Tempikan (Al-Saihah) Pada 15 Ramadan 1441H; Ulasan Daripada Sudut Hadith

Baru-baru ini telah disebarkan secara meluas petikan ceramah seorang pengkuliah yang mendakwa al-Saihah/al-Nafkhah/al-Faz’ah akan berlaku pada pertengahan Ramadan 1441H. Penceramah itu bersandarkan sepotong “hadith”:

في الخامس عشر من شهر رمضان ليلة الجمعة ستكون فزعة ( نفخة ) ، توقظ النائم ، وتفزع اليقظان ، وتخرج النساء من مخدعهن ، وفى هذا اليوم سيكون هناك الكثير من الزلازل

Yang bermaksud: Pada 15 Ramadan pada malam Jumaat, akan berlaku gegaran/suara yang keras/angin kencang, ia mengejutkan orang yang tidur, menjatuhkan orang yang sedang berjaga, keluarlah wanita daripada bilik tidur mereka. Pada hari itu, akan berlaku banyak gempa. 

Hadith ini adalah munkar, maudu’, tidak datang daripada sanad yang diterima. Ia adalah satu pendustaan besar atas nama Nabi Muhammad SAW. Berikut merupakan sebahagian pandangan ulama’ hadith mengenai hadith ini:

  1. Hadith ini tiada asal daripada hadith yang boleh dipercayai, dan bukan daripada jalan yang boleh diithbatkan (Al-‘Uqaili, al-Du’afa’ al-Kabir, 3:52) 
  2. Hadith ini adalah palsu atas nama Nabi (Ibn al-Jauzi, al-Maudu’at, 3:191)
  3. Matannya gharib, perawi bernama Musallamah adalah zon, tidak boleh diambil berhujjah (al-Hakim)
  4. Hadith ini palsu, perawinya Musallamah adalah Saqit Matruk (Al-Dhahabi)

Hadith maudu’ yang sama turut diriwayatkan dalam versi yang berbeza, ada yang pendek, ada yang panjang, antaranya seperti yang dinisbahkan kepada Ibn Mas’ud kononnya nabi bersabda:

إذا كان صيحة في رمضان ، فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم ، وما المحرم ؟ يقولها ثلاث مرات ، هيهات هيهات ، يقتل الناس فيه هرجا هرجا ، قلنا : وما الصيحة يا رسول الله ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة الجمعة ، فتكون هدَّة توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل والبرد ، فإذا وافق شهر رمضان في تلك السنة ليلة الجمعة ، فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، سدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصحيحة فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ، فإنه من فعل ذلك نجا ومن لم يفعل هلك .

Yang bermaksud: Sekiranya berlaku al-Saihah (tempikan) pada bulan Ramadan, akan berlaku gegaran di bulan Syawal, perang kabilah dalam bulan Zulqaedah, pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram. Apakah Muharram? Kata baginda 3 kali. Aduhai, aduhai, manusia berbunuh-bunuhan. Sahabat bertanya, apakah al-Saihah ya Rasulallah. Nabi menjawab, Ia berlaku pada pertengahan Ramadan, pada malam Jumaat, akan berlaku hentakan yang akan mengejutkan orang yang tidur, menjatuhkan orang yang berdiri, keluarlah gadis daripada tempat berlindung mereka pada malam Jumaat, pada tahun ini berlaku banyak gempa dan dingin yang ekstrim. Sekiranya Ramadan jatuh pada tahun itu pada malam Jumaat, apabila kamu solat subuh pada hari Jumaat pada pertengahan Ramadan, maka masuklah ke rumah kamu, tutuplah pintu kamu, tutuplah api tempat masak kamu, selimutilah diri kamu, tutuplah telinga kamu. Apabila kamu rasa betul sudah reda, maka sujudlah kepada Allah, dan katakanlah Subhana al-Quddus. Subhana al-Quddus, rabbuna al-Quddus. Siapa yang berbuat demikian, dia akan selamat, siapa yang enggan, akan celaka. 

Hadith ini juga merupakan hadith maudu’ mengikut pandangan ulama’ hadith. 

Penceramah perlu berhati-hati dalam berinteraksi dengan hadith. Apatah lagi hadith fitan dan eskatologi yang boleh mengundang kerungsingan dalam kalangan umat Islam. Sebaliknya, penceramah perlu mendidik umat Islam supaya meningkatkan amal ibadah agar sentiasa bersedia menghadapi hari kematian dan akhirat, tanpa perlu mengaitkan ia dengan maklumat palsu seperti kononnya dakwaan maklumat ‘sulit’ daripada NASA, dan seumpamanya.

Bertakwalah, dan ingatlah pesanan nabi:

 مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Yang bermaksud: Barangsiapa yang berdusta atas nama aku (nabi), maka bersiaplah ke neraka (Bukhari) 

Untuk mendapatkan ulasan daripada sudut pandang astronomi, boleh baca komen Shahrin Ahmad daripada Falak Online: 


Kredit: Shahrin Ahmad Falak Online
Kredit: Shahrin Ahmad Falak Online



Categories: Lembaran diri

Tags: , , , , , ,

Terima kasih atas komen dan pandangan balas anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: