Adab Muslim Menjelang Maghrib

Waktu Maghrib adalah waktu yang kritikal. Selain faktor masanya yang terlalu ringkas sebelum masuk malam yang gelap (Isha’), waktu maghrib juga merupakan waktu aktif bagi syaitan. Sabda nabi Muhammad SAW:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ – أَوْ أَمْسَيْتُمْ – فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ

Apabila sayap malam datang / atau menjelang malam, maka tahanlah anak-anak kamu daripada keluar, kerana syaitan sedang berkeliaran. Dan apabila sebahagian malam telah berlalu, bolehlah lepaskan merekak tutuplah pintu, sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. Tutuplah semua bekas air, tutup semua bekas makanan dan sebutlah nama Allah, (tutuplah) walaupun sekadar meletak sesuatu atasnya. Padamkan pelita (lampu) kamu. (Bukhari dan Muslim). 

Menjelang Maghrib di Tioman, ketika cerapan hilal. Kecuali anda mempunyai sebab untuk berada di luar rumah menjelang Maghrib, berlindunglah dalam rumah demi keselamatan diri dan anak-anak.

Selain itu, baginda juga bersabda: 

لاَ تُرْسِلُوا فَوَاشِيَكُمْ وَصِبْيَانَكُمْ إِذَا غَابَتِ الشَّمْسُ حَتَّى تَذْهَبَ فَحْمَةُ الْعِشَاءِ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْبَعِثُ إِذَا غَابَتِ الشَّمْسُ حَتَّى تَذْهَبَ فَحْمَةُ الْعِشَاءِ

Jangan biarkan haiwan dan anak-anak kamu berkeliaran apabila matahari sedang terbenam, sehinggalah tamatnya kegelapan malam. Sesungguhnya syaitan itu berkeliaran bermula daripada terbenam matahari hingga gelapnya malam.

Dalam menjelaskan hikmah mengapa syaitan aktif berkeliaran pada waktu ini, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata:

والحكمة من انتشار الشياطين في هذا الوقت دون النهار، كما ذكر ابن حجر رحمه الله: «لأنَّ حركتهم في الليل أمكن منها لهم في النهار؛ لأن الظلام أجمع للقوى الشيطانية من غيره، وكذلك كل سواد

“Kerana pergerakan mereka pada waktu malam lebih mantap/berkuasa berbanding waktu siang, kerana kegelapan mengumpulkan kekuatan syaitaniyah berbanding waktu lain, begitu juga semua yang hitam,” (Ibn Hajar, Fathul Bari)

Sebagai pengajaran, umat Islam perlulah menamatkan aktiviti menjelang Maghrib. Mereka juga digalakkan untuk bersiap sedia bagi beribadah menunaikan ibadah Maghrib. Dalam konteks negara Malaysia, bersiap sedia itu bermaksud membersihkan diri dan menunggu masuknya waktu, kerana waktu Maghrib itu amat singkat. 

Selain itu, antara ibadah khusus pada waktu ini ialah:

  1. Solat qabliah Maghrib. Ini berdasarkan kepada banyak hadith galakan mengenainya, walaupun tidak mendatangkan hukum muakkad. 
  2. Antara Asar dan Maghrib pada waktu Jumaat, ialah waktu dimaqbulkan doa, berdasarkan kepada hadith Nabi SAW:

اِلتَمِسُوا السَّاعَةَ الَّتِي تُرجَى في يومِ الجمعةِ بعدَ العصرِ إلى غَيبُوبَةِ الشَّمسِ

Berusahalah (mencari) masa yang diharapkan (doa makbul) pada hari Jumaat, selepas Asar hingga menjelang terbenam matahari (Tirmidhi)

Antara amalan lain yang perlu dipegang pada waktu Maghrib ialah mengelakkan diri daripada tidur antara Maghrib dan Isha’. Sabda nabi Muhammad)

أبي بَرْزَة الأسْلَميِّ رضي الله عنه: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ الْعِشَاءَ، قَالَ: وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا، وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا

Daripada Abu Barzah al-Aslami katanya, “Rasulullah SAW amat suka melewatkan (sedikit) Solat Isha’.” Dan katanya lagi, “Baginda amat benci tidur sebelumnya (antara Maghrib dan Isha’) serta berbual kosong selepasnya.” (Bukhari dan Muslim)



Categories: Falak & Astronomi, Tazkirah

Tags: , , ,

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: