Assalamualaikum.
Saya ialah antara anak muda yang mengikuti perkembangan pergerakan dakwah lama dan moden di Asia Tenggara. Antara yang saya sanjungi dan hormati ialah pergerakan dakwah Indonesia yang kini bergerak di pentas politik sebagai salah satu wasilahnya memenangkan Islam, dikenali dengan nama Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Dalam beberapa persidangan belia Muslim Asia Tenggara yang pernah saya serta, ramai sahabat-sahabat saya daripada PKS yang kini telah menjadi ahli DPR dan MPR di kawasan masing-masing. Saya pernah menjadi driver dan pengiring kepada Dr Hidayat Nur Wahid, bekas Presiden PKS yang kini menjadi Speaker MPR Indonesia. Beliau pernah menyebut nama sang murabbi yang amat dikagumi di kalangan anak-anak muda Indonesia, bernama Ustaz Rahmat Abdullah.
Pun demikian, Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005. Jawatan terakhir beliau di dalam PKS ialah Ketua Majlis Pertimbangan Parti. Amat saya kagumi bagaimana beliau memobilisasi anak-anak muda supaya terarah kepada semangat cintakan dakwah bersesuaian dengan realiti semasa dan setempat.
Antara bukti kejayaannya ialah, tidak sampai 3 tahun pemergiannya, kisah perjalanan hidupnya telah dirakamkan dalam sebuah filem. Menonton filem ini, saya yakin ianya memerlukan team produksi yang mantap. Perbelanjaannya juga bukannya sedikit. MasyaAllah, bagaimana daripada bergerak secara berahsia, sehingga perlahan-lahan dikagumi oleh ramai anak muda termasuklah daripada anak-anak wayang.
Saya tidaklah membawa maksud ingin menubuhkan PKS di Malaysia. Ini satu tindakan yang amat silap. Bergeraklah mengikut realiti semasa dan setempat, itulah roh perjuangan yang diajar oleh nabi Muhammad. Akan tetapi saya mengharapkan agar pergerakan dakwah yang ada di Malaysia dapat mencontohi kreativiti dan karisma yang ada pada tokoh-tokoh PKS ini, sehingga mampu menarik minat anak-anak muda menghampiri Islam. Ketika itu, mungkin karyawan seperti Khabir Bhatia boleh menerbitkan filem mengenang hayat tokoh pemimpin gerakan Islam berteraskan ulamak yang telah pergi meninggalkan kita. Khabir Batia? Ini mungkin mimpi saya sahaja. Saya meminati senimatografi karwayan tersebut, kerana itulah saya sebut namanya. Tetapi mana tau, mimpi itu menjadi doa yang makbul.
Selamat menonton. Saya yakin ramai rakan-rakan saya yang tersenyum melihat filem ini. Tidak kurang juga yang ternganga mulutnya. Kredit kepada yang memuat naik filem ini. Pesanan saya, ada peluang, belilah yang original




Salam.
Ada ralat di situ.
bukan PKR tapi PKS(Partai Keadilan Sejahtera).
kalau PKR(Parti Keadilan Rakyat) di Malaysia.
mungkin sudah biasa menyebut PKR.
ha ha terima kasih
kate ade kisah vtentang abuya…mananye….
Allahua’lam tak tau pula saya..