi ikutan pula kepada universiti lain. 

Dalam Islam, seseorang yang melakukan kesilapan diminta untuk beristighfar dan bertaubat. Syarat taubat sekurang-kurangnya 3, iaitu mengaku dan menyesal, meninggalkan perbuatan yang salah berkenaan, serta berazam untuk tidak mengulanginya. Sekiranya membabitkan hak manusia lain, perlu ditambah syarat keempat iaitu memulangkan haknya. Ibn ‘Abbas berkata:

التَوْبَةُ النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ، والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ

Yang bermaksud: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”

Seorang pendosa hanya perlu membuat pengakuan dan penyesalan kepada Allah tanpa perantaraan manusia. Menghebahkan kesilapan, baik tanpa mendedahkan identiti diri atau sebaliknya, adalah perbuatan yang dilarang dalam agama. Sabda nabi:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Yang bermaksud: “Setiap umatku akan mendapat pengampunan kecuali mujahirin (orang yang menzahirkan kesalahan mereka). Dan termasuklah mereka yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang melakukannya (dosa) pada malam, kemudian pada pagi dia menceritakannya, padahal Allah SWT menutupi perbuatan itu. Dia berkata: “Hai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya melindungi (aib) perbuatannya itu tetapi pada paginya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang ditutupi oleh Allah SWT (HR Bukhari).

‏ يَكُونُ فِي آخِرِ هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ ‏”‏ ‏.‏ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ ‏”‏ نَعَمْ إِذَا ظَهَرَ الْخَبَثُ

Yang bermaksud: Akan terjadi pada umat akhir zaman ini [1] ‘khasf’ (gunung (berapi) meletus dan bumi merekah); ‘maskh’ (kutukan dan berubahnya wajah insan) dan ‘qazf’ (berlemparan batu). Saidatina Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami semua akan hancur terkena bala bencana tersebut sedang dalam kalangan kami terdapat orang soleh? Baginda menjawab: Ya, apabila perbuatan keji, dizahirkan secara terang-terangan/berleluasa (HR Tirmidhi). 

Allah berfirman seperti dalam sepotong hadith Qudsi:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِى الْمُؤْمِنَ فَلَمْ يَشْكُنِى إِلَى عُوَّادِهِ أَطْلَقْتُهُ مِنْ إِسَارِى ثُمَّ أَبْدَلْتُهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ ، ثُمَّ يَسْتَأْنِفُ الْعَمَلَ

Yang bermaksud: “Allah SWT berfirman, “Jika Aku (Allah) memberikan ujian (musibah) kepada hambaKu yang beriman sedang ia tidak mengeluh kepada orang yang mengunjunginya maka Aku akan melepaskannya dari tahananKu (penyakit) kemudian Aku gantikan dengan daging yang lebih baik dari dagingnya juga dengan darah yang lebih baik dari darahnya. Kemudian dia (seolah-olah) baru mula amalnya (bagaikan bayi yang baru lahir).” [HR Al-Hakim]

Membuat pengakuan kepada manusia atau pun secara terbuka, mengundang kepada beberapa kejahatan yang lain, seperti:

  1. Fitnah akan beranak-pinak.
  2. Manusia akan membuat andaian siapakah yang terlibat.
  3. Penyakit mental di kemudian hari. Sekarang mungkin anda berbangga membuat pendedahan, tetapi kemudian hari apabila sudah berkeluarga, anda akan menyesal. 
  4. Orang yang baik pun akan percaya dengan tipu daya fitnah berkenaan. 
  5. Mendatangkan simpati, geram, marah yang tidak berasas.
  6. Pengabaian kepada hukum jinayah dalam Islam, seperti pendakwaan berasaskan bukti, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, dan seumpamanya.
  7. Menimbulkan krisis kepercayaan kepada ulim amri.
  8. Dan yang paling bahaya, perbuatan ini MENYERUPAI AGAMA KRISTIAN DAN AGAMA LAIN. 

Sebagai perbandingan sahaja, amalan confession ini adalah amalan yang sinonim dalam agama Kristian dan sebahagian amalan Buddhism. Dalam Kristian mazhab Roman Katolik, seorang pendosa perlu melakukan penyesalan dan pengakuan kepada Tuhan dengan perantaraan Priest. Urusan confession ditadbir oleh gereja. Amalan ini turut dikenali dengan sebagai penance, reconciliation atau confession (Catechism of the Catholic Church, Sections 1423-1442). 

Dalam Islam, yang Maha Pendengar, dan yang Maha Penerima Taubat, adalah Allah SWT. Jadilah seperti nabi Ya’qub, apabila sedih dengan ujian, hanya mengadu kepada Allah, seperti dalam FirmanNya:

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Yusuf : 86)

Sekiranya anda selesai membaca artikel ini, dan sekiranya ada adalah Muslim yang menjadi admin kepada web dan media sosial berkaitan “CONFESSION”, apa perasaan anda sekarang? Adakah kerana semata-mata ingin menjana income sampingan, anda sanggup meniru agama lain, dan menyebar fitnah? Bertaubatlah… 

Buat mereka yang sedang berduka, sekiranya perlukan seseorang untuk meluahkan masalah anda, carilah orang yang soleh dan berkelayakan, seperti kaunselor bertauliah. Mengadulah kepada Allah. Allah sayang kamu. Allah sayang kamu. Allah sayang kamu. 

Ikhlas dari saya,

Irfan bukan Zirfan. 



Categories: Lembaran diri

Tags: , , , , ,

1 reply

  1. Tidaklah seluruh Kristiani yg demikian, hanya yg dalam Roma Katolik. Kristiani bahkan tidak diperkenankan “memuliakan” orang2 kudus, nabi2 atau rasul2 yg telah wafat. Cukup menerapkan ajaran2 yg sesuai Firman Allah.

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: